Wednesday 31 October 2012

I am about to..



Quit.



Yes, I'm about to quit my job. I find it's hard to stay any longer.. I just can't stay. I need to go.


All this while, nak kata tak seronok kerja sini tak ada lah. Semua OK. Tempat kerja dekat, colleagues semua tak ada masalah. Semua yang pernah aku cerita dulu. Kat sini. Tapi itu lah masalahnya. Tak bersyukur ke aku dah diberi kemudahan yang amat elok cenggini?


Nak dijadikan cerita, kali nih pun tak jadi jugak. Hasrat ditentang oleh banyak pihak.



Semua suruh aku stay kat tempat aku kerja sekarang. Semua tak bagi aku berhenti. Bila ditanya kenapa aku nak berhenti, aku cakap aku stress kerja. Memang tu alasannya.


Hello, semua orang stress OK. Mana ada tempat yang tak stress. Errr tapi stress aku nih stress yang tiada tolok bandingnya. =P

Pernah jugak aku cakap nak cuba cari kerja kat tempat lain. Jauh. Jauh dari KL. Ke JB mungkin atau ke mana-mana sahaja. Aku nak cuba hidup berdikari. Aku nak rasa hidup di tempat baru yang mana semua baru. Kawan-kawan baru. Environment baru.

"Tak payah lah.. Kau mana pernah duduk luar KL. Kau tak boleh hidup nanti."

T____T

Kat mana-mana pun semua situasi macam you tu. I pun kadang-kadang macam you. Sampai rasa nak berhenti tapi sebab I fikir nak kumpul pengalaman.


Sekarang ni nak cari kerja, kalau setakat 6 bulan ke setahun pengalaman orang tak pandang tau. Paling kurang pun 2 tahun. Serius. Unless kalau you dapat offer kerja kat company yang you rasa bagus, boleh menjamin you then baru lah you berhenti kerja sekarang ni.


Tapi tak rasa rugi ke apa yang aku belajar dulu aku langsung tak praktikkan. Useless. So, buat apa susah-susah aku belajar engineering tu kan?


Baru-baru ni I ada jumpa Kak Wa. Senior kita dulu yang tinggi main bola tampar tu. (Hehe. Siap explain. I ingatlah!)

Dia kerja kat U Mobile tau. Dia cakap kat I, buat apa kerja dengan nama jawatan kemain tapi gaji sikit? Biarlah kita kerja position apa pun tapi gaji tinggi. Dengan gaji tu lah kita boleh buat apa yang kita nak dan senangkan mak ayah.

Gaji aku tak tinggi. (Tapi, Alhamdulillah)

Selagi you boleh bertahan, you bertahan lah. Kalau you kat tempat I pun, benda yang sama jugak you rasa.

:')
HEHE. Kita chatting girlfriend kita masa tengah kerja.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Wednesday 24 October 2012

AIDILADHA : Persiapan Raya


Aku sekarang tengah dilema sesangat. Tak tahu nak sambut raya weekend ni kat mana. Ampang kah? Raub kah? Rasa-rasa macam perlu beraya di Ampang tapi macam perlu jugak beraya di Raub tuh. 

Last weekend kitorang dah balik Raub sebenarnya sebab nak tebus yang weekend nih tak dapat nak balik. Ayah jadi penyembelih lembu-lembu tu yang tak boleh nak balik tu. "Nak buat macam mana kan.. Orang dah bagi tanggungjawab. Kita kena amek." Ayah berbicara sambil kitorang (Ibu dan anak) buat muka berkerut-kerut sebab tak dapat raya kat kampung.

Stress taw enggak bila dalam dilema. Kanan kiri madu. So, mana nak pilih? Cenggitu lah kiranya. 

Sampai ke hari nih aku tak boleh lagi nak buat keputusan, tapi malam tadi Ibu called. Ibu tanya dah fikir ke nak raya mana. Ibu cakap Ibu tak kisah. Kalau nak balik Raub, balik lah. Kalau nak raya sini best jugak.

Kalau lah boleh ada kat dua tempat dalam satu masa, aku lah orang paling bahagia dalam hidup nih.

*senyum*

OK, masa aku balik Raub hari tuh, aku dah buat kuih raya taw. Ohh, bukan buat tapi tolong buat. Itu pun setelah kena paksa belajar dengan Wan. Serius aku tak pandai. Aku buat yang mana terdaya je. Hehe. Sambutan Aidiladha pun kami nak sambut dengan meriah. Nak ada kuih, nak ada juadah yang best-best pagi raya nanti. Kalau aku raya kat Ampang, dah plan dengan Ibu dan Mama dah nak masak apa. Kalau raya Raub, nak kena plan dengan Maksu apa kita nak makan nanti. Seronok-seronok!

Haa yang belah kiri tuh aku buat. Kembung-kembung. Penyek-penyek. Macam kipas dah aku tengok. Belah kanan tuh opkos lah Wan yang buat ngan Ibu. Kalau nak ikutkan nisbah kuantiti yang aku dan Wan yang buat, 1:5. Kira OK lah kan.

Kalau AidilFitri dulu aku buat Popiah Pintal yang kecik-kecik tuh, AidilAdha pulak kitorang makan Karipap Kenit nih. Memang feveret kitorang makan kuih-kuih cenggini. Kuih-kuih yang ada serunding.

Popiah Pintal AidilFitri dulu. Aku pintal! Nak bagi tahu jugak. Cantik kan? *eksyen*
Sedap? Tanyalah orang-orang yang pernah rasa. Hewhewhew.


::nukilan ikhlas dari jari manisku

Friday 19 October 2012

Dunia yang adil


Bila tak ada benda nak buat, macam ada masa lengang bersenang lenang, otak ligat berfikir. Dulu kemain malas lagi nak mikir. Well, people change right? Yes, people do change. 
*tarik nafas dalam dan hembus perlahan*

Dalam pada saraf-saraf otak nih bercambah dan bersambung antara satu sama lain, aku terfikirkan satu perkara. Aku akui, Allah telah aturkan perjalanan dunia ini sungguh sempurna sekali. Tiada sedikit pun cacat cela. Jika berlaku sesuatu itu, pasti ada rahsia disebaliknya.

Sejak akhir-akhir nih aku selalu terfikirkan, sesuatu yang buruk itu pasti ada baiknya dan sesuatu yang baik itu pasti ada buruknya. Tiada yang sempurna dan itu menunjukkan dunia ini adalah saling melengkapi. Jika kita suka dan sayang sesuatu itu, ia mungkin akan menjadi sebaliknya suatu hari nanti dan jika kita benci akan sesuatu, percayalah di akhir nanti kita pasti akan menyayanginya. 

Teramat sangat. 

Itu semua ketentuan. Ketentuan Yang Maha Esa yang mengawal seluruh alam. Hanya Dia sahaja yang boleh mengubah dan menetapkan sesuatu.

OK sebagai contoh, kalau dulu aku adalah seorang pemakan durian yang tegar. Aku boleh makan sehingga berbiji-biji untuk aku seorang. Biji taw bukan ulas. Tapi tengoklah sekarang, bukan sahaja seulas malahan secubit pun aku tak boleh nak telan. Aku rasa durian adalah buah yang paling tak sedap di dunia. See. Allah boleh ubah dengan sekelip mata sahaja.

Aku bagi lagi satu contoh. Berkenaan sayur. Siapa yang rapat dengan aku nih akan tahu aku suka sayur atau tidak. Aku makan sayur-sayur nih tapi tak semua sayur. Aku memilih. Aku ikut mood. Lagi-lagi sayur-sayur atau daun-daun yang mengeluarkan bau dan rasa yang sangat dasyat (bagi aku lah) macam bunga kantan, daun kesum (hasil pertanyaan pada officemate sebab lupa nama daun nih) dan juga daun ketumbar. Sayur (atau daun yang lebih tepat) yang dinyatakan pernah terlintas dalam kepala yang aku tak akan sentuh. Kalau yang lain tu terasa nak makan, aku makan lah. Kalau tak, kena paksa macam mana pun aku tak akan makan. Ibu ke Mama bulatkan mata macam mana pun aku tak makan tetapi dengan kuasa tuhan, siapa tahu kan? Aku sekarang adalah penggemar daun-daun yang dinyatakan. Pheww. Suka sangat. OK, cukup.

Apa yang cuba disampaikan ini adalah kaitannya antara kita sesama manusia. Tak ada beza pun sebenarnya. Kadang-kadang kalau kita tak suka sesorang itu tetapi dalam kita tak sedar dialah orangnya yang banyak membantu kita. Kita akan rasa lega kalau dia ada. Kita rasa berterima kasih sangat. Walaupun kita tahu kita dikutuk belakang, tapi takpe sebab kita pun apa kurangnya kan. 
*tarik nafas perlahan*

Aku pun dibenci oleh seorang rakan masa zaman study dulu tetapi akhirnya, berkat hari raya yang mulia dua tahun sudah kami menjadi sahabat baik. Sahabat yang akrab yang boleh bercerita apa sahaja, yang boleh mengadu domba (betul ke ayat?). Ya, ini semua kuasa tuhan.

Banyak lagi perkara yang terjadi yang membuka mata aku sekarang. Semua kita tak boleh duga. Jika kita pasti itu yang terbaik untuk kita, kita mestilah berdoa dan berserah padaNya supaya apa yang kita idamkan kekal bersama. Jika tidak, kita harus berserah juga padaNya kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apa yang kita perlukan.

Aku bukanlah pandai sangat bab-bab nih tetapi aku mahu coretkan apa yang aku rasai, apa yang aku alami dan apa yang terlintas dalam fikiran. Tiada niat untuk mengajar cuma mahu berkongsi.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Monday 15 October 2012

Bawak Bersabar

Di satu pagi yang hening, tiada kicauan burung, tiada kokokkan ayam, tiada kocakan air ikan berenang dalam akuarium dan tiada langsung bunyi-bunyi alam yang sangat aku perlukan. Mata yang sangat layu untuk bangun dari tidur pagi itu dengan suasana yang sunyi sepi diselingkan kepenatan semalam untuk mencari duit poket lebih, perlu digagahkan juga. Kalau tak bangun awal pagi, suasana yang senyap sunyi ini akan bertukar menjadi huru-hara kesan dari kelunakan suara yang keluar dari mulut Ibu dan Mama. Hewhew.. dan kenapa pulak aku menggunakan ayat-ayat cenggini nih?

OK. Pagi semalam memang penat sangat sebab catering punya pasal. Nak bangun pagi punyalah payah. Rasa macam baru je tidur tiba-tiba tak sampai seminit pun, ehh ehh dah pagi?? Cenggitu lah lebih kurang. 

HEHE.

Nak dijadikan cerita, semalam dah boleh rileks-rileks kat rumah lah cuma kena kemas barang-barang catering. Nak susun-susun balik. Mana yang tak basuh tuh, bersihkan bagi kilat sampai boleh nampak muka. Itu saje lah. Dalam keadaan diam tak diam tuh, dengar adik-adik berkelahi. Tahu berkelahi?

Adik perempuan : Ain pakai kereta taw.
Adik lelaki : Ahh. Abes Mamad nak pergi PD macam mana?
Adik perempuan : Kau bawak lah motor. Ain dah cakap ayah lama dah.
Adik lelaki : Suka-suka kau je.
Adik perempuan : Yelah.. Ain dah cakap ayah lama dah nak bawak kereta tuh.

Aku ingat berenti takat tuh je..

Adik perempuan : Ain bawak laptop kau sekali.
Adik lelaki : Tengok, semua kau nak bawak. Camera kau bawak, laptop kau nak bawak.
Adik perempuan : Alaaa boleh lah..
Adik lelaki : Abes report Mamad macam mana? 
Adik perempuan : Alaaa boleh lah Mad..

*Dengar adik lelaki membebel-bebel*

Tiba-tiba,

Adik lelaki : Bawaklah kau. Bawaklah semua. Mamad bawak bersabar je lahh.

KAHKAHKAH!

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Wednesday 10 October 2012

Malam di Putrajaya


Testing testing.. Ehem! *sengih*







Sekarang ni tengah duduk bersenang lenang, melayan hujan di luar tingkap sambil nikmati pemandangan malam Putrajaya. Sangat tenang. Tiada gangguan. Ewah, banyak relax kau malam nih.



Sebenarnya takde apa pun aku nak update dalam nih. Nak testing mesting je post entry via android. Al maklumlah kannn, Ai kan android user sekarang. *berlagak sambil batuk-batuk kecil*



 Hoii2! Kau je yang sangat ketinggalan tahu tak?




Monday 8 October 2012

Macam kelakar je jadi Fasilitator


Pheww. Last week was a very hectic-pressure week. Tekanan tuh rasa macam nak pergi ambil gunting dan kerat je rambut ni. Macam masa belajar dulu. Memang hilang pertimbangan dah kalau macam tuh. Kalau nak ingat balik, dulu tu habis senget-benget rambut. Stress nak exam punya pasal. Tapi kali nih tak mahu lah buat macam tuh lagi. Sayang rambut ooo. Apa yang aku boleh buat, aku cuba bersabar dan terima apa yang sedang berlaku sekarang ini. *senyum sendiri*

Tanpa disangka-sangka dan tidak semena-semenanya pulak, Sabtu lepas girlfriends kesayangan ajak pergi membuang masa di luar. Woww memang takkan aku biarkan mereka pergi tanpa aku. Nak release tension kononnya lah. Dari lepas Zohor keluar sampailah ke malam. Masa Maghrib sempat lagi balik rumah Lynn dulu lepas tuh keluar balik. Lepas tuh semua dah risau takut jadi 'labu' di rumah memasing sebab dah malam sangat. Tapi aku takut aku bertukar jadi buruk je bila lepas pukul 12. HEHE.

Kemain manja lagi bila dapat bersama Wanie. Manja?? =P
Sebenarnya nak gesel-gesel tudung baru kat Wanie je. Maklumlah ada akak kedai mana entah puji aku pakai tudung ni cantik. Haa apa lagi, terus kaku segala gerak-geri sebab rasa asek diperhatikan. Nak posing pun kena sopan-sopan jee. *pingsan*

Kak Azie lah doktor yang paling cekal aku tengok sekarang nih. Dah lah kerja pagi-pagi buta, balik dari hospital terus nak ikut berjalan. Ish2.

Any tips untuk kuruskan pipi?

Sekarang ni aku tak boleh nak duduk diam. Mesti buat something samada yang berguna atau pun tidak. Tak kisahlah apa pun asal otak ni bergerak dan berjalan. Kalau tak, macam-macam dia nak fikir. Makanya, apa yang patut aku buat, aku pun punggah lah barang-barang yang ada dalam bilik tuh. Surprisingly, aku jumpa kertas-kertas kecil yang bertulis dan tertulis. Aku belek. Tersenyum aku baca satu-satu taw. Entah kurun bila punya entah.



Aku rasa ni masa aku jadi fasi (cehh konon) untuk budak-budak SPM tapi tak berapa nak sure masa aku joined satu badan NGO nih ke atau pun masa aku joined pemimpin pelajar masa di universiti dudulu tuh. Tapi kannn, sendiri punya SPM pun tonggang langgang ada hati nak bagi nasihat kat orang. Kesian pulak bebudak nih aku rasa. Hewhewhew.

Takpelah benda dah lepas, buat apa dikenang-kenang. Keh3.

Nak tunjuklah apa yang tercatat pada kertas-kertas kecil nih. Sebelum baca, kuatkan hati dulu OK.

Budak 1:


Budak 2:


Budak 3:


Budak 4:


Budak 5:


Budak 6:


Budak 7:

Amacam?? Siapa yang puji-puji nih Akak memang suka taw! Kalau lah boleh jumpa balik, Akak belanja korang-korang nih pergi makan. Hihikk. OK stop.

::nukilan ikhlas dari jari manisku