Tuesday 27 March 2012

Penyediaan makanan untuk ibu berpantang

Seperti yang sedia maklum aku nih tak suka masak. Keinginan tuh hado tapi dok minat. Macam mana tuh?? Disebabkan benda satu nih lah Ibu dan Mama asek bebel je selalu.


Mama:
"Esok kalau dah berlaki kurus kering lah laki kau."


Aku:
"Kedai kan ada.."


Mama:
"A'ahh yelah tuh. Sehari dua boleh lah. Esoknya dia humban kau."


Aku:
"Ishh Mama nih. Takkan lah dia nak humban bini dia. Ekekee.."


Lepas tuh apa lagi.. Bengkek je Mama sebab tiap kali Mama bebel macam nih ada je aku nak menjawab.


Ibu:
"Bila lah kau nak minat masak nih?"


Aku:
"Ala kawen nanti masak lah."


Ibu:
"Tak adanya kalau tak mula dari sekarang.."


Aku:
"Mana tahu kot-kot ada bakat terpendam ke kan.. Ehehh"


Nak tahu terpendam ke tak?? Haa.. Dulu masa Ayah Ibu Babah Mama pergi umrah terpaksa lah aku masak untuk menyabung nyawa nak hidup. (Tapi mostly memang makan kat kedai pun) Dah lah si adik lelaki aku kuat makan. Jadinya aku masak untuk lunch je. Dinner memang makan luar je lah in two weeks tuh. Lega makk!


Kalut jugak nak masak apa. Aku main taramm je lah. Ingat lah jugak resepi-resepi turun temurun yang mudah-mudah tuh. Ada sekali tuh adik cakap sampai sakit tekak dia makan.


"Kau taruk apa nih kak??" 


"Diam kau. Makan je.." Kahkahkah!


Tapi masa nak balik ke Melaka dia siap nak bawak bekal balik taw. Makan pun bertambah sebelum nak gerak. Ohh tak sangkanya. *meleleh ayaq mata* 
Nih yang di namakan bakat terpendam.. *kesat ayaq mata*


Okay.. Tutup intro yang takde kena mengena dengan tajuk. Aku nih memang fail kalau berintro. Mesti jauh tersasar dari tujuan.  -____-"


Aku nak bagi tahu yang aku ada masak untuk Maksu. Maksu kan tengah berpantang tuh jadi aku tolonglah masak kan lauk pauk orang yang tengah pantang. Sedap? Mari kita tengok!


Menampilkan lauk pertama iaitu..


Sawi rebus berlada hitam. 


Bahan-bahannya:


Sawi secukupnya
Ikan bilis sikit je takyah bebanyak
Bawang putih wajib
Halia untuk buang angin sebab kita kena buang angin-angin yang ada dalam badan si berpantang
Lada hitam ikut suka
Garam nak bagi sedap
Ajinomoto penaik rasa


Cara penyediaan:


Potong sawi tuh cantik-cantik dan molek-molek kemudian basuh sebab nak buang pasir-pasir dan segala kotoran degil yang ada pada sawi tersebut. Nanti tak pasal-pasal sawi berkuah pasir jadinya kang. Ohh lupa nak habaq kat uolls yang sawi yang aku guna nih sawi dari Cameron Highland. Masih segar bugar dengan kehijauannya taw.


Hijau kan? (sawi memanglah hijau)

Nih ikan bilis bersama bawang putih dan halia. Bawang putih ngan halia tuh hiris-hiris je. Senang.


Lepas tuh masukkan air sikit dalam periuk. Sikit je tak yah bebanyak. Terlebih air pun tak sedap jugak nanti. Ikut kesesuaian dengan sayur yang kita cincang-cincang tadi. Lepas tuh terus masukkan ikan bilis tuh, halia dan bawang putih tadi. Tak lupa jugak serbuk lada hitam. Bak kata org tua-tua. Campak-campak je.. :b


Bila dah mendidih je terus masukkan sayur. Bubuh garam ngan ajinomoto bagi sedap. Pastu kacau-kacau sikit terus tutup api tanak sayur tuh lecur sangat.. dan inilah hasilnya yoo..!


Sayur orang bersalin.. 




Okay. Dah macam peluh-peluh sikit kan masak sayur tadi, kita sambung menu kedua pulak. Lagi senang. Mudah. Cepat.


Ikan bakar bersalut namo ehh.


Bahan-bahannya:


Apa-apa jenis ikan. Aku guna ikan tenggiri.
Aluminium foil secukupnya.
Garam sikit.
Ohh tak lupa juga tudung periuk.


Meh bagi tengok gambar dulu.
Indah tak rupa paras beliau?


Cara-caranya sangat senang. Tutup mata pong boleh buatlah. Ehehh..
Garamkan ikan tuh, bungkus dengan aluminium foil tadi dan tenggekkan kat api atas tudung periuk. Siap!


*claps*


Wah pantas-pantas..! Sebab tuh lah aku dengan berlagaknya boleh duduk kat Muar tanpa risaukan apa-apa. Setakat nak masak nih.. Alahaiiii.. Sonang yo. Haaha..
(..dan selama seminggu lah lauk nih je lah yang Maksu makan)


Sekian..


::nukilan ikhlas dari jari manisku



Friday 23 March 2012

Tugas bidan yang paling sukar

Hah nampak tak tajuk tuh? Aku pun berpeluh-peluh sampai sekarang tak habis-habis nih. Fuhh! Susah woo.. Dari pagi sampai petang pun tak selesai tugas aku yang satu nih.

Nih hari tuh punya cerita lah. Tak ingat pulak hari apa. Ingat tugas bidan nih senang?

Disebabkan baby kuning dan susah nak surut, Maksu takde masa langsung nak buat sendiri. Perhatian tuh kena 100% kat baby. Jadi aku lah satu-satunya ditugaskan untuk mencari sampai jumpa dan sedap dan yang paling penting bermakna.

Haa.. Apa bendanya nih?

Aku kena cari nama baby lah. Dari pagi sampai petang tak jumpa-jumpa.

Sebabnya Maksu cakap nak nama yang seakan-akan dengan si kakak, Nurqaleesya Umairah. Jadi aku ingat mesti lah nak yang ada 'sya' dan 'rah' jugak kot. Aku pun cari lah.. Cari.. Cari.. Cari.. dan cari.. dan wujud lah senarai pendek yang aku buat.

Antaranya,

Ayesya
Nama isteri Nabi Muhammad SAW

Delisya
Yang memberi keceriaan

Nadhirah
Yang berseri-seri

Aathirah
Harum

Nih lah antara nama-nama yang aku jumpa. Gabungkan mana-mana tuh dapatlah bunyik yang seakan-akan nama si kakak.

Tapi rupa-rupanya, Maksu nak nama yang mula dengan huruf Q jugak. Aku pun carilah balik kat site yang aku cari nama-nama tadi. Dalam banyak-banyak page, aku rasa page yang aku guna nih lah yang terbaik. Paling banyak nama yang disenaraikan. Siap ada list nama-nama yang dilarang taw.

Aku mulakan pencarian semula.. Banyak jugak yang sedap-sedap nama Q nih. Nanti aku ada anak pun nak letak jugaklah! Ekekee.. Jadi senarainya?

Qaireen
Kebaikan

Qaireena
Kebaikan

Qasrina
Istana

Qisya
Hidup dalam kebaikan

Qatrunnada
Titisan embun

Hah.. Banyakkan yang sedap-sedap dan unik. Geram pulak aku dengan nama-nama nih. Mula-mula aku usulkan Qaireen tuh tapi Maksu tak nak. Nama tuh nama anak kawan dia. Kang orang cakap niru pulak kan. Jadi dalam banyak-banyak nih aku usulkan Qasrina sebab lembut je sebutan dia. Maksu pun OK dan suka jugak. Lagi-lagi tang maksudnya tuh. :)

Okay. Dah dapat satu nama. Lagi satu nama pulak. Jenuh jugak nak mikir nama anak nih ehh. Apa yang penting sebagai umat Islam, nama yang diberi mestilah mempunyai maksud yang indah.

Sebelum memberi nama pada anak-anak, ibu bapa perlu merujuk mana-mana buku tentang nama-nama Islam nih. Banyak boleh dapat kat mana-mana kedai buku. Kalau tak mahu yang itu, taip je kat search mana-mana browser. Jumpa. Senang.

Lagi satu jangan lupa rujuk jugak nama-nama yang dilarang tuh. Takut kita ada dengar mana-mana. Lepas tuh kita fikir nama tuh sedap dan terus letak kat anak. Jangan!

Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu ustazah pernah cakap. (Wahh kagum kejap sebab boleh ingat!) 
Ustazah cakap, masa kat Padang Mahsyar nanti, kan kita akan dihitung kan? Kita akan dipanggil seorang demi seorang untuk ditimbang tara kebaikan dan kejahatan.
Nama-nama yang mempunyai maksud yang baik akan dipanggil dulu. Kemudian barulah nama-nama yang tiada maksud apa-apa akan dipanggil untung dihitung. Lepas tuh, last sekali barulah nama-nama yang maksudnya buruk dan dilarang. Nak kena hitung pun perlukan step by step dan inilah pentingnya memberi nama yang baik dan maksud-maksud yang indah pada baby.

Macam mana aku boleh bertazkirah nih?? Ehehee.. Apa yang kita tahu wajib untuk kita sharing-maring kan. Kalau dah tahu takpe. Anggap ni sebagai ingatan tulus yang ikhlas. :b

Fuhh! Tak habis lagi cerita nih. Nama kedua tak selesai lagi.

Nak dijadikan cerita Maksu teringin sangat dengan nama Jannah dan Jannati yang membawa maksud syurga. Kalau gabungkan dua-dua nama nih dah sedap dah. Istana Syurga. Tapi bila gabungkan yang arabnya macam tak kena. Macam ada something missing lah.

Qasreena Jannah

Qasreena Jannati

Bila sebut macam ada tak kena je kan. Adik aku pun try cari yang lain.. Jumpa lah dengan nama Sofea. Maksudnya menawan. Time nak gabung-gabungkan yang seronok nih.

Qasreena Sofea

Woww! Sedap-sedap! Lembut je nak nyebutnya. Maksud melayunya, Istana Menawan. Fuyyooo! Jeles makk.

Bila masing-masing sebut sume suka. KOMPOM! Makanya, nama adek kecik tuek nih diberi nama, Nurqasreena Sofea.  >____<

Inilah tugas yang paling susah yang aku cakap awal-awal tadi. Tapi Alhamdulillah selesai sudah akhirnya. Dah daftar dah pun tadi kat Jabatan Pendaftaran Negara Muar.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Thursday 22 March 2012

Baby kuning

Tahukah anda penyakit kuning yang dihidapi oleh baby-baby yang baru lahir? Tahukah anda apa itu penyakit kuning? Macam mana nak merawat baby-baby yang kena penyakit nih? Tahukah anda?

Tahukah anda?

Tahukah anda?

TAHUKAH ANDAAAAA??!! (Dah kenapa? Sawan??)

Kisah perbidanan bermula di sini.
Biasanya bila lepas bersalin, doktor-doktor akan tunggu baby yang baru dilahirkan kencing dan berak dulu baru boleh discharge. Betul tak? Sebab dari situ boleh tahu yang sistem dalam badan baby tak ada apa-apa masalah dan berfungsi dengan baik. Aku tahu jugaklah benda nih. Pengetahuan am oii.

Itu satu. Ada lagi satu benda yang boleh merunsingkan sang ibu bila baby mereka mengidap penyakit kuning dan tak mahu surut. Nih satu lagi pengetahuan am yang semua orang tahu dan patut tahu. Semua baby yang dilahirkan mempunyai penyakit ini atau dalam bahasa doktornya, JAUNDIS NEONATAL. (Baru Google. Ehee)

Inilah yang jadi kat si kecik cenonet tuh. Kuning dia tuh kejap surut, kejap naik. Risau dah Maksu.

Hari-hari si kecik kena pergi klinik amek darah. Habes tangan dia yang mulus tuh kena cocok jarum sana sini nak dapatkan darah dia nak buat test. Sian sangat. Sampai bengkak merah lah tapi nak buat macam mana kan. Semua tuh nak bagi baby sihat.

Baby is warded again after two days being discharged. Menangis-nangis ibunya. Macam-macam cara dan petua semua dah ikut tapi hari nih naik mendadak. Aku pun risau jugak sebab yang aku dengar, sakit kuning nih kalau dah teruk sangat boleh menjejaskan otak baby. Ya Allah..

Nak tahu petua-petua untuk meredakan sakit kuning ni hape?

Sebelum tuh nak bagi tahu tanda-tanda si kecil dapat sakit tuh semula. Memanglah baby-baby yang baru lahir nih akan tidur sentiasa kerana itulah caranya baby nak membesar.

Tapi! Baby yang sakit kuning nih tidurnya lain macam. Tak bergerak langsung. Macam malas nak bergerak. Sikit pun tak pusing kiri kanan. Tidur je memanjang sampaikan bila kita gerak-gerakkan pun dia buat dekk je. Hahh bila ini jadi kitorang dah runsing. Adek nih nak jadi balik ke?

Lepas tuh terus Maksu dengan sedaya upaya susukan baby. Sebabnya?

SUSU IBU adalah ubat yang paling mujarab. Doktor cakap perlu susukan baby sekerap mungkin. Baby yang sakit kuning nih akan tidur je jadi si ibu perlu kejutkan baby bangun dan beri susu. Sumbatkan aja tapi kena berhati-hati jugak ye takut tersedak. (Wahh! Dah macam cara-cara penjagaan je nih.. Hee)

Cara lain, boleh juga jemurkan baby di bawah cahaya matahari pagi. Seeloknya cahaya 7 pagi sehingga 9 pagi. Lewat dari tuh akan memberi kesan lain pulak pada kulit baby. Kita pun macam tuh jugak sebenarnya taw. Elok untuk kita dedahkan kulit kita pada matahari pagi kerana mengandungi Vitamin D yang sangat-sangat baik untuk kulit. Apa yang baiknya tuu? Kulit jadi mulus kot. Entahlah aku pun tak berapa nak tahu. Kahkahkah

Dijemurin ketika 8:20 pagi. Ohh sebenarnya kena totop mata baby taw.
(Tengok tangan yang berbintat-bintat, kesan jarum lah tuh)

Lepas tuh aku pun ada tengok Maksu makan anggur hitam. Baby pun Maksu ada titis-titiskan jugak sikit jus anggur tuh. Disebabkan nak tahu lebih lanjut, aku pong meng-google lagi. Aku terklik satu site tuh perbincangan ibu-ibu yang anak-anak mereka ada kuning nih. Baca punya baca (dengan semangat) ada seorang ibu nih syorkan makan buah anggur. Dia ada praktikkan kat anaknya dalam beberapa titis dan kesannya, sangat menakjubkan. Kuning tuh beransur kurang dan sembuh sepenuhnya.

Tapi.. Adek kecik tak pun.. Maksu dah bagi dah. Mungkin surut jugak tapi tadi naik balik. Tinggi pulak tuh.

Takpe lah Adek.. Adek duduk kat hospital tuh bagi baik taw. Biar doktor pakar yang rawat Adek. Adek kuat semangat okay!


Best ada kawan-kawan doktor macam nih.. :)

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Wednesday 21 March 2012

Baby yang hendak dibidankan

Okay. First thing first, nak kenalkan dulu si kecik tuek yang halus nih. Keluar sebulan awal dari tarikh yang sepatutnya. Doktor cakap kena keluarkan jugak sebab baby terlalu kecil untuk bayi yang seusia 8 bulan di dalam perut. Air ketuban pun kurang jadi terpaksa lah doktor masukkan ubat untuk paksa si kenit nih keluar.


Ini lah dia.. TARAA! (Bukanlah Taraa namanya taw..)


Haha. Bagi tengok pipi dulu.. :b

Hah dah nampak dah pipi si comel yang memerah tuh. Macam mana lah muka dia ehh? First time tengok... Alahaiii.. Keciknya.. Bulatnya muka.. Penumbuk nih pun besar lagi dari pala dia. Mana taknya. 2.1kg je.. Nak pegang pong takutt!


Ibu  : Elehh.. Takut konon. Lebih kurang kau lah dulu..
Aku : Kakak bape dulu?
Ibu  : Kau pun 2.4 je..


Aku 2.4kg?? Je?? Ohh comel jugak lah aku dulu.. :b








































Bagi tengok muka pulak.


TARAA! (Again..)


Bulat kan muka dia? Nurse cakap macam buah tomato. Bulat dan kecik dan merah.




Inilah Baby yang membawa aku ke bandaraya Muar ini. :)

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Tuesday 13 March 2012

Bila kita tak ada nanti

Biasalah aku kalau dah boring ngadap kerja kat office tadi, aku merayau-rayau ke blog orang. Nak tambah ilmu pengetahuan lah katakan. Ahaks

Bila login benda pertama yang aku buat adalah check dashboard. Tengok mana-mana update yang menarik aku klik lah. Tengok blog kesayangan-kesayangan yang penting. Kot-kot diorang ada update. Yup! Last night my kesayangan ada update dan seperti biasa keluh kesah tentang environment kerja. "Sabar lah you.. Okay?"

Skroll lagi ke bawah. Hmm Macam banyak yang menarik nih sebabnya aku dah follow banyak blog yang banyak bercerita tentang realiti kehidupan dan bukan lah tentang fesyen semata-mata. Kalau dulu bila tengok kat dashboard nih asek benda yang sama je. Bukak-bukak pasal update nak tunjuk gambar baju baru. Pasal kehebatan mereka mix and match. Sekarang aku dah expert semua tu (Wahh! kononnya lah..) dan ada yang aku remove pun, jadinya sekarang nih lebih kepada blog yang berikan manfaat.. yang bukan omongan kosong (Macam aku).


Tapi lepas tuh dengan tak semena-mena mata aku yang galak dan bersinar ini (baca dalam hati: mata sepet) terpaut dengan satu entry blog nih.

Lepas baca, aku sesangat lah risau. Kalau jadi kat aku macam mana lah nanti.. Kita tak tahu kehidupan kita akan datang macam mana kan. Lama mana lagi kita boleh bukak mata nih nak update-update status kat Twitter, kat Facebook, kat blog.

Dia ada sorang kawan nih. Hari nih harijadi kawan dia tuh. Seperti biasa bila tiba birthday nih, masing-masing dengan caring-nya pergi kat wall orang tuh and wish. Macam kita-kita buat. Pernah buat kan? Bukan pernah buat je.. tapi selalu! 

Tapi malangnya, kawannya tuh dah meninggal dunia sebulan yang lepas. Aku cakap malang sebab mostly yang wish kat wall kawan dia tuh tak tahu yang pemilik Facebook tuh dah tak ada.

Orangnya dah takde tapi Facebook tuh masih berjalan seperti biasa.

Rasa-rasa dapat tangkap tak apa yang bermain kat pala aku sekarang nih? 

Macam mana bila kita pulak yang tak ada nanti? Macam mana dengan laman-laman sosial kita nih? Perlu beroperasi seperti biasa jugak ke walaupun empunya dah selamat di dalam sana. Macam mana dengan gambar-gambar kita yang ada dalam tuh kan. Bukannya semua yang kita upload tuh semua sempurna. Iye dakk? Kot-kot ada yang terselak sana-sini tak ke nanti perhitungan kita takkan pernah habis. Sebabnya, masih ada lagi benda yang kita tertinggal kat atas dunia nih.


Itu satu. Macam mana pulak dengan kata-kata yang kita gunakan. Aku pasti bukan semua kata-kata kita yang elok dan sedap didengar mahupun dibaca.

Tiba-tiba seram sejuk aku dibuatnya. Takott! Aku rasa sangatlah perlu untuk tutup akaun-akaun semua nih bila sesorang tuh telah pergi. Tapi persoalannya, sape yang nak tutupkan? Benda-benda nih kan sume praivet. Ada ke orang tahu password-password dia? Password-pasword kita?

Ini yang aku dok pikir dari tadi. Macam mana lah kalau aku dah tak ada nanti. Siapa yang nak tolong deactivate aku punya Twitter, Facebook sume bagai nih? Sorang pun tak tahu aku punya kekunci.


Pikir-pikir! Muka pikir pun nak cantek.. Cess!


Setelah sejenak dua jenak berpikir, I think I've several options. 

Kita boleh share passwords kita suma tuh dengan orang yang palinggggggggg kita percaya. Jadi, sape orangnya? Kawan kita kah? Bestfriend forever and ever kita kah? Makwe kita? Boyfriend kita? Adik beradik kita? Suami? Isteri? Okay. Itu suma terpulang tapi bila sebut je orang yang paling aku percaya dalam dunia nih terus aku terbayang wajah Ibu.

Bukan lah bermaksud aku tidak percayakan ayah. Kita perempuan kan. Lebih elok kita berkongsi luar dalam dengan Ibu kita. Kan?

Lepas tuh alternatif lain yang aku terpikir, kita tulis sume benda-benda secrets kita tuh dalam kertas dan masukkan dalam box. Box berkunci mungkin.. dan kunci itu kita sorok or selit kat mana-mana. Jangan lupa pulak kita letak mana. Kalau lupa, Pandir lah jawabnya.

Rasionalnya, kita bitahu lah orang yang palingggggg kita percaya (once again) kat mana kita letak secret key tuh. Kalau kita tanam, cakap kita tanam kat mana. Kalau kita campak atas bumbung, cakap bumbung jiran mana yang kita campak tuh. Sengal apa pi campak atas bumbung orang.. Haihh. Haha

Ingat! Jangan letak sebarangan. Bahayo-bahayo!

Kalau orang yang tak bertanggungjawab jumpa, maka berdoa ajalah. Itu je yang boleh dilakukan supaya hidup kita tak punah-ranah-hancur-lebur.

Hah. Nak telan pong bolehh. Ahahaa..

Makanya, bertindak lah sebelum terlambat sementara masih ada akal fikiran yang waras. Kalau dah nyanyuk nanti lagi parah. Ishh mintak simpang.

Err.. Sebenarnya aku dah pun deactivate Facebook aku yang dulu dan juga blog. Walaupun atas sebab yang lain tapi, Alhamdulillah.. :')

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Wednesday 7 March 2012

Suruh orang pandai, bila diri sendiri?

"Sabar lah you. Orang macam tuh you tak payah nak ingat dah. Bukannya hensem pun."

"Dah lah tak hensem. Rambut ketak-ketak! Poyo pulak tuh! Lepas tuh bajet semua orang nak kat dia." 
Haah. Bertubi-tubi aku bagi. Macam latih tubi masa sekolah dudulu.

Terer betul aku nak pujuk kesayangan masa tuh. Dah lah orang tengah sayang. Kemain sedap je aku mengata.

Selain kesayangan sorang nih yang berminggu-minggu jugak nak pulih, ada jugak orang lain yang pernah luahkan rasa sedih diorang kat aku. Masa diorang cerita tuh aku tak boleh nak rasa level kesedihan tuh macam mana. Ala.. kecewa cinta tak lah teruk mana kott.

"Dah lah.. Lupakan je semua.. Buat rugi je kalau kau sedih macam nih kan."

Wahh! Senangnya cakap. Orang yang tak pernah rasa cakap macam nih lah.

Sekali kau yang kena sendiri.. DUSHH! Hamek kau sebijik.


Translate: Nehii! Na mungkin! = Tidak! Tak mungkin!

Tersungkur sampai dua tiga bulan pun belum tentu boleh bangun.

Patutlah payah benau nak bagi kesayangan calm masa tuh. Cakap itu dia tak dengar. Cakap ini dia tak terima. Sabau je lah. Rupanya memang begitu natijahnya. Makk aii. Natijah engko.. Haa! Kan dah terkeluar kosakata-kosakata kelas tinggi nih.

Sebab aku pun macam tuh. Korang cakap lah apa pun. Aku buat dekk je sebab yang penting aku nak dia balik. Korang cakap dia jahat. Aku cakap dia baik. Korang cakap dia kurang cerdik. Aku cakap dia tetap pandai. Korang cakap ramai lagi laki-laki hensem tapi dia lah yang paling hensem dalam hati aku. Dah tuh korang nak cakap apa lagi?

Ya! Orang yang merasainya je tahu apa yang diorang rasa. (Memang lah.. -____-')

.. dan kesan daripada semua ini,

Kalau tengok drama-drama sekarang nih aku cepat emo. Bukan sikit-sikit punya emo. Nak-nak pulak cerita pompuan-pompuan yang ditinggalkan tak pun ditipu. Hangin satu badan dibuatnya.

"Yang kau pergi kejar perempuan tuh buat hapa. Bini kemain baik lagi. Cantik pulak tuh!"

"Eee..! Kau nak yang mana satu nih? Kalau kau nak dia, kau lepaskan lah yang nih"

"Ehh dia nih. Nak sekeh je aku rasa lah!"

Sampai satu tahap..


Aku jadi geram sebab aku tahu perasaan perempuan-perempuan tuh. Kalau tak.. huh. Sikit pun aku tak heran langsung kalau ada babak-babak macam tuh.

Sampai ada sekali tuh siap cakap dalam hati lagi,
'Ye..Ye.. Aku paham perasaan kau. Kalau aku pun, aku nanges macam kau jugak..'
Tengok. Kan dah tak pasal-pasal aku pun terbabit sekali.

Biasanya memang macam nih. Bila kita dah kena dan rasa sendiri baru kita tahu langit tuh tinggi ke rendah. Baru kita tahu kedudukan yang sebenar-benarnya. Mungkin lepas nih sapa-sapa yang nak luahkan kat aku, aku dah ada nasihat yang terbaik untuk kalian semua. Ceewaahhhh!!!

Ini juga merupakan satu pelajaran dalam hidup aku. Kalau bukan kerana dirinya, aku takkan pernah merasa dan aku takkan pernah tahu lumrah hidup dalam erti kata yang sebenar.


Kerana..










Langit tidak selalunya cerah.




::nukilan ikhlas dari jari manisku

Tuesday 6 March 2012

Aku dapat semangat baru. Yeke?

Petang tadi entah apa mimpi pun aku tak taw, terasa nak baca blog dia nih. Dah agak lama lah aku jadi follower dia tapi since aku followed, dia tak pernah nak hapdet. Wujud lagi ke tak? Tapi tengok followers makin hari makin bertambah. Hapdetnya tak jugak.

Habes tuh kenapa kau follow?

Dah aku tengok follower dia sampai beribu-ribu lemon, aku pun follow lah dengan terburu-burunya.
Then, habes macam tuh je. Dah takde aku jengah-jengah dah.

Sampai lah aku dah boring menaip tadi, tergerak lah sikit hati dan perasaan nih nak belek-belek blog dia tuh. Aku pun baca lah the latest entry. Pasal air minum je pun tapi aku punya ketawa.... Nak meleleh air mata nih sebab kena tahan gelak. Office tengah senyap, kalau aku tiba-tiba ketawa sorang-sorang tak ke gila?

Dengan hidung tengah tercungap-cungap kesan tahan gelak tadi, aku meneruskan pembacaan dari first entry dia. First entry yang pendek tuh pun boleh buat aku gelak.

Ehh dah macam seronok pulak dan dengan tak semena-mena, jari-jemari aku nih sedap je clicked on the next entry.. Next.. Next.. and Next! Setiap entry yang aku baca mesti gelak punya lah. Kira macam masa aku tengok video-video Mat Luthfi dulu lah. Setiap video mesti aku gelak. Sama lah macam nih.

Kau nih nak review blog dia ke hape nih? 

Takde lah.. Aku kalau dah excited macam nih lah. Ehehh
Bila aku baca blog yang tak kurang sengal nya nih, sebenarnya ada banyak lagi cara yang boleh membahagiakan dalam hidup nih. Bukan dengan berkasih sayang je taw. Bila kita flashback balik kejadian-kejadian yang menimpa diri dulu, benda nih juga boleh jadi sesuatu yang membahagiakan dan menceriakan walau dengan hanya sekecil-kecil perkara.

Berapa kali dah nak habaq, tiap perkara pasti ada baiknya walaupun ianya adalah seburuk-buruk kejadian yang pernah kita hadapi. Betul kan?

Kalau jatuh longkang tuh apa baiknya?

Err.. Err.. Aaa.. Hmm.. Apa baiknya eh? Pikir jap!

Aku nih nak cakap pasal semangat baru tuh. Haiyakk! Tersasar jauh benau dah nih. 
Okay. Tak ada lah semangat baru pun. Semangat renewal namo ehh. Wahh! Semangat yang memang dah lama dah. Cuma diperbarukan lagi. Ehehee

Pertama, aku dah deactivate aku punya Facebook account. Apa aku rasa?
Macam dah melepaskan satu beban. Nih apa yang aku rasa selepas 34 minit berlalu.

Kedua, aku dah tanak mengarut-ngarut dalam blog. Lepas tuh biarlah lepas, yang akan datang nih kena lebih bijak sikit lah. Sikittttt je takyah bebanyak.. Haha
Macam blog si sengal nih, banyak benda yang dia tulis simple je tapi penuh dan padat dan mampat dengan moral value dia.

Jadi takde lah sia-sia nulis bersengkanag mata tapi takde apa manfaat. Kan? dan orang yang baca pun takde lah rasa membuang masa dan berkerut habis dahi-dahi nak ngabeskan satu entry. Eh ada ke orang nak baca? :b

Tapi! Satu perkara perlu diingat. Tiada apa yang paling membahagiakan di dunia ini melainkan kasih sayang yang diberi dan diterima. :) 
*tiba-tiba*


::nukilan dari jari manisku

Sunday 4 March 2012

Unsubscribed

Okay.. Hari nih genap dua bulan. Aku boleh lupakan dia. Aku memang boleh.. tapi tuh kalau tak nampak nama dia di mana-mana. 

Semalam entah macam mana air mata nih boleh meleleh lagi? Ishh! Aku dah janji kot tak nak ingat dah. Nak buang semua dalam ingatan nih. Benda yang tak payah ingat, dok ingat sangat. Haihh! Semua gara-gara bila aku on Facebook, aku nampak nama dia terpampang kat friendlist yang kat wall tuh. Bila aku on chat pulak, nama dia jugak ada kat tepi tuh. Lepas tuh mula lah terkenang.

(Aku menangis sebab bulan nih lah yang aku tunggu-tunggu dari dulu.)

My naked truth on 13 December 2011.

Aku dah tak boleh nak hidup macam nih. Semua benda yang jadi kat sekeliling mesti aku ingat kat dia. La nih sorang kesayangan(perempuan) dan bestfriend(lelaki) dok poke-poke aku. Otometik kepala nih ingat benda yang sama dia buat kat aku.. dulu..

Dengan tidak semena-mena aku ingin remove dirinya dari friendlist. Baguskah? Aku dah memang tak boleh nak tengok namanya langsung. Bukan benci sebab aku sememangnya tidak akan membencinya, tetapi mungkin dengan cara nih secara perlahan-lahan aku tidak akan kenang-kenang dah.

Aku tanya kesayangan boleh ke aku nak remove je. Tapi bila pikir-pikir balik macam budak-budak pulak main remove-remove nih. Kesayangan pun bagi idea suruh unsubscribe.

Unsubscribe?

Apa jadi kalau kita unsubscribe? Kalau kita unsubscribed someone, any updates dari mereka tidak akan keluar kat home kita. Hmmm. Mungkin ini yang terbaik. Jadinya awal-awal pagi tadi jugak aku buat.

Kadang-kadangkan kita juga perlu usaha untuk lupakan apa yang membuatkan kita tidak tenang. Bukan senang-senang je boleh lupa sebab benda tuh akan datang tanpa kita pinta. Kita tak boleh nak cakap, "Okay mulai hari nih aku tak nak ingat dah." Tup Tup tak sampai esok pun. Malam kang ingat balik.

Macam yang aku alami sekarang nih. Aku memang okay. Tapi sekali dia datang menerpa kat fikiran nih...

InsyaAllah.. Lambat laun aku akan pulih sepenuhnya dengan sedikit usaha ini.

::nukilan dari jari manisku

Friday 2 March 2012

My Wishlist

I've created my wishlist a week ago. Hewhewhew.. *sweat*


Seems like all those intentions are too much, rite? Am I able to reach the targets? No no no.. We'll see ya!
Ohh two of 'em were completed! Hehehh



And I'm going to talk about each of those listed soon. Will see.


Till then! Muah-muah-muah!