Thursday 23 May 2013

Winter Sonata Vacation : Departure and Arrival

Memang cerita lama tapi.. WHO CARES?


Tiket ke Korea aku booked right after balik dari Bandung last year. Mana tak lama. Hari-hari kira bila nak sampai tarikh, rasa lama sangat. Booked senyap-senyap tak beritahu Ibu. Buat pandai sendiri. Bila Ibu dapat tahu je, biasalah mak-mak, apa lagi yang kita dapat kalau tak dibebel. Bukan satu mak tapi dua mak yang bebel. Berselang-seli.


Ibu : Bila booked nya tu?

Mama : Berapa ringgit beli tiket?

Aku : Ermmm..

Ibu : Orang lain ada duit, simpan. Boleh pergi umrah.

Mama : Muda-muda ni lah nak pergi Mekah. Kalau tua esok, tak larat sakit kaki.

Aku : Orang nak..

Ibu : Ini tak, pergi Korea tu buat apa?

Mama : Jangan nak beli benda-benda merapu. Jangan gatal-gatal kat sana.

Aku : Ehh?? -_____-"

Memang tak sempat nak menjawab. Dua lawan satu, yang satu tu terpinga-pinga lah tapi Ai hokehh je.. Bebel tu kan sayang namanya mihmihmih.


Depart pukul 8:50 pagi Isnin jadi keluar awal pagi dari rumah. Semua orang kerja, tak ada siapa dapat hantar. Awal-awal lagi dah kena berdikari pergi LCCT sendiri. Bas ke LCCT pukul 6 pagi, kira OK lah sampai sana lebih kurang pukul 6:50 pagi. Ngam-ngam dapat Subuh dan breakfast sambil tunggu nak check-in.



Takde susah pun nak ke LCCT naik bas. Bas ke sana banyak dari KL Sentral, ada schedule dia. Setiap setengah jam tak silap. Kalau flight pukul 4-5 pagi pun takyah risau. Bas sentiasa ada. 


Jangka ke Korea pula 6-7 jam. Tak rasa langsung. Eksaited nak jumpa abang-abang K-Pop agaknya itu yang tak rasa. Lagi pun kitorang main Monopoly Deal Cards isi masa lapang terluang dari tidur saje. Lupa bawa yang kat rumah punya, beli sekotak dalam flight.

TADAAAA.. Shining shining gitu artis Malaysia sampai Korea tapi, takde orang beratur mintak otograp punnn.


Settle imigresen semua, kitorang tunggu tour guide datang menjemput. Diorang students dari Malaysia, sorang lelaki sorang perempuan. Awal lagi kitorang tak mahu ambil dari agensi sana, terikat dengan schedule tak best. Kalau dengan students Malaysia ni bolehlah nak ubah-ubah, nak pergi sana nak pergi sini. Baru kena selera.



Sambil menunggu lah ni. Tak lama mana pun tunggu dan budak yang nak bawa kami jenjalan tu pun dah sampai lama dah sebenarnya.

Sejuk?? Eleh bukan sejuk pun, dalam airport mana sejuk.

Checked-in: Incheon International Airport. Lebih kurang pukul 4:15 petang waktu tempatan. Cepat sejam dari Malaysia. Masa ni pun dah nak gelap sebab dalam pukul 5 petang dah Maghrib. Luar airport kami tunggu bas nak ke guest house di Myeongdong, Seoul. Ambil masa lebih kurang 1 jam setengah ke 2 jam.


Ingatkan naik bas terus sampai, kena naik van rupanya untuk sampai ke guest house nun atas bukit. Berimpit-rimpit enam orang satu van. Kalau ikutkan, muat saje tapi barang-barang yang kitorang bawa macam nak pindah-terus-Korea-tak-mahu-balik buat van tu nyawa-nyawa ikan. Siap bawa kuali nak masak, mana taknya. Stok makanan lagi dah macam-macam. Bila sampai guest house kan, betul rasa dalam cerita Korea lah duduk rumah tinggi-tinggi atas bukit. Feeling-feeling Song Ji Hyo mihmihmih baru kenal sebab tengok Running Man punya pasal.



Masuk rumah, letak luggage, pilih katil memasing, jenguk-jenguk bilik air kejap, tekan-tekan punat heater tengok fungsi tak, jeling-jeling dapur nak masak nanti senang(kononnya lah), puas hati semua kitorang keluar balik cari makan. Lapar walaupun dalam kapal teghebang makan banyak dah. Bila seronok, lapar aje lah kerjanya. Budak-budak tu bawa kami ke vegetarians restaurant. Dekat je dengan rumah, jalan kaki saje turun bukit.

Hantar berita kat mak, "Ibu.. Mama.. Kita dah sampai!" (Letak smiley banyak-banyak HEHE mesti menyampah je Ibu Mama baca meset)




Beria pilih makanan, tengok menu semua sayurrrrrrrrrr. Walaupun tahu memang restoran sayur, tapi.. Hmm hmm.. Nampak yang selera sikit, Bibimbap. Dalam mangkuk tu ada nasi putih, ada sayur-sayur dengan telur. Bolehlah.. Ada juga selera nak makan. Lepas dinner, kitorang basuh-basuh mata kejap kat Myeongdong Street. Orang sana cakap, situ syurga beli belah juga. Bercahaya semua mata tengok barang-barang. Takde tunggu-tunggu esok pun, malam tu juga kitorang berjaya salurkan duit ke akaun kedai-kedai di situ. Balik guest house kaki dah gigil tak larat berjalan malam tu macam dah tak ada hari esok. Orang baru sampai kannnnn. =P

Dari airport lagi hujan tak berenti. Sejukkkkk. Masa ni, 2deg C. Baru 2 belum -2 lagi. =/


Matilaaaaaaaaa. Makan ni saje sepanjang lapan hari nak hidup kat sini.

T_______T

::nukilan ikhlas dari jarimanisku

Monday 6 May 2013

Ulang tahun Ibu

Lepas mandi pagi tadi, siap-siap nak pergi kerja (dengan rasa tak rela nak bersiap mengenangkan Selangor cuti tapi aku tak cuti padahal aku duduk Selangor) terus ciom cupp cupp pipi Ibu kiri kanan atas bawah, diseluruh pelusuk wajah. Ibu pandang tak puas hati ganggu konsentrasi tengok berita pagi pasal keputusan pilihanraya semalam, "Kenapa ni?"

"Those are my wishes for you, Happy Birthday Ibu." Ciom lagi.

"Haa Ibu tak ingat pun. Tua dah Ibu ni kan?"

"Ehh maaaaana ada tua. Still young and pwetty!" 
"Ibu cuti lah, takyah balik Putrajaya.. Kita celebrate malam ni sama-sama."

Ibu yang gigih bekerja memang susah nak cuti saje-saje. Dari dulu lagi sebab tu dengan umur sekarang masih kuat lagi bekerja di office malahan catering di hujung minggu pun. Kulu kilir tak reti penat. Aku ni je, kerja tak sampai pun dua tahun dah mengeluh.

Semua orang ada Ibu. Tak kisahlah yang masih hidup atau pun yang telah pergi menghadap Illahi, semua orang ada Ibu. Cuma panggilannya saje berlainan. Ada panggil mak, mama, umi, ada panggil Ibu macam aku. Ada panggil hoii? Memang mintak siku. 

Dulu sebenarnya masa kecil, kami panggil mak. Entah bila yang boleh tertukar panggil Ibu pun tak perasan. Itulah yang dinamakan lidah tak bertulang mihmihmih. Ibu masing-masing mesti awesome kan? Macam Ibu aku juga. Semua boleh buat. Pandai masak, pandai jahit, pandai buat kuih muih, pandai buat kek, pandai ambil hati kami adik-beradik, dan paling penting pandai berleter. Bukan Ibu namanya kalau tak berleter. Tapi ayah kita lagi kuat berleter hewhew.

Tengah fikir sebenarnya nak buat apa untuk birthday celebration hujung minggu nanti. Kali ni nak buat betul-betul sebab sebelum ni biasa-biasa je. Last year, konon buat pukul 12 surprised Ibu dengan kek tapi lepas tu, masing-masing makan dengan mata layu, mengantuk. Tak meriah langsung. Tu yang tak mahu celebrate tengah malam tadi. Taubat dah.


"Happy birthday, Ibu."

::nukilan ikhlas dari jari manisku


Monday 25 March 2013

Memohon Maaf dan Memaafkan

Hewhewhew sangat pemalas kau sekarang nak menaip ye?  Nak blog pasal pergi Korea hari tu tak buat-buat sampai sekarang. Malahan nak draft pun tak terasa nak buat. Ceritanya panjang sangat walaupun hanya 8 hari menetap di sana. 8 hari pun, macam-macam yang jadi. Paling tak guna, aku kena buli kena buat show depan tourists dalam cruise dengan orang Korea, kena sound dengan tourists lain sebab buat bising kat guess house, ehh macam-macam lah lagi. Semua tu nanti nak cerita dan akan diceritakan.

Kali ni aku nak cerita satu pengalaman yang lagi aku takkan lupa sampai bila-bila. 

Pada yang pernah rasa, akan tahu macam mana rasanya. Pada yang pernah lalui, akan tahu betapa pahitnya jika itu yang menipa diri. Ewahhhhahaha pandai pujangga sekarang.. Maklumlah, masa naip ni tengah dengar lagu Noraniza Idris. 

Aku akui, aku punyai ramai sahabat baik. BFFFFFFFF lah kiranya. Bestfriends Forever Forever Forever Forever Forever Forever Forever FOREVER! BFF dari sekolah rendah ada, BFF dari sekolah menengah ada, BFF masa diploma ada, BFF masa degree ada, semua generasi ada. Ada ura-ura mengatakan, orang yang banyak BFF ni dusta! Mana ada orang boleh berkawan baik dan rapat dengan ramai orang. Mana ada orang yang BFF lebih dari satu atau dua. Kalau dah banyak tu namanya kawan sahaja. 
Hoi hoi hoii! Siapa yang cakap tu?? Meh sini aku carik-carik mulut tersebut. Kalau ditambah tolak darab bahagi dan ada pecahan sikit, aku ada 11 orang BFF dan 11 orang ini sahaja  yang aku kawan. Aku tak ada kawan lain. Kalau 11 orang ni lari, maksudnya akulah satu-satunya manusia di dunia ni tak ada kawan. Mihmihhh.. 
Aku tak suka berkawan sejak dari kejadian masa degree. Dari situ aku dapat simpulkan, hati perempuan ni busuk. Dari berkawan banyak yang menyakitkan hati baik kita kawan dengan beberapa ketul yang mampu menjamin keseronokan bersahabat.

Pembukaan 2013 merupakan pengalaman pahit untuk aku sebenarnya. Ketika ini, orang yang paling aku sayang menjauh dari sisi. Takkan pernah terfikir akan jadi macam tu tapi.. Percayalah sememangnya kita yang merancang dan Allah SWT sudah tentukan segala-segalanya.

Kisahnya berpunca dari aku sendiri. Aku yang mengabaikan persahabatan, aku yang buat endah tak endah, aku yang sering dicari dan bukannya mencari. Aku tersepit ketika itu, tak tahu mana satu yang perlu didahulukan dan walau apa pun alasan, salah tu memang atas sendiri sampai aku lupa ada yang menunggu. Sehinggakan, bawa haluan masing-masing yang diputuskan. 

You know what, nothing could be worst than this, 'When your bestfriends ignore you.' 

Lagi-lagi bila kau perlukan mereka sangat ketika broken-hearted.

Jadi, kalau kita sayangkan perhubungan itu jangan malu untuk meminta maaf. Memang susah nak mula. Nak cari masa yang sesuai, nak cari mood yang elok tapi kalau kita dok tunggu tunggu pun takkan dapat semua tu. 
Lepas mintak maaf nangis-nangis macam budak kecik, the relationship back to normal. Alhamdulillah. Masa nak mintak maaf tu macam-macam fikir. Nak ke dia jawab kita call nanti? Nak ke dia cakap dengan kita? Nak ke dia dengar suara kita? Nak ke terima kita? Bila dengar je suara dia, menjejeh-jejeh air mata kat Coffee Bean pulak tu. HEHE. Takpe takpe sekali sekala kat Coffee Bean ada drama air mata takpe..

Omputeh cakap, February ni bulan cinta bulan kebahagiaan. tapi lantaklah omputeh tu punya theory tapi February sememangnya memberi kebahagiaan semula pada aku. 

"Kalau betul kita sayangkan seseorang, buangkan semua rasa hanya untuk meminta maaf ataupun memberi maaf sebabnya tak ada lain, sebab kita memang sayangkannya."


Wednesday 6 February 2013

Melawati 10k Run 2013

Untuk makluman, aku masuk kerja tengahari pada Isnin lepas sebab pagi tu kaki macam tak boleh nak bergerak pantas. Semasa hari kejadian rasa macam lah gagah sebab lepas marathon tak sakit apa-apa langsung. Biasa lepas berlari, kaki akan terus jadi macam tegang tapi yang peliknya tak ada sebarang kesakitan yang berlaku. 

'Ni petanda baik ni..!' Hati berkata-kata.

Sekali pagi Isnin, ehhh kenapa dengan kaki ni?? T__T

***
Aku joined marathon ni secara tidak sengaja. Berborak dengan makcik ni berkenaan aktiviti apa yang perlu dilakukan sepanjang tahun, jadinya dia pun ajak aku join sekali sebab kawan makcik tersebut (sekarang ni kawan aku juga) nak register kan.

Bertarikh 03/02/2013 bermula aktiviti larian tersebut di Taman Melawati. Semangat sangat taw aku pagi tu sebab rasanya dah ketagih nak berlari-lari selepas Larian Morib hujung bulan doblas tahun lepas. Makcik tersebut yang jemput aku di rumah lepas subuh dalam 6:20 pagi sebabnya lepas tu kami ke rumah kawan makcik tersebut nak ambil dia pula.

Sebelum lari tiba-tiba perasaan nervous datang menjelma. Aku tak pernah lagi participate untuk 10km. Tak tahu lagi tahap dan stamina boleh ke tak. Rasanya paling jauh pun 7km, tu pun masa aku belajar di Kuala Pilah anjuran UiTM bersama Kolej Matrikulasi. Masa tengah muda remaja cantik jelita, umur 18 tahun. Ehem, aku dapat nombor dua. *nak bangga kejap*

OK, masa tengah tunggu nak dilepaskan pelari-pelari expert dan professional ni, organiser ada maklumkan yang larian ni juga disertai oleh pelari-pelari dari Kenya, Jepun dan juga Britain. Alaaaaa, punah harapan nak menang! :/

Huiihhhhh 10km memang boleh tercabut nyawa. Jauh gila. Route pulak naik turun bukit, siap disaksikan monyet-monyet dipinggiran. Malu aku nak lari. Kehkehkeh. Tapi dah lari, tak boleh nak buat apa lah. Habiskan jugak. Makanya, pelari professional yang layak masuk Olimpik tahun berapa tak tahu ni mencatatkan masa 1:12:50, makcik ni pulak 1:26:10 dan kawan makcik 1:28:35. Walaupun rasa longgar segala urat sendi tapi seronok, tahu?


Makcik tersebut. Masa tengah lari, monyet-monyet tadi macam dengki sikit diorang melintas sesuka hati depan makcik ni.


Ini lah kawan makcik tersebut. Asyik cakap lapar saje sepanjang larian. Nak pulak masa lari sememangnya melintasi gerai-gerai makcik nasi lemak dan kuih muih. Aku pun lapar! 

T_____T


Sungguh berlagak gayanya tunjuk sijil.

See you on the next race, MAKNA di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

::nukilan ikhlas dari jarimanisku

Friday 18 January 2013

Winter Sonata Vacation : Preparation


'I am for few months ago and still.'

Lagi beberapa hari lagi sebelum aku berlepas ke Korea untuk percutian musim sejuk. Less than 3 days and I am not ready. Barang-barang tak packing lagi, ada jugak barang yang tak cukup lagi, passport pun baru semalam jumpa. Lupa letak mana lepas aku ke Bandung tahun lepas. Selalu letak dalam satu folder tapi bila tengok takde pulak passport aku dalamnya. Mahu tak kelam kabut engkau. Mula gelabah cari merata tempat. Cari punya cari dengan jantung dup dap dup dap memikirkan yang berkemungkinan akan lebur sahaja duit tiket flight, rupanya ada dalam laci berkunci dalam bilik. Stressssssss! Kalau tak, tak pergi Korea lah jawabnya.



Malam tadi jugak baru search website dan blog berkenaan winter vacation. Apa benda yang perlu, apa benda yang patut bawa sebagai ketahanan urat saraf di salji tu nanti. Dulu ada lah beli sikit-sikit tapi macam tak menjanjikan kepanasan yang maksimum bila di sana nanti. Takut jugak maklumlah kita ni mana pernah pergi lagi jadinya tak tahu keadaan sejuk tu macam mana dan aku dapat maklumat dari kami punya tourists guide di sana cakap suhu sekarang cuma -2 deg C. Jadi mereka kata untuk ketahanan kepada fizikal-fizikal yang macam kita, perlukan 4 lapisan pakaian. Itu dah cukuplah kot nak lebih pun takpe tapi nanti kat sana kau lah orang yang paling lembap sekali berjalan sebab berat bawak baju kat badan tu haa dan juga tak pasal-pasal nanti kaulah satu-satunya orang yang berpeluh di musim sejuk.


Lapisan pertama:
Thermal wear. Thermal wear ni jenis pakaian ketat yang melekap pada badan yang fungsinya bagi menghalang angin-angin sejuk terus ke kulit. Aku beli kat Uniqlo sepasang je sebab kat sana nanti lagi macam-macam pilihan dan murah. Aku beli asing-asing tapi semua HEATTECH punya. Baju aku dapat RM39.90 tapi harga asal RM 59.90. Terus aku beli dua helai. 

Aku beli yang jenis ni sebab kain dia jenis kain kapas. Kott.

Lapisan kedua:
Casual outwear. Baju-baju yang biasa kita pakai. T-shirt ke kemeja ke tapi ni tak perlu yang over lah rasanya sebab bukan nampak pun nanti sebab kita nak cover dengan jacket.

Lapisan ketiga:
Sweater/Fleece jacket. Aku beli di Uniqlo juga. Baru semalam. HEHE. Harga dia RM 79.90.

Fleece jacket yang warna ni aku rasa terbaik sebab yang lain semuanya bila pakai nampak macam orang tengah berpantang je gayanya. Tapi bila tengok patung pakai takde pulak cenggitu. Lawa jeeee. 

-_____-"

Lapisan keempat:
Winter coat/Trench coat. Kalau yang ni, aku tak beli. Cedera parah aku tengok harganya. Tak sanggup. Kat sana nanti baru beli. Jadinya semetara turun kapal terbang kat sana nanti aku pinjam winter coat kawan saje. Teheee.

OK, done pada bahagian atas. Bahagian bawah pula. Takkan tak perlu apa-apa kan. Aku akan pakai HEATTECH Legging. Harganya RM 59.90. Baru beli semalam juga. Lepas tu baru kita sarungkan jeans. Mudahkan?

Atas sudah, bawah pun sudah. Jadi, untuk berjalan kita perlukan boots lebih selamat dari kasut biasa atau pun selipar. Gila apa sejuk sejuk nak pakai selipar. Office ni baru sejuk sikit dah tercari cari kain nak tutup kaki. Boots pun kebetulan saje aku dapat. Aku beli di Charles and Keith. Sangat bertepatan dengan cita rasa sebab kebanyakan boots yang aku tengok semua ada heels. Aku tak suka.

Heat packs, gloves dan muffler scarf pula weekend ni baru nak pergi cari. Last minute hunting tapi gloves kawan nak pinjamkan jugak. So, tak payah lah kot. Muffler tu nak beli jugak ke tak ehh? Ke beli sana je? Semua nak beli sana. Banyak nau duitnya? Aku ada jugak tengok muffler kat Uniqlo semalam. Cuba-cuba jugak pakai tapi minah ni beriya gelakkan aku. Apehal entah yang dia geli hati sangat tengok aku pakai. 

Flight aku ke Korea, Isnin pukul 8:20 pagi. Jadi pukul berapa yang patut kami kami ni gerak dari Ampang ke LCCT? Itu nanti fikir. Nak fikir sekarang aku malas. Duit pun aku tak tukar lagi. Esoklah. Tengah survey kat mana paling murah. Sekarang ni currency exchange rate , rata-ratanya adalah 1000 won = RM 3. Mahal. Boleh dapat lagi murah tak silap dalam RM 2.70.

Aku baru je calculate, nilai pertukaran sekarang adalah 1000 won = RM 2.85.

Last but not least, your checklist. Nak pergi jauh ni kita perlu ada checklist so nanti barang-barang penting kita tak lupa nak bawa. Bukan macam orang tu, nak pergi Vietnam tapi boleh pulak nak tertinggal ehem-ehem dia (klik pada 'minah' tadi untuk mengetahui cerita sebenarnya). Keh3.

Nak buat checklist tu pun tak mungkinlah. Jadi, kita download saje dari internet. Semua di hujung jari. Senang. Tak payah susah-susah fikir nak bawa apa. Makanya, aku download saje dari sini.

Ehh nampaknya lagi satu wishlist aku akan termakbul. Tu! Kat atas belah kiri tuuu.

KOREA, Aku nak datang ni! :/

*Harga-harga yang dinyatakan adalah untuk tujuan rujukan bagi mana-mana pihak yang memerlukannya kemudian. Cewaaahh!

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Thursday 10 January 2013

Hello 2013

So people, how has 2013 been treating you? Is that good? or.... not? or its just suam-suam kuku?

If you asked me.. I just really dont know. Rasa-rasa boleh teka?

Ekceli (sejak bila pandai eja-eja cenggini?), lets start with something weird you never intend to do but 2013 gives some-extraordinary-magical to your nerves. Tahun ni, ada satu benda yang aku sangat teruja nak buat. Hari-hari teruja tapi memandangkan weekdays kerja, balik pun lambat sebab pergi kerja lambat, jadinya keterujaan tu terpaksa tunggu weekend. Kadang-kadang weekend pun tak sempat sebab kena jumpa team selesaikan kerja mana yang patut. Keterujaan yang melanda since last year, December for the exact time.

I'm telling you now, aku sangat busy memandangkan Isnin-Jumaat kerja, Sabtu-Ahad pun kerja juga. Kenkadang, balik kerja siang sambung pula kerja di sebelah malam. 24/7 masa diperlukan untuk selesaikan perihal kerja. Nampak tak ke-busy-an aku mengalahkan datuk datuk, tan sri tan sri, dan tun tun. Itu yang New Year's Eve sambut dalam kereta dan tengok fireworks cenggitu-cenggitu je mana yang nampak masa on the way balik rumah. 

Stress tak usah cakap. Bukan stress apa pun cuma letih tak cukup rehat ditambah pula kena bebel sebab tak lekat di rumah. Nak buat macam mana.. Terima saje. Walau apa pun, kalau kita buat sesuatu kerja yang kita suka, perasaan letih dan pening kena bebel semua tu enteng sangat berbanding kepuasan yang kita dapat seperti mana keterujaan aku yang satu ni.

Apa kebenda yang kau teruja sangat tu hoii. OK OK, aku beritahu rahsia keterujaan tersebut. Aku kebelakangan ni sangat teruja dan terkinja kinja in baking. Ada masa lengang sikit saje aku browse resipi resipi di office yang boleh aku cuba bila tibanya weekend. Aku browsed resepi yang senang-senanglah di awalnya. Takkan orang yang kurang reti bab masak memasak terus nak cuba resepi yang tak terjangkau dek fikiran yang waras ini. Bila tengok resepi resepi dalam internet rasa semuanya mudah.

'Laaa cenggini je buat dia.. Senang GILA. Tutup matapun boleh buat.' Kata hati ketika membaca resipi kapkek.

Sekali tengok bila dah buat sendiri.. Cantik tak seperti gambar di internet tu? Segebu mereka tak? Selazat dan seenak seperti itu tak? Haaa.. Dia punya naik dah cantik dah kapkek aku tapi keras bila dia sejuk. Masa makan lepas keluarkan dari oven, sedap je. Sambil makan siap eksyen lagi kat adik sambil angkat angkat kening sebab kelembutan kapkek begitu terasa. Tak payah nak attend kursus macam dia. Sekali bila sejuk, keras keletung dan segenap isi rumah pantas melemparkan senyuman ejekan dan berbaur sinis pada aku. -_____-"

Kapkek ni sebenarnya percubaan kedua dalam bakar-membakar selapas aku buat Cream Puff. Pasal Cream Puff aku boleh nak bangga lebih sebab sememangnya jadi. Lembut, penuh krim dan disukai ramai. Aku yang gila nak makan pun dapat sikit je, yang lain adik-adik, abang-abang, mak-mak dan ayah-ayah dah habiskan. Rasa-rasanya ada tak yang nak resepi? Kalau ada yang nak, nanti masuk kelas masak memasak I lah. (Bajet sungguh)

Tapi seriously, nak buat dia sangat senang. Bayangkan orang yang tak pandai masak dan tiada seni membuat pastry macam aku boleh je nak buat. Jadi pulak tu kan.

Percubaan ketiga aku buat Pavlova. Aku tak pernah tahu Pavlova ni cemana rasanya. Apa benda Pavlova tu pun aku tak tahu. Kesian kann? Tapi aku rasa ramai je lagi yang tak rasa Pavlova tuuuu. Keh3. Aku google resipi, dapat dan terus buat. Barang-barang nak buat semua ada, balance yang kapkek. Cuma beli buah untuk topping dia. Persoalannya, macam mana aku boleh suka nak bakar membakar sekarang? 

Looks tempting, right? :/

Happy New Year, everybodehhhh!

::nukilan ikhlas dari jari manisku