Thursday 23 May 2013

Winter Sonata Vacation : Departure and Arrival

Memang cerita lama tapi.. WHO CARES?


Tiket ke Korea aku booked right after balik dari Bandung last year. Mana tak lama. Hari-hari kira bila nak sampai tarikh, rasa lama sangat. Booked senyap-senyap tak beritahu Ibu. Buat pandai sendiri. Bila Ibu dapat tahu je, biasalah mak-mak, apa lagi yang kita dapat kalau tak dibebel. Bukan satu mak tapi dua mak yang bebel. Berselang-seli.


Ibu : Bila booked nya tu?

Mama : Berapa ringgit beli tiket?

Aku : Ermmm..

Ibu : Orang lain ada duit, simpan. Boleh pergi umrah.

Mama : Muda-muda ni lah nak pergi Mekah. Kalau tua esok, tak larat sakit kaki.

Aku : Orang nak..

Ibu : Ini tak, pergi Korea tu buat apa?

Mama : Jangan nak beli benda-benda merapu. Jangan gatal-gatal kat sana.

Aku : Ehh?? -_____-"

Memang tak sempat nak menjawab. Dua lawan satu, yang satu tu terpinga-pinga lah tapi Ai hokehh je.. Bebel tu kan sayang namanya mihmihmih.


Depart pukul 8:50 pagi Isnin jadi keluar awal pagi dari rumah. Semua orang kerja, tak ada siapa dapat hantar. Awal-awal lagi dah kena berdikari pergi LCCT sendiri. Bas ke LCCT pukul 6 pagi, kira OK lah sampai sana lebih kurang pukul 6:50 pagi. Ngam-ngam dapat Subuh dan breakfast sambil tunggu nak check-in.



Takde susah pun nak ke LCCT naik bas. Bas ke sana banyak dari KL Sentral, ada schedule dia. Setiap setengah jam tak silap. Kalau flight pukul 4-5 pagi pun takyah risau. Bas sentiasa ada. 


Jangka ke Korea pula 6-7 jam. Tak rasa langsung. Eksaited nak jumpa abang-abang K-Pop agaknya itu yang tak rasa. Lagi pun kitorang main Monopoly Deal Cards isi masa lapang terluang dari tidur saje. Lupa bawa yang kat rumah punya, beli sekotak dalam flight.

TADAAAA.. Shining shining gitu artis Malaysia sampai Korea tapi, takde orang beratur mintak otograp punnn.


Settle imigresen semua, kitorang tunggu tour guide datang menjemput. Diorang students dari Malaysia, sorang lelaki sorang perempuan. Awal lagi kitorang tak mahu ambil dari agensi sana, terikat dengan schedule tak best. Kalau dengan students Malaysia ni bolehlah nak ubah-ubah, nak pergi sana nak pergi sini. Baru kena selera.



Sambil menunggu lah ni. Tak lama mana pun tunggu dan budak yang nak bawa kami jenjalan tu pun dah sampai lama dah sebenarnya.

Sejuk?? Eleh bukan sejuk pun, dalam airport mana sejuk.

Checked-in: Incheon International Airport. Lebih kurang pukul 4:15 petang waktu tempatan. Cepat sejam dari Malaysia. Masa ni pun dah nak gelap sebab dalam pukul 5 petang dah Maghrib. Luar airport kami tunggu bas nak ke guest house di Myeongdong, Seoul. Ambil masa lebih kurang 1 jam setengah ke 2 jam.


Ingatkan naik bas terus sampai, kena naik van rupanya untuk sampai ke guest house nun atas bukit. Berimpit-rimpit enam orang satu van. Kalau ikutkan, muat saje tapi barang-barang yang kitorang bawa macam nak pindah-terus-Korea-tak-mahu-balik buat van tu nyawa-nyawa ikan. Siap bawa kuali nak masak, mana taknya. Stok makanan lagi dah macam-macam. Bila sampai guest house kan, betul rasa dalam cerita Korea lah duduk rumah tinggi-tinggi atas bukit. Feeling-feeling Song Ji Hyo mihmihmih baru kenal sebab tengok Running Man punya pasal.



Masuk rumah, letak luggage, pilih katil memasing, jenguk-jenguk bilik air kejap, tekan-tekan punat heater tengok fungsi tak, jeling-jeling dapur nak masak nanti senang(kononnya lah), puas hati semua kitorang keluar balik cari makan. Lapar walaupun dalam kapal teghebang makan banyak dah. Bila seronok, lapar aje lah kerjanya. Budak-budak tu bawa kami ke vegetarians restaurant. Dekat je dengan rumah, jalan kaki saje turun bukit.

Hantar berita kat mak, "Ibu.. Mama.. Kita dah sampai!" (Letak smiley banyak-banyak HEHE mesti menyampah je Ibu Mama baca meset)




Beria pilih makanan, tengok menu semua sayurrrrrrrrrr. Walaupun tahu memang restoran sayur, tapi.. Hmm hmm.. Nampak yang selera sikit, Bibimbap. Dalam mangkuk tu ada nasi putih, ada sayur-sayur dengan telur. Bolehlah.. Ada juga selera nak makan. Lepas dinner, kitorang basuh-basuh mata kejap kat Myeongdong Street. Orang sana cakap, situ syurga beli belah juga. Bercahaya semua mata tengok barang-barang. Takde tunggu-tunggu esok pun, malam tu juga kitorang berjaya salurkan duit ke akaun kedai-kedai di situ. Balik guest house kaki dah gigil tak larat berjalan malam tu macam dah tak ada hari esok. Orang baru sampai kannnnn. =P

Dari airport lagi hujan tak berenti. Sejukkkkk. Masa ni, 2deg C. Baru 2 belum -2 lagi. =/


Matilaaaaaaaaa. Makan ni saje sepanjang lapan hari nak hidup kat sini.

T_______T

::nukilan ikhlas dari jarimanisku

Monday 6 May 2013

Ulang tahun Ibu

Lepas mandi pagi tadi, siap-siap nak pergi kerja (dengan rasa tak rela nak bersiap mengenangkan Selangor cuti tapi aku tak cuti padahal aku duduk Selangor) terus ciom cupp cupp pipi Ibu kiri kanan atas bawah, diseluruh pelusuk wajah. Ibu pandang tak puas hati ganggu konsentrasi tengok berita pagi pasal keputusan pilihanraya semalam, "Kenapa ni?"

"Those are my wishes for you, Happy Birthday Ibu." Ciom lagi.

"Haa Ibu tak ingat pun. Tua dah Ibu ni kan?"

"Ehh maaaaana ada tua. Still young and pwetty!" 
"Ibu cuti lah, takyah balik Putrajaya.. Kita celebrate malam ni sama-sama."

Ibu yang gigih bekerja memang susah nak cuti saje-saje. Dari dulu lagi sebab tu dengan umur sekarang masih kuat lagi bekerja di office malahan catering di hujung minggu pun. Kulu kilir tak reti penat. Aku ni je, kerja tak sampai pun dua tahun dah mengeluh.

Semua orang ada Ibu. Tak kisahlah yang masih hidup atau pun yang telah pergi menghadap Illahi, semua orang ada Ibu. Cuma panggilannya saje berlainan. Ada panggil mak, mama, umi, ada panggil Ibu macam aku. Ada panggil hoii? Memang mintak siku. 

Dulu sebenarnya masa kecil, kami panggil mak. Entah bila yang boleh tertukar panggil Ibu pun tak perasan. Itulah yang dinamakan lidah tak bertulang mihmihmih. Ibu masing-masing mesti awesome kan? Macam Ibu aku juga. Semua boleh buat. Pandai masak, pandai jahit, pandai buat kuih muih, pandai buat kek, pandai ambil hati kami adik-beradik, dan paling penting pandai berleter. Bukan Ibu namanya kalau tak berleter. Tapi ayah kita lagi kuat berleter hewhew.

Tengah fikir sebenarnya nak buat apa untuk birthday celebration hujung minggu nanti. Kali ni nak buat betul-betul sebab sebelum ni biasa-biasa je. Last year, konon buat pukul 12 surprised Ibu dengan kek tapi lepas tu, masing-masing makan dengan mata layu, mengantuk. Tak meriah langsung. Tu yang tak mahu celebrate tengah malam tadi. Taubat dah.


"Happy birthday, Ibu."

::nukilan ikhlas dari jari manisku