Sunday 26 February 2012

Kerana Terlalu.. Bersederhana Perlu

"Jangan TERLALU mencintai, jangan TERLALU berharap, dan jangan TERLALU percaya
kerana KETERLALUAN akan menyebabkan anda TERLALU kecewa."
from Ajib The Quotes

Siapa Ajib The Quotes nih. Amboi kata-kata kau. Macam sentap tak sentap lah baca. Tapi kalau aku baca benda nih time tengah minum boleh tersembur mungkin.

Sebenarnya si pujangga nih adalah Ajib The Photographer. Ala photographer aku masa convo dulu.. Wahh! Bajet artis kau siap photographer semua.

OK let's talk. 
Kenapa aku nak terasa? 
Hey2! Maunya tak terasa bila baca ayat atas tuh. Tepat kena batang hidung-yang-mancung ni kott. 

'Walau dia tak cinta, tetapi aku terlalu mencintai. Walau dia lupa, tetapi aku terlalu berharap. Walau dia ragu, tetapi aku terlalu percaya.'

Tapi ini dulu punya cerita lahh.. Sekarang?

Sebenarnya benda-benda macam nih kita sendiri sedia maklum. Apa-apa yang kita buat dalam hidup ni semuanya kena sederhana. Dalam Islam pun sangat mengutamakan kesederhanaan. Betul tak? Contohnya, bersederhana dalam berpakaian.. Bersederhana dalam mengeluarkan kata-kata.. Bersederhana dalam pergaulan. Dalam kata lain, semua dalam hidup nih perlu begitu. SEMUANYA!

"Hah! Jangan nak dok gelak sangat. Kang menangis." Selalu orang tua pesan.

Begitu juga dengan hati dan perasaan nih. Jangan terlalu memuja, jangan terlalu cinta kerana sekali kau terjatuh, kau akan merana. Merana yang teramat sangat. Kita perlu letakkan cinta itu hanya pada Dia Yang Satu sahaja dan dengan itu pasti hati kita tidak akan terluka.

Dalam dok aku menaip entry nih, tiba-tiba aku teringat satu lagu yang maksudnya sama macam kata-kata dari Ajib The Quotes nih. Wahh sekarang nih main lagu-lagu je. Kalau dulu nak dengar lagu pun tak boleh. Macam kena ejek je. Phewww.

Lagu apa? Haaa.. Erra Fazira - Kerana

Tapi.. Kalau dah namanya manusia, kita tidak akan terlepas untuk TERLALU mengharap. Bersabarlah dan itu yang buatkan kita kuat. :)

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Wednesday 22 February 2012

Khilaf Hati

Tiba-tiba otak aku ligat berfikir. Kenapa aku boleh jadi seteruk nih kan.. Benda dah berlalu. Biarkan lah.. Buat apa nak kenang-kenang. Jadi kunang-kunang kang nak?

Sebenarnya apa je yang terlintas kat kepala nih pasti aku terus menaip. Jadi sekarang nih, ini lah yang berlegar-legar. Tapi betul lah.. Kan aku dah janji nak lupakan semuanya. Cukup lah sebulan yang aku macam orang entah hape-hape tuh. Kejap ketawa, kejap menangis. Lepas tuh ketawa balik. Sambil ketawa, menangis pulak.

Orang lain pun pernah patah hati jugak tapi taklah seteruk aku nih.. Kott!

Tuh lah.. Soal hati nih sangat subjektif dan infiniti. Wahh ayat aku. Ayat cikgu-cikgu!

Kadang-kadang kan benda yang perlu kita ingat, dengan mudah je kita lupakan.. Tapi!
Perkara-perkara yang perlu kita lupakan dan buang dari hidup sentiasa segar dalam ingatan. Kenapa eh boleh jadi macam tuh?


Sebab tuh lah kekuatan diri tuh penting.. dan juga kekuatan hati. Bila hati kita kuat, kita boleh lalui hidup ini dengan tenang dan sihat. (Berpengalaman sangat dah dari kata-kata kau nih..)

Makanya muhasabah diri itu penting. Kita perlu fikir yang dia tinggalkan kita untuk dia mencari kebahagiaan yang diidamkannya selama ini dan mungkin kita pula yang ditinggalkan ini akan mendapat rahmat lain yang sangat berharga nanti. InsyaAllah!

Cukup lah kan? 
Eh tapi kenapa lagu mendayu nih.. ;)

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Tuesday 21 February 2012

Cinta dan Benci



Dirinya mendoakan agar aku dapat yang lebih baik darinya tetapi bagaimana cara untuk aku lakukan?


Kerana sesungguhnya aku tak bisa. Sampai kapan pun tak bisa untuk aku membenci dirimu dan sesungguhnya aku tak mampu untuk lakukan itu.


::nukilan ikhlas dari jari manisku

Monday 20 February 2012

Maaf atau Dendam

Aku sudah maafkan dirinya. Betul. Tetapi kenapa ia masih lagi membelenggu diri? Sepatutnya aku sudah boleh bebas dari perasaan ini. Benarkan? 


Tiba-tiba aku tertanya-tanya adakah maafku ini tidak seikhlas seperti yang diucapkan? Atau ia hanya ada pada kata-kata sahaja?


Aku yakin yang aku sudah maafkannya sepenuh hati. Tetapi kenapa begini juga jadinya? Aku benar-benar keliru. Runsing kerana aku masih lagi tidak boleh melepaskannya.


Dalam pada aku leka melayari internet, aku terbaca satu artikel.


Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka disebabkan seseorang mungkin menjadi lumrah hidup dan menjadi satu perkara yang perlu kita bersedia dari awal lagi. Oleh kerana manusia adalah manusia, sebagai insan biasa kita tidak akan terlepas dari perasaan benci dan sakit hati.


Apabila kemaafan yang dipinta, kita haruslah memberinya dengan ikhlas. Bukan hanya dibibir semata-mata tetapi kemaafan yang lahir dari hati. Akan tetapi, apabila kemaafan yang datangnya bukan dari jiwa, dendam itu akan tumbuh meliar dan mungkin akan terjadi perkara-perkara yang mengaibkan. Nauzubillah.


Tetapi percayalah.. Tidak merasa dendam pun di hati ini terhadap dirinya. Tiada marah dan juga benci cuma.. Aku benar-benar kecewa terhadap dirinya dengan apa yang terjadi. Bukan untuk menolak takdir tetapi aku masih lagi tidak dapat melupakan sepenuhnya.


Aku keliru! Aku keliru dengan perasaan sendiri. Sudah memaafkan tetapi tidak boleh melupakan. Sudah merelakan tetapi tidak boleh melepaskan. Bukankah ini sangat menyeksakan? 


Aku telah berjanji pada diri yang aku tidak akan bersedih lagi. Apa lagi yang harus kukatakan jika itu tidak mampu untuk aku lakukan?


Dalam pada aku leka membaca artikel ini, kesayangan berikan satu link yang mengandungi:


Rasulullah SAW telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."


Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambutnya berkata,


"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad SAW telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah SWT, maka Allah SWT mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu"




::nukilan ikhlas dari jari manisku

Wednesday 15 February 2012

Time Will Tell

It's been the longest life without You
I didn't know where to turn to
Seems somehow I can't forget You
After all that we've been through

Going, coming, thought I heard a knock
Who's there? 

No one!
Thinking that I deserve it 

Now I realise that I really didn't know


If You didn't notice You mean everything
Quickly I'm learning to love again
All I know is I'm gonna be OK

Thought I couldn't live without You
It's gonna hurt when it heals too
It'll all get better in time


And even though I really love you
I'm gonna smile cause I deserve to
It'll all get better in time

I couldn't turn on the music
With something there to remind me
Was it all that easy
To just put aside your feelings

If I'm dreaming don't wanna laugh
Hurt my feelings but that's the path
I believe in
And I know that time will heal it



Since there's no more you and me
It's time I let you go
So I can be free
And live my life how it should be
No matter how hard it is 

I'll be fine without you


Yes I will




In the first place when I heard this song, it doesn't mean at all.. but now? After all this while.. After I had been dumped by someone I love and still, those words really gave something to my heart.

It really happened when you're broken-hearted. You can't even listening to the songs because of lyrics written like it will hit and kill you. 

But this song realized me on how to forget and leave all these things behind. Pleaseeee go away. I won't but I have to. Just pray and hope that time will help to heal all the sadness.

.. and yes! Time will tell that I'll be fine soon.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Monday 13 February 2012

Tidak mungkin untuk yang ketiga

Mungkin sudah menjadi lumrah bila mana sekali itu tidak memberi kesan di hati walau hakikatnya perit ketika dulu. Sehinggakan dengan mudah memberi apabila diminta buat kali yang kedua.


.. dan kini,


Setelah payah untuk aku kembali, tidak akan sekali-kali aku terjebak lagi. Akan aku jaga hati ini dengan sebaiknya dan tidak ada seorang pun yang boleh menanggalkan balutan luka ini.


            Tidak akan terbuka untuk kali yang ketiga.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Saturday 11 February 2012

Hatiku Tertinggal di Bandung

5 Februari 2012

"Have fun. Enjoy yourself. Let's find a new hope. Forget everything that make you feel sad."

Pagi sebelum berangkat tuh aku terima pesanan dari kesayangan jauh di Segamat dan itu lah kata-katanya. Aku tahu semuanya sudah berakhir dan aku terimanya dengan hati terbuka. Aku sudah boleh hidup seperti biasa walau kadang-kadang tersasar juga. Biasalah tuh.. :)

Suatu malam di Bandung,

"You dah okay ke sekarang?"

Mengapa soalan begitu perlu dituju lagi kepadaku? Setiap geri laku ku tidak menggambarkan kegembiraan di hati kah? 

"I dah okay lah.. Betul!" 

Beriya aku meyakinkan kesayangan tanpa memandang wajahnya. Aku tergamam apabila dilontarkan pertanyaan seperti itu. Aku tergamam kerana pada saat itu aku terasa kosong. Aku dapat menjawabnya dengan tenang.

Sebelum pergi lagi aku sudah tetapkan dalam hati yang aku takkan menangis lagi. Takkan merintih dan bersedih lagi. Walau macam mana keadaan aku sekali pun dirinya memang sudah tidak ambil kisah. Aku perlu kembali kepada keadaan diri aku yang sebenar!

Jadinya aku benar-benar gembira dan seronok menghabiskan masa di kota Bandung. Begitu berharga sekali nikmat yang aku peroleh ini. Bergelak ketawa sana-sini yang sudah ikhlas lahir dari raut wajah dapat ku rasa.

Kepuasan pertama yang aku dapat ini akan berterusan dan berkekalan hingga ke penghujungnya.. Aku pulang bersama doa dan harapan.. Yang hitam biarlah ia terkubur di sana. ;)




        'Keceriaan yang terakam indah'

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Sunday 5 February 2012

Wanita yang CANTIK

Seorang wanita yang cantik boleh : 

  • Tersenyum di saat tertekan.

  • Tabah di saat terhina.

  • Tertawa di saat hati sedang menangis.

  • Melukis kekuatan dari dugaan.

  • Mengasihi tanpa balasan.

  • Mempersona kerana memaafkan.

  • Bertambah kuat dalam doa kepada Ilahi.

Aku harap dengan semangat yang sedang ku semai nih, aku dapat tersenyum dengan ikhlas, aku dapat ketawa dengan puas dan aku sentiasa tabah dengan segala dugaan. Aku dapat rasakan yang dugaan aku nih hanya lah secebis jika dibandingkan dengan mereka yang lain.

Jadinya aku perlulah kuat menerima takdirnya dan mengasihi setiap insan tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana dengan itu hidup akan menjadi lebih tenang dan indah.

Sentiasa memaafkan orang yang aku sayangi setiap hari dan memajatkan doa ke Hadrat Ilahi tanpa jemu untuk diberikan hidayah dan iman yang sempurna..

Amin..

          Bunga ini akan lebih mekar dari hari ke hari setelah ia gugur menyembah bumi :)


::nukilan ikhlas dari jari manisku

Saturday 4 February 2012

Pergilah..

                                                                         Genap sebulan..

             "Biar ke mana kita pergi, mesti pandai jaga diri..
                                   Biar di mana kita diletakkan, mesti pandai kawal diri.."


                                                                                      Aku dah lama maafkan.. :)

Friday 3 February 2012

Allah SWT Maha Mengetahui

4 Januari 2012


"Babe.. Tanak angkat call ke?"


"Sabar okay? I tanak cakap banyak-banyak nanti you nangis pulak. You amek halfday je hari nih ehh."


"Sorry Babe, I tak boleh nak comfortkan you sekarang. Jauh.. Malam nanti bila you dah tenang sikit I call."




10 Januari 2012


"Yang, dalam dunia nih walau banyak mana pun kita cuba elakkan mesti kita akan sakit hati. Kalau dulu you pernah rasa sakit macam ni, tapi kali kedua nih mesti rasa sakit tuh lagi teruk lagi. You have to feel the feeling in order to you to appreciate and learn how people's behaviour. Love is sooo magical when we're happy but then it can be sooo painful when we're hurt."


"Allah tahu apa yang lagi bagus untuk perempuan yang baik macam you. Jangan sedih dengan apa yang dah jadi but then look up for the future. InsyaAllah, kalau you ingat Allah, Allah akan tolong you untuk go through all of this."


Mungkin I nih terlalu murah..


"You kena ingat satu benda. Bukan sebab you murah ke apa, tapi Allah nak uji you sekuat mana sabar you bila you kena dugaan macam nih. Allah sayangkan you sebab tuh Allah duga you macam nih. Tengok I, tak dapat pun macam tuh sebab Allah lebih tahu yang I nih tak sabar macam you bila things like this happened."


"I tahu you lagi kuat dari I. Takpe. Kalau you nak nangis, just nangis je. Itu aje yang bagi you tenang sebenarnya. Tapi lepas nih jangan nangis-nangis lagi. This is a rough time but don't let the emotion ruined your life."




3 Februari 2012


Itu adalah kata-kata semangat dari kesayangan ketika aku benar-benar lemah. Kata-kata ini sama benarnya dengan apa yang aku dengar dari sebuah drama yang sangat menginsafkan dan dapat beri perangsang untuk aku melepaskan semuanya.


"Kita sepatutnya bersyukur kerana kita adalah antara insan yang terpilih. Allah putuskan cinta kita dengan manusia sebab Dia mahu kita terus mencintaiNya. Jangan disia-siakan."


"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi." 
(Dipetik dari drama 'Mencintaimu')


InsyaAllah..


Apa yang telah ditakdirkan adalah yang terbaik untukku kerana Engkau Maha Mengetahui segalanya dan Mengasihi hamba-hambaNya. Cukuplah Kau saja yang memeliharaku di dunia dan akhirat.


::nukilan ikhlas dari jari manisku

Hanyut

  • Menjadi pendiam seketika di rumah. Tiada mood untuk bercakap.

  • Hilang selera makan. Tiada hati untuk makan walau pada hakikatnya tersangatlah lapar.

  • Menjadi seorang yang sangat sensitif. Boleh menangis semasa baca message kesayangan yang ingin mengembalikan semangat dan terbawa-bawa hingga ke office pada keesokkan harinya.

  • Gila. Tengah gelak-gelak tengok cerita Aishiteru TV9, tiba-tiba aku menangis teresak. 

  • Menung sana, menung sini bila ada masa lapang.

  • Bila jumpa, dua insan kesayangan nih cakap "Kenapa nampak kurus nih?" 

  • Aku tersalah naik bas masa nak balik rumah lepas habis kerja. Bas yang nombor 79 aku nampak 28. Entah ke mana pusingnya. Aku berhenti tepi jalan dan suruh Abang datang jemput. "Berangan lah tuh. Kan jauh beza nombor tuh."

  • Menjadi boros dengan tiba-tiba. Semua yang berkenan terus beli tanpa berfikir panjang. Sepatutnya itu adalah duit perbelanjaan di Bandung nanti.

  • Selama seminggu aku mimpikannya setiap malam. Mungkin aku terlalu memikirkan dirinya.

  • Punah segala kepercayaan.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Thursday 2 February 2012

Kesayangan

Aku tak tahu sebenarnya nak cakap macam mana. Adakah aku nih orang yang paling malang di dunia atau pun orang yang paling beruntung. Malang sebab aku rasa yang aku nih mudah percayakan orang sehingga boleh dikhianati sedemikian rupa. Beruntung sebab..

Sebab??

Aku di kelilingi kesayangan-kesayangan yang sangat sempurna. Bila sedih mereka sentiasa berada di sisi tanpa jemu. Bila diperlukan dengan sedaya upaya mereka datang dan yang paling penting bila gembira pasti bersama.

Selang dua tiga hari selepas kejadian, kesayangan sanggup balik Ampang untuk dinner bersama dan ingin melihat wajahku dengan matanya sendiri. Itu memang buat aku sangat terharu. Tapi ingat nak pinjam lah bahu ke apa kan. Bila jumpa je gelak macam tak ada masalah. Macam tak ada yang patah hati.


"You nih macam takde rupa orang kecewa pun.. Gelak tak ingat dunia. Kakak I tuh masa kecewa berkurung dalam rumah tak keluar-keluar taw."

Aku pun tak boleh nak bersedih bila dah berjumpa. Mana taknya keluar cerita kesayangan ber-webcam dengan rambut basahnya. Ahahaa

Sebenarnya keesokkan hari selepas kejadian, kesayangan suruh aku ambil cuti dengan keadaan aku yang sangat tidak stabil untuk berhubungan dengan customer. Aku pun rasa sangat tidak bermaya tetapi bila difikirkan semula, aku perlu keluar supaya aku dapat melupakan seketika apa yang telah terjadi. Kalau duduk je rumah mau taknya aku menangis sehari suntuk. 

Jadi Kassim Selamat kang sapa nak jawab?

Aku ikut nasihat cikgu kesayangan akhirnya. Aku ke office juga walau hati tidak keruan. Biasanya apa-apa yang jadi kat diri nih susah untuk aku beritahu pada sesiapa. Tetapi kali nih aku betul-betul perlukan orang untuk menangisi kesedihan aku itu.

Dengan menulis juga aku dapat kurangkan sedikit tekanan perasaan yang aku alami dan dari situ juga lah kesayangan-kesayangan yang lain dapat menghidu gundahnya hati ku ini. 

Bukan lah niat untuk bercerita kepada semua orang tetapi atas dasar persahabatan yang aku rasa mereka juga berhak untuk tahu serba sedikit.

Lepas beberapa hari jugak, kesayangan yang baru pulang dari klinik terus ingin berjumpa aku dan kami bertemu di KLCC. Dia yang tidak sihat tuh nak jumpa aku jugak. Dia pun cakap kena tengok muka aku nih baru puas hati. Masa nih pun tak jadi sedih. Elok je pulak aku nih. Mungkin aku tak boleh bersendiri. Bila dah sorang-sorang tuh mula lah termenung sana-sini.

Kesayangan-keasayangan lain contact aku melalui Facebook, webcam. Tang webcam nih seronok jugak. Ada kesayangan sorang nih, kami dok webcam tapi aku je yang boleh nampak dia. Lagi lah tak boleh nak sedih. Asyik gelak je tengok dia yang tersipu-sipu depan laptop. 

Macam-macam fi'il mereka-mereka nih.

Ada lagi sorang! Haih banyak jugak kesayangan aku nih rupanya. Nih pun boleh tahan jugak kematangan fikiran dia. Umur je macam tak cukup tapi bab-bab macam gini boleh tahan terer jugak. Apa yang dia cakap oleh melegakan dan memujuk sikit hati ini.

Walau apa pun.. Aku tetap perlu bersyukur. 

Masih ramai yang kasihkan aku walaupun seorang telah membuang aku jauh dari hidupnya.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Wednesday 1 February 2012

Pertama Kali

Rupa-rupanya Ibu menantikannya selama ini.


Setelah berfikir panjang, aku rasa aku patut confess tentang semuanya kat Ibu. Selain meleraikan persoalan yang sentiasa bermain di fikiran Ibu, ia juga dapat melegakan hati aku sendiri.


"Ibu tak kisah mana-mana. InsyaAllah nanti.."


Betul-betul buat aku hilang semua tekanan. *tersenyum lebar*


::nukilan ikhlas dari jari manisku