Friday 24 August 2012

SYAWAL : Aidilfitri di Kampung


Salam Aidilfitri! Aku masih lagi dalam mood raya yang membara. HEHE.

Meh den nak cito sket kemeriahan raya kami bermula dengan stucked dalam traffic jam yang berejam lamanya. Nak ke Felda Sungai Koyan, Raub tuh takde lah lama mana. Biasanya takes only about two and a half hour tapi masa pagi Sabtu tuh nak tawu kitorang sampai pukul berapa? Kitorang sampai pukul 8:30 pagi dari pukul 3:00 pagi bertolak dari rumah. Ingatkan gerak awal pagi takdelah banyak mana kereta, kot lah sempat nak sahur kat kampung ke, tapi rupa-rupanya ramai orang yang fikir macam kitorang yang nak gerak awal pagi nih. Pheww.

Masa malam tuh pulak aku tak tidur dok ngemas kain baju yang nak bawak balik kampung. Biasa memang cengginilah. Ibu cakap tabi'at tanak pack baju awal-awal. A'ahh memang tabi'at pun. Benda yang last minute jugak yang suka. At last dengan mata bengkak, aku kena drive sampai ke kampung sebab halfway Ayah dah tak larat ngadap jammed tuh. Sampai je kampung terus ai pengsan. Hewhew.

Petang tuh pulak macam biasa time buat lemang. Lemang wajib ada masa raya pertama. Lemang buat sendiri, bukannya lemang yang dibeli. WAJIB. Sambil-sambil tuh sambil masak menu lain untuk pagi raya nanti.. Menu utama raya kami adalah Mee Udang. Resepi turun temurun dari keturunan Portugis. Mak Uteh lah yang pakar. Kitorang pun pakar jugak. Pakar makan.. Ibu pulak buat laksam. Feveret.

..dan semestinya, aku takda ape menu yang aku masak untuk raya tuh. =P

Raya Pertama, adalah sesi bergambar seisi keluarga setelah balik dari menunaikan Solat Sunat Hari Raya. Tiap-tiap tahun tak pernah takde lah gambar raya. Kitorang memang sakan bab bergambar. Sampai matahari dah tinggi berdiri atas kepala pun dok posing mosing lagi. Ishh2..

Sesi minta maaf dulu.. Masa salam Ayah, Ibu serius je muka. Banyak salah ke aku? 

Wahh wahhhh.. Hihikk.


Besar dah memasing ye.. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tibalah masa gambar syok sendiri!!

Kahkahkah! (Sila tumbok skrin memasing!)

Tapinya.. tak puas lagi nak bergambar banyak-banyak dah kena laung dari dapur. Ingatkan apa lahh. Kena tolong Mak Uteh rupanya pulas-pulas ketupat palas. Tak pasal-pasal kena belajar.

Haa. Terkial-kial kau nak mula.. Haaaa..

Tapi disebabkan ai nih cepat belajar, See! =P

Raya Kedua, tak ada ape sangat. Sebabnya, kena pergi bandar yang sejam jauhnya teman Makcik pergi ambil kereta kat workshop. Masa nak balik ke kampung Makcik excident dengan 3 buah kereta yang lain. Alhamdulillah tak jadi apa-apa pada orangnya cuma kereta je lah teruk sikit. 

Petang tuh siap-siap terus beraya kat rumah Mak Ayah angkat Maksu. Dalam satu kampung jugak. Haa. Raya kedua nih pakai baju yang Maksu belikan. Memang kitorang planned beli baju sebijik sejibon sama. Saje nak menggedik dua orang..

TADAAA!

Sangat nasyid kitorang pada raya kedua nih. HEHE.

Raya Ketiga, masa kami pulang ke rumah memasing.. Rasa sekejap je. Tak puas! Nak stay lama lagi tak boleh sebab ayah dah nak start keje. 

Yang pasti, begambar dengan budak kecik nih takkan pernah lupa. Sayang sangat kat awak taw. Lagi-lagi awak puji Kakak masa nih. Terkejut berok Kakak awak nih tawu? Kecik tuek cenggini dah pandai puji-puji. Nak pitam rasanya. Heww.


Disebabkan awak dah puji Kakak, meh Kakak ajar awak gambar gedik-gedik sikitt.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Friday 17 August 2012

SYAWAL : Salam Aidilfitri 1433H


Orang lain dah bersesak-sesak, berpusu-pusu nak keluar dari KL untuk balik ke kampung halaman memasing, aku masih lagi di office. MASIH. Aku masih setia di sini.. Ewahh. Tapinya bukan aku buat kerja sangat pun. Buat tuh buat lah tapi dah tak bersungguh dah. Kepala asyik ingat kat rumah je. Yelah, Ibu Ayah dah cuti dah pun tapi aku pulak yang kenkonon busy sangat nih kerja lagi. HEHE.

Seronok tak nak sambut 1 Syawal tahun ini? Pastinya sambutan tiap-tiap tahun berbeza untuk setiap orang..kan? Aku pun tahun nih kemain lagi sakan beli kuih raya. Kalau dulu ibu je yang membeli belah kuih raya nih nak topup sikit-sikit kuih raya yang Mama buat. Kali nih aku pulak yang gila membeli.

Pasal duit raya, aku tak pergi tukar pun duit kat bank nak bagi kat budak-budak kecik tuh nanti. Ngikut perkiraan matematik aku, budak-budak kecik kat kampung tuh ada 5 orang je.. Pheww. Selamat-selamat! Takdelah banyak sangat nak melabur. (Kedekut betul kau nih..) Lepas tuh campur dengan adik-adik, 3 orang. So, jumlah semua sekali 8 orang jadinya 8 hennget je lahh. Kahkahkah!

OK, aku tak lah sekedekut itu. :)

Perihal baju raya pulak, mula-mula aku cakap kaler baju raya yang aku beli kat Ibu hari tuh terus kena marah taw. Tengah excited nak tunjuk kita beli baju apa dah kena marah sebabnya aku cakap aku beli baju kaler blue black. Ibu cukup sensitip ngan kaler-kaler gelap nih. Tapi bila aku tunjuk je baju yang aku beli tu, terus kendur urat-urat muka yang tegang tuh.. Haa lawa kan?? Kan?? Ingat anak you nih takde taste ke? Hehe. Opkos nanti aku pun nak tayang baju aku tuh. Tapi baju aku sepasang je lah. Ehh bukan. Ada dua pasang. Lagi sepasang pemberian dari orang yang aku sayang. Sama pulak tuh. Pakai sesama nanti mesti macam kembar. Heww. Aku takde lah macam onglain yang berpasang-pasang. Sampaikan raya ke seploh pun ada baju raya jugak. 

Makanya, preparation for raya celebration aku tahun ni siap! Baju dah ada, kuih raya dah ada, duit raya pun dah ada. InsyaAllah Ahad nih raya dan diizin olehNya, lengkap lah raya aku tahun ini hendaknya. Cuma ada lagi sikit hajat yang aku kena cari kejap lagi.

OK lah, dikesempatan bulan mulia ini, aku ingin mohon maaf zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki untuk semua salah silap yang aku dah buat. Mana-mana yang ada terguris hati, maafkan lah diri ini samada dalam keadaan sengaja atau tidak. Aku pun nak lepaskan semuanya.. Tak mahu lagi ada dendam kerana dendam tulah yang sentiasa buat kita tak tenang.

Salam Aidilfitri! 

Please be careful when driving ya sayang-sayang semua. Much love from me. :)

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Thursday 16 August 2012

RAMADHAN : Bulan yang penuh keberkatan dan kejutan


Dah nak habis puasa dah. Tinggal beberapa hari lagi je nak raya. Sekejap je.. Masa first Ramadhan tuh rasa lama je sebulan so mungkin ada masa lah nak beramal tapi.. Tengok sekarang ni, apa je yang aku dah buat?

Dalam sebulan yang penuh barakah ini, macam-macam perkara yang jadi dalam hidup aku yang serba kecil ini. Sedih, gembira, excited, takut, gementar, semua ada. Ya semua rasa itu perlu ada untuk menunjukkan yang kita ini adalah manusia normal. Aku rangkumkan lah dalam satu update ye. Pertama yang paling pertama sekali, aku kembali rapat dengan insan yang aku tak suka dulu. Rapat yang sangat rapat. Itulah, orang tua-tua dah pesan, kalau tak suka tu jangan tak suka sangat. Nanti itu yang buat kita sayang. Hewhewhew. (Kena batang hidung.)

Dalam bulan Ramadhan ini juga aku terima berita yang kurang enak dari kampung. Aki (panggilan untuk atok) tak sihat. Tak sihat yang sangat tak sihat. Masa balik kampung hari tu, sedih je tengok Aki cenggitu. Aki seorang yang sihat dan gagah tapi bila Aki cenggitu, otometik kami semua jadi lemah jugak. Tapi bila dah hujung-hujung Ramadhan nih dengar Aki dah mula kuat. Sikit demi sikit. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Paling mengujakan aku dalam bulan mulia ini, aku dapat panggilan temuduga dari SPA. Sangat-sangat terkejut tahu? SPA panggil intebiu pun aku punya excited macam hape dah. Orang tak pernah dapat job intebiu cenggini lah dan tak pernah umur lagi aku pergi intebiu keje taw. HEHE. Jadinya aku kena ready awal. Ready jangan menggelabah itu yang penting. Kalau dah menggelabah nanti satu apa pun tak jadi.

.. dan aku terima message dari orang tuh tanpa disangka-sangka. Jangan risau. Kalau itu yang orang tuh risaukan, orang tuh dah boleh tarik nafas lega.. Yang sangat lega. Sebabnya.. Sebabnya aku dah lama maafkan. Percayalah, aku takde rasa marah pun pada masa tuh, cuma kecewa yang amat sangat je. Tapi semuanya dah lepas. Dah lama berlalu. Masing-masing boleh teruskan hidup dengan tenang hendaknya. Percayalah, tiada dendam di hati ini kerana itu semua rasa dan pengalaman yang sangat berharga yang boleh kita jadikan pelajaran hidup.

Ohh esok ada Iftar dengan Girlfriend lahhh.. Again and again.  >____<

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Thursday 9 August 2012

RAMADHAN : Kuih Raya Buat Sendiri


Sekarang nih aku dok tweet pasal kuih raya je. Mood kuih raya aku dah sampai taw. Anda bila lagi? Kehkehkeh. Yang aku dok tweet tuh pun tak habes-habes pasal SEMPERIT, tak habes-habes pasal DAHLIA. Macam nak suruh semua orang tahu yang aku suka kuih-kuih nih dengan harapan mana lah tahu ada yang terbukak hati nak bagi free kann.. ;)
(Ke dah ada yang simpan niat nak bagi aku? HEHE..)

OK, tujuan aku menaip blog nih semula setelah lebih sebulan aku tak update apa-apa adalah untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Aku nak nunjuk-nunjuk hape? Haaa opkos lah nak nunjuk kuih raya yang aku buat sendiri. Errr tapi nih pun category kuih raya tak ehh.


Haa ni namanya Popiah Pintal-Pintal. Tengok! Siap dibalangkan taw. Tinggal nak deliver je. Aku dok pintal-pintal sampai sakit belakang tahu? Rasa macam pintal dah banyak tapi.... bila kau tengok volume yang kau pintal tuh memang sakit hati. Alahaaiiii ini aje??! Haa cenggitu lah lebih kurang. So, sape yang dapat rasa Popiah Pintal-Pintal aku nih memang bertuah lah orang tu. Aku bukannya rajin benda-benda cenggini. Aku rajin makan je. Hewhewhew.

Tapi tengok gambar atas tuh macam aku beli je kan? Aku bagi buktilah yang aku pintal popiah nih dengan sendirinya.


Cukuplah sedulang je. Tak larat dah. Boleh patah pinggang dok hadap benda nih je. Nak pulihkan balik pinggang nih berejam taw ai terlontang lepas tuh. =P

Resipi nih pun Ibu Ayah dapat dari family Maklang yang tengah sakan buat business nih. Kebetulan Ibu Ayah pergi melawat Maklang kat Padang Jawa, Klang sebab Maklang tak berapa nak sihat tapinya aleh-aleh nampak Maklang kemain pintal memintal lagi popiah nih. Uihh laju diorang buat. Sangat laju. Dah biasa. Jadinya, balik je rumah Ibu Ayah terus ajar anak-anaknya pulak. Aku lah tuh. Ehh kena paksa pulak. 

"Malas buat, jangan makan." - Ibu 

-_____-"

Kena lah buat jugak sebab kitorang adik beradik cukup suka popiah nih. Balang yang gambar atas tadi tuh pun balang popiah nih jugak lah aku beli kat supermarket mana entah. Tak sedap. Tipu. Serunding dalam tu dia campur dengan kelapa. Mana nak sedap! Sakit hati je makan. Mahal pulak tuh. Kalau tengok mana-mana pun popiah nih memang mahal. Maybe bayaran tuh lebih pada tenaga yang diperlukan untuk memintal kott. Siapa je rajin nak buat? Aku pun tapi sebab dah suka, dah cinta, nak makan bebanyak pulak tuh, kena lah mintal sendiri.

Siapa yang rasa tanak rugi, meh lah datang rumah raya nanti. Boleh rasa popiah sedap aku ni! =P

::nukilan ikhlas dari jari manisku