Wednesday 27 June 2012

Wordless Wednesday 1 : Money



MONEY comes like a TURTLE and goes like a RABBIT

Time to paid up all bills.
T_______T

:: nukilan ikhlas dari jari manisku

Wednesday 20 June 2012

Kecelaruan Identiti

Masa kekecik dulu aku selalu fikir, kenapa aku punya lain sangat dari orang. Pelik dari orang. Nak tanya Ayah kang takut sebab dulu Ayah garang gila tahu? Biasalah darah muda, polis pulak tuh. Pheww!

Jadi, aku diamkan aje.

Naik sekolah menengah, macam dah berani-berani sikit, aku tanya Ayah. Kenapa.. Kenapa.. dan kenapa? Kenapa nama aku tak macam orang lain yang ada 'Nur', ada 'Siti', ada 'Nurul'.. Nama kengkawan semua nama yang aku pernah dengar, semua macam lembut-lembut je bila sebut. Kenapa bila aku search nama aku kat nama-nama bayi perempuan pun takde.

Terus Ayah buka Al-Quran. Ayah cakap nama aku diambil dari Surah Al-Insan : Ayat 18.

Dalam pada Ayah baca surah ni, ayah tertarik dengan kalimah 'Salsabila' yang terkandung dalam ayat yang merupakan nama bagi mata air di dalam Syurga.

Terpana.

Baru aku percaya yang pilihan Ibu Bapa untuk anak-anak pastilah yang terbaik.

Maka, bermulalah kehidupan aku tanpa ragu sampai lah masa dan tikanya aku tengah tekun study dalam bilik. Aku jenis kalau belajar kena pasang lagu. Baru fokus. Nak lagi fokus, aku kena pakai headset. Kena tutup telinga, kalau tak mata nak melilau je. Dengar orang cakap, sebuk nak tengok. Dengar derap tapak kaki, sebuk nak toleh.

(Teringat pulak masa study kat Shah Alam dulu. Selalu share earphones ngan Mamat ni. Kengkadang IPod dia tuh aku konker sengsorang.)

Tengah khusyuk menela'ah (kehkehkeh), tiba-tiba aku terasa macam orang panggil. Sayup-sayup je. Macam mendayu pun ada. Toleh kiri kanan takde orang. Aku dengar balik betul-betul.

Hawau punya radio! Rupanya dari situ yang memanggil-manggil. Cehh!

Sape lah yang nyanyi-nyanyi tu. Lepas tu dari hari ke hari asyik lagu tu je yang aku dengar kat radio. Maklumlah lagu baru. Agak lama jugak baru aku tahu Yassin yang nyanyi.

Bermulalah era bila mana orang nampak aku je diorang bersiul-siul, nyanyi-nyanyi lagu tu. Tension makk tahu? Tak suka. Disebabkan benda ni, aku tak rasa nama tu adalah nama aku. Sampai lah sekarang.

Itu yang nama FB, Twitter, Blog and Tumblr (Eh aku ada Tumblr? Tehee) ngarut-ngarut je aku letak. 


FB aku masih lagi style lama hokehhhh.





Nama Lily ni pun aku baru tukar. Nak tahu cemana aku boleh dapat nama Lily Milly-yang-hentah-hapa-hapa-ni? Aku sebenarnya suka nama-nama bunga kalau dijadikan nama orang. Macam nama Orkid, Mawar, Kenanga. Lembut je aku rasa kalau orang nama cenggini.

Pilih punya pilih jumpa lah bunga Lily ni. Terus aku guna. Tapi kan masa aku search nama bunga kan, keluar nama Neelofa engko. Takkan aku nak buh nama tu kot kang tetiba ramai pulak yang add friends. =P

Jadinya bila nak sign up account kena ada second name. Aku nak letak nama apa pulak nih? Malas nak serabut-serabut, dah lah yang sedia ada ni memang serabut, aku terpikir kan words ni..

Sayang-menyayangi, benci-membenci, rindu-merindu.. Ewahh! Itu yang jadi Lily Milly. Tambah kan aje huruf M. Senang.

OK, enough. Kepada mereka yang selalu tanya kenapa bubuh nama yang bukan-bukan, kenapa aku tak letak nama sendiri, ini lah kisahnya. Aku rasa lain macam sekarang kalau orang panggil aku dengan nama penuh, lagi-lagi kalau orang yang aku rapat. Siap bagitahu jangan sebut nama penuh.

Tapi kan.. Aku teringat lah pulak entry Kak Una pasal nama-nama ni. Betul, dengan memanggil nama, itu adalah satu doa tapi aku macam rasa nama tu tak suit dengan dengan diri sendiri. Bila orang panggil aku dengan nama penuh, aku tak rasa orang panggil aku melainkan kalau orang panggil 'Sal' sahaja.

-----------


Aku tweet semalam masa di hospital sebab terkejut gila pharmacist cina pun boleh cakap nama aku sedap masa nak ambil ubat. Aku sendiri pulak yang tak bersyukur dengan nama sendiri. *istighfar*
.. dan lagi yang tak tahannya, boleh pulak Kak Una ni ingat nama aku Salmah? Kenapa Salmah, Kak?? Ahaha. Kenapa tak Salbiah ke Salmi ke Salmon ke. Kehkehkeh. (Memain kau ehh.. Memainn)




Betapa celarunya aku dengan nama sendiri. Can someone 'give me back' my name?

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Friday 15 June 2012

Bola dan Perempuan

Sekarang tengah hangat dengan EURO 2012. Rasa tak kehangatan tu? Aku tak rasa pun. Hmmm. Perempuan.

Woo woo woo.. Kejap. Perempuan sekarang dah tak macam aku yang tak tengok bola ni dah. Kalau dulu perempuan dan bola boleh dikatakan macam itik dan kucing (Perumpamaan sesuka hati). Tak boleh nak bertemu. Bila channel tibi tu ada football match, kompom tak sampai satu saat pun terus tukar ke channel lain.

Tapi sekarang dah berubah. Dah tak macam dulu tu. Diorang pulak yang tak sabar nak tengok.

Dari pemerhatian aku, perempuan sekarang bila tengok bola, diorang yang over lebih dari lelaki. Dia pulak yang bagi update kat Facebook, Twitter, siap dengan komen lagi. Entah lah tapi aku rasa macam meluat kott. (Sorry) Sikit-sikit dah ler.

Kalau nak cakap pasal bola lah, aku dulu pun suka tengok bola sebenarnya. Masa time World Cup 2002 Korea Selatan-Jepun. Masa sekolah dudulu. Walaupun aku tak tahu apa itu offside, kenapa ada player dapat kad kuning banyak kali pun tak keluar-keluar, ada pulak dapat kad kuning lepas tu terus kad merah, kenapa additional time tu lain-lain masanya, berapa player atas padang pun aku tak tahu, tapi aku gila tengok bola masa tu, sanggup bagun awal pepagi buta sengsorang.

Sebagai preparation nak tengok bola pepagi buta tu, aku bentang tilam siap-siap depan tibi, remote dah letak sebelah bantal sebab bangun nanti terus tekan je. Walaupun ada ulangan nanti, aku tetap nak tengok yang live match punya. Bila terlepas satu-satu match tu aku takkakn tengok ulangan dia dah. Tak feel. Waahaha. Konon.

"Hah nak tengok bola lah tu. Macam orang jantan.." -Mama

Rasa-rasa kalau nak tengok bola tu ada geng, tidur rumah Mama sebab Babah rajin jugak tengok. Kalau nak tengok sengsorang, tidur rumah Ibu sebab Ayah tak minat nak bangun pepagi semata bola.

"Baik bangun pagi tu buat solat Tahajjud ke.." -Ayah

*batuk-batuk kecil*

Siapa yang tengok World Cup 2002 mesti ingat lagu ni. World Cup theme song. Flashback kejap. Aku suka suara dia. Unik. :)




Terus aku suka minah ni. Ehehee. Ada satu lagu dia aku selalu dengar. (Dengar je taw)




OK, back to the story. *sengih*

Aku tak tahu cemana aku boleh tertarik nak tengok bola time tu. Masa tu baru kenal Beckham lah Owen lah. Tapi yang aku paling ingat, Miroslav Klose. Uihh hebat dia masa nih. *sambil muncung-muncung mulut* Dah lah muda mudi lagi time tu boleh gol banyak pulak. Terus I sokong Germany. Ekekee.

Tapi apa yang aku syok entah. Tak paham tapi suka. Habis World Cup sambung pulak dengan UEFA Champions League. Masa ni aku tak taw nak sokong club mana. Aku main tengok je. Sampai lah masa final, FC Porto menang. Bukan FC Porto tu yang aku suka, tapi aku suka coach dia, Jose Mourinho. Haha. Err orang cakap football manager ehh? Apa-apa lah.


Disebabkan si Mourinho pergi Chelsea lepas tu, terus aku support Chelsea taw. Ada engkorang kesah? Tak kesah kann. So, baca je. *kenyit mata*

Ni lah cerita cemana aku boleh terjebak dengan bola. Jadi, aku adalah penyokong Germany and Chelsea hokeeeeeeehh! tapi EURO 2012 ni satu game pun aku tak tengok lagi. Dah anak dara kott. Kuikuikui.


Err.. Germany terer tak EURO kali nih?






::nukilan ikhlas dari jari manisku

Monday 11 June 2012

Selama SUKU ABAD


Selama suku abad aku menghirup udara segar di bumi Allah SWT,  aku memanjat segala kesyukuran kerana masih lagi diberi nafas untuk hidup dan mencari harta sepencarian yang diberkati dunia akhirat.

Selama suku abad aku melihat ciptaan indah di bumi Allah SWT, aku rasa sangat bersyukur kerana diberi lagi masa dan waktu untuk menatap kedua-dua wajah Ayah Ibu Babah dan Mama dan dilahirkan di dalam keluarga yang sangat memahami walaupun dalam keadaan yang serba sederhana dari semua segi.

Selama suku abad aku berjalan di atas tanah subur di bumi Allah SWT ini, aku rasa sungguh bertuah kerana diberi semangat untuk terus mengorak langkah dan didampingi oleh sahabat-sahabat berhati mulia yang boleh aku berduka dan bergembira bersama.

.. dan selama suku abad ini lah aku tahu apa itu erti pengorbanan, kegembiraan, kesakitan, kekecewaan, persahabatan dan kasih sayang.

Cakk! I’m growing up now. Yeahh, you know getting older.  *geleng-geleng pala tak caya*


Pada tanggal Tiga-Jun-Seribu-Sembilan-Ratus-Lapan-Puluh-Tujuh lahir lah seorang buah hati yang cukup anggun di pandangan mata keluarga. Dengan hanya seberat 2.4kg keluar seorang bayi mengetuk pintu dunia dengan penuh senyuman. Kehkehkeh. Tipu je. Mana ada aku keluar cenggitu.


Aku discharge petang. Ibu cakap orang yang lahir petang ni keras kepala, degil dan itu lah yang selalu keluar dari mulut Ibu dan Mama. Tapi! Aku mudah untuk dilentur taw. Ewahh!


Kalau ikutkan masa kekecik dulu, masa sekolah, susah aku nak dapat birthday wishes dari kengkawan. Kesian kan? Ya! Sangat kesian. Kawan je ramai tapi sorang pun susah nak wish melainkan yang betul-betul-betul rapat je. Iskk.

Tak macam sekarang nih. Ramai betul yang bagi ucapan. Ucapan-ucapan yang sweet ada, yang kelakar ada, yang rasa nak hempuk pun ada. Keadaan serba canggih dah ada Facebook, Twitter bagai dan kalau nak orang wish birthday engko, letak je birth date kat profile tu. Lagi pulak sekarang sambil lari pun boleh ber-tweet-tweet.

Dulu mana ada cenggini, nak-nak pulak birthday aku time cuti sekolah. Setiap tahun mesti time cuti. Memang kawan-kawan tak noticed lah yang hari tu birthday kau. Telefon mudah alih pun takde nak bagi letak kat reminder. (Macam orang kisah kat kau. Wahaha. *annoying*)

Bila dah besar nih seronok bila tibanya hari lahir yang menunjukkan makin hari makin tua. Family, kawan-kawan rapat, ramai yang belanja makan. Suka-suka! Malahan jiran lama pun tak lupa nak wish taw.  

"Mana tak ingatnya kelam kabut tolong Ibu awak nak beranak dulu.. " Teheeee.

Terharu.. Siap bawak kek yang dibuat sendiri lagi nak bagi kitew.

Makanya, untuk birthday kali ni aku sangat puas hati kerana semua kesayangan tak lupa. Checked.


Sayang ai ni lagi lah. Advanced. Celebrate birthday untuk ai sehari awal.
Meh kiss sikit. :')

Terima kasih sesangat pada yang wish hari tu. Hanya dengan secebis ucapan sudah mampu buat aku cukup-cukup gembira. Kalau ucapan berjela-jela lagi lah aku suka nak-nak siap belanja makan kann. Hihikk.
Segala keburukan, kecelaan dari SUKU ABAD yang lepas perlu diperbaiki agar kehidupan untuk hari yang mendatang akan lebih diberkati.

::nukilan ikhlas dari jari manisku