Tuesday 29 May 2012

Dulu dan Sekarang KILOGRAM

Entah apa yang aku mimpi, dengan mata terpisat-pisat bangun tidur terus pergi ke penimbang berat yang ada kat rumah Mama.

*Ketuk-ketuk penimbang tersebut*

Naik semula.

*Adjusting the pointer*

Naik lagi.

*Gonyoh-gonyoh mata, tepuk-tepuk pipi*

Terus berlari dapatkan Ibu kat dapur. Dalam kepala asyik fikir macam mana boleh jadi macam tu sekali. Nak pengsan. Mendadak gila naik. Hari tu dah elok turun nya dah.

Bukan itu saje. Terus texted kesayangan-kesayangan. Aku tak kira, pukul 6:15 pagi aku texted diorang. Apa yang diorang reply?

Kesayangan yang susah sangat nak jumpa sejak-sejak mengajar nih,
'Hahaha. Let's join me. 5 series group.'

Kesayangan yang baru kahwin dan masih lagi berseri-seri,
"HAHAHA!! Gila gemok u siottttt!!!! U makan batu ke? Hahaha.'

T____T

'OK lah 50. Tapi apa yang kau belasah? Maksu baru timbang gak. 51 kg. Memang berat idaman Maksu.'

Maksu yang dah beranak dua pun 51 kg je. *nangis*

Dudulu masa kekecik aku bukan lah seorang yang pemakan. Memang payah nak makan. Boleh dikatakan, tiap kali Mama nak suap mesti nangis. Time makan je nangis. Time makan je dah jadi tak keruan. Pasti berlaku scene berjujuran air mata. Mama garang ooo. Kalau Ibu takpe. Makan sikit je dah boleh lepas. Lepas tuh dah boleh main asalkan dah makan. 

Sebab tuh lah dulu aku nih kurus-kering-keding je. Lepas tuh mula lah malu nak pergi membuat perhitungan berat badan. Dulu masa sekolah rendah kan ada ukur tinggi dengan timbang berat badan sebab cikgu-cikgu nak isi dalam report card. Haa time tuh lah. Tak suka betul. Mesti aku yang paling ringan. MESTI. Aku rasa sangat kecik di samping rakan-rakan sebaya. Dah lah kecik, comot pulak tuh.


Kalau nak tahu (takmoh tahu takpe..huh), Ibu ngan Mama suka panggil anak kesayangan mereka dengan nama nih..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


'Bini Popeye'




-______________-


As day goes by, time to time, year by year.. Nah! Selera makan aku. Tidak boleh dihalang lagi. Semuanya aku makan. Semua rasa sedap je. Sampaikan daun ketumbar pun boleh jadi feveret aku. Engkorang-engkorang cuba rasa daun ketumbar tuh cemana. ;)


Heh heh hehh.


Kesan daripada semua itu, PIPI I DAH KEMBUNG. Kenapa mesti naik kat pipi?


Setelah rakus bergambar, belek-belek, aku nampak perbezaan ketara antara kami. Kesayangan sorang nih maintain je. Ishh tak boleh jadi. Aku perlu nampak ramping juga di bahagian muka. Makanya,




Hah! Kan kurus... Baru nampak tulang pipi. T____T

Tapi orang akan cakap aku nih mana ada gemuk ke naik sana sini ke. Perubahan ketara pada bentuk badan memang takde lah tapi aku akan cepat mengah kalau berat aku dah tersasar dari yang sepatutnya. Baru jalan sikit dah sakit tumit. Tak ke dah macam ongtua tuh. Jalan tak seberapa dah sengal-sengal kaki. 

Pokoknya, kalau kecewa sangat berat akan naik, bahagia sangat pun dia naik jugak. OK, dah tahu dah. Kawalan emosi tu sangat penting kerana ia sangat membabitkan napsu makan aku. Kahkahkah! *takde motip ketawa*


::nukilan ikhlas dari jari manisku

Wednesday 23 May 2012

Perihal Kerja

On the last Friday, I texted someone,

'Rasa nak benti keje'

Bila orang tanya aku macam mana kerja, aku akan jawab sangat-sangat okay. Bila orang tanya aku best tak kerja, aku akan jawab sangat menyeronokan sebab environment kat sini yang sangat selesa, dekat dengan rumah, colleagues yang sangat friendly, lagi-lagi akak-akak-akak department aku ni (sampai kadang-kadang aku sendiri segan) dan akak department sebelah. Ni lagi sengal, tengah dok jaga anak yang kecik tuek demam kat rumah boleh pulak GTalk aku nak berkongsi cerita. Lepas tuh mula lah cakap aku macam nenek-nenek. -______-" 


Hmm.. Apa lagi nak?

Tapi kenapa aku boleh cakap nak quit? Sangat mengada kau.

Entah dengan tiba-tiba on the next day, dah macam kebetulan, kesayangan boleh pulak ajak pergi open interview  untuk Oil and Gas Company. Boleh ke aku nak apply?

"Apply je, layak tak layak belakang cerita Babe.."

Aku pun mula lah fikir nak apply ke taknak. Nak? Taknak? Nak? Taknak? Kejap nak. Lepas tuh rasa taknak. Kang terlayak kerja situ kang cemana? Serious aku cakap aku sayang kerja sekarang. Macam lah kau layak sangat kan. Tapi mana tahu kalau dah rezeki.. Kan?

At last, aku apply tak? Haa. Aku temankan aje si makcik sorang nih. Apa semua aku tak bawak. Padahal boleh je kalau nak drop CV kat situ. Tuh pun aku tak buat. Aku taknak turutkan sangat rasa hati. Orang cakap ikutkan hati mati, ikut rasa binasa. Dah tu nak ikut apa? *garu-garu kepala*


Tapi bila sampai je punyalah ramai manusia.  Ramai gila. Dari yang muka comel-comel, muda-muda hinggalah yang tua-tua, muka-muka yang banyak pengalaman gitu. Tengok-tengok ada jugak kawan civil aku yang pergi, ada jugak yang elektrik, elektronik, senang cerita dari semua cabang engineering lah yang pergi interview nih. Sampaikan yang polimer pun sangat eksaited nak apply siapa lagi kalau bukan makcik sorang nih.


Biarlah diorang dengan urusan diorang sebab masa tuh perut aku dah memulas sangat. LAPAR.

Bagi mengembalikan semangat hidup, apa lagi yang boleh buat selain makan? Aku perlukan makanan yang boleh membuatkan hidup aku melayang-layang ke angkasa.. *sambil pejam mata*

Dalam keadaan yang pantas dan tangkas sebab kelaparan yang amat sangat, balik dari tempat interview, singgah surau mana dulu kejap, ambil Doktor Muda tepi jalan dan terus ke.. dalam kepala dah terbayang Meatballs. Alhamdulillah.. ;)

Bukan takat itu sahaja, tekak nih meronta-ronta nak aiskrim pulak. Dari dalam kereta lagi dah cakap kat makcik-yang-eksaited-interview nak Aiskrim Moo. Tetiba tak sangka ada jugak Moo-moo nih kat IKEA. Sebelum nih tak perasan pun. Terharu gila sampai nak meleleh air mata I taw.


Muka seronok nampak Moo-moo kat sebelah. (Aku sorang je yang seronok sebenarnya)


Malu-malu bergambar mesra dengan Moo-moo.


Tapi bila dah dapat telan Moo-moo cenggini jadinya,
Aku lagi suka Moo Cow Frozen Yogurt dan Gelato Fruity dari Tutti Frutti. Fullstop. Tapi kata-kata aku nih dibangkang oleh ramai pihak. T____T

Tadi aku nak cerita pasal kerja tapi yang terkeluar pasal lembu nih kenapa?

OK sambung cerita. Kehkehkeh. Macam biasalah semua tempat ada masalah, ada halangannya. Cara kita nak tanganinya je lah macam mana. Tak semestinya kalau kita tukar kerja, kita akan bebas dari segala masalah. Lain tempat, lain ceritanya pulak nanti. Tak pasal-pasal makin kusut dan serabut di tempat baru tak ke haruuu.


Kalau dalam dunia nih tak ada masalah bukan hidup namo eh. Tak ada masalah tak berjalan jugak otak kita nanti. Tak ada masalah tak bercakap pulak mulut kita nanti. Tak ada masalah, tak ada lah gelak ketawa nanti. Kenapa gelak ketawa pulak? Haa.. Rahsia. Orang-orang yang tahu je tahu. ;)


Lately banyak pulak entry aku bersama kesayangan yang sorang ini sebab dok melayan Doktor Muda Indon yang sedang bercuti lama. Bila lah kau nak balik Indon tuh. Penat dah kitorang nih layan kau sampai dah kekeringan idea. ;p


::nukilan ikhlas dari jari manisku

Friday 18 May 2012

Mambang Kuning, Makhluk Hijau

Orang cakap setiap manusia pasti ada warna kegemaran masing-masing. Betul tak? 
Betul ke??

Kalau orang tanya aku pulak, aku tak tahu sebenarnya aku suka kaler apa. I can't say that I have a specific colour to tell ya. Seriously.. but I do love pastel colour actually. Tak kira lah biru air laut ke, peach ke, pink ke, hijau ke kan asalkan ia soft sebab it looks nice and sweet bak bunga harumm mewangi.. Tak gitu? Ceeeewah!

Tapi kan entah kenapa, di mana silapnya (uihh sampai cenggitu bunyiknya..) dalam bebanyak kaler, I am more into yellow and green, but mostly yellow. Segala-galanya kuning. Apa je yang takde kaler kuning. Baju? Wallet? Kasut? Tudung? Bag? Semua ada koleksi kuning. Hewheeww.

Otak kuning?? OK.. Itu engkorang. *sambil cekak pinggang dan merenung tajam*

Ada satu hari masa aku nak keluar bersuka ria dengan kesayangan-kesayangan, macam biasa mestilah kesayangan jemput kat rumah (Memm lah kata kan). 

"Heh! yang you pakai baju kaler kuning nih kenapa?"

Aku terus terpinga-pinga. Salah ke aku pakai baju kuning? Niat di hati kekonon nak nunjuk baju baru kat dia, dia sergah kita cenggitu pulak.

"You taw tak hari nih BERSIH?"

Aku terkedu jugak sebenarnya tapi aku lekk lagi. Lupa ada BERSIH. Malas lah nak gi tukar-tukar baju. Dah cecantik cenggini nak tukar baju pulak kann. Nehii! Aku pun dengan keras hati keluar je lah dengan baju kuning tuh. Masuk je dalam kereta kesayangan tanya lagi kenapa aku pakai baju tuh? Mak dia cakap siapa pakai baju kuning je kena tahan. Siap cakap lagi kalau polis tahan, aku je keluar pergi jawab kat polis-polis. Selang seminit pulak tuh dia ulang ayat yang sama.
-______-"

Mula-mula aku boleh buat tak tahu lagi tapi dah dokk ulang je aku pun serba sikit jadi gelabah lah jugak. Kang betul-betul polis tahan cemana? Haihh rasa nak plaster je mulut dia masa tuh. Sudahnya kat mana je kitorang dating? Kat Ampang Point je.. Jadik ler.

"Takleh jauh-jauh nanti polis tahan kita" Kahkahkah!


Haa bukannya plain kuning pun, ada dot-dot lahh.
(Dua-dua anak polis tapi takut polis) 

Lepas tuh tadi tetiba jari aku nih terasa nak mencari macam kenali diri melalui warna kegemaran lah kan. Macam selalu orang tengok ikut tarikh lahir tu.. Orang cakap jangan percaya benda-benda cenggitu tapi sekadar baca je lah untuk ngisi masa lapang. Membaca kan tiang kejayaan! (Ehh apa macam ke pelik je quote nih?)

Aku pun tengoklah orang-orang yang suka kaler nih cemana orangnya. Nak tahu? (Macam biasa kalau tanak tahu pun kena tahu jugak. Ehehh)

Kepada yang suka kaler kuning macam aku, memiliki sifat optimis. Anda seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri anda, kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi anda. Anda orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Ada lagi.. Ada lagi. Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran. Auwww! Malu mak cenggini lahh. Kemain cerdas lagi taw aku nih.

OK. Cool.. Cool.. Kaler hijau pulak. Mata aku pun leh tahan jugak kalau nampak kaler-kaler hijau nih. Dulu Ibu pernah cakap, aku asek nak kaler nih je. Orang yang suka kaler hijau nih kuat cemburu Ibu cakap. Ehh aku bukannya suka kaler tuh pun, cuma bila nampak kaler tuh, aku rasa kaler tuh cantik.

Orang yang suka kaler hijau, tergolong dalam golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Anda adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Tidak suka bergaduh dan bertekak. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai. 

Ishh malu lagi.. *blushing*

Rasa-rasa ikut firasat aku nih mostly macam kena je.. (Perasan). Tapi biasanya orang yang kenal kita lebih tahu kita camana.. Kan? Kan? Kengkadang mereka lebih arif dengan perangai kita sebab mereka yang kena hadap kita hari-hari, mereka yang layan kita tanpa jemu. Jadi mereka yang boleh nilai kita nih sebenarnya macam mana. Iya dakk? ;)


Nak tahu personaliti diri untuk kaler-kaler yang lain boleh request ye adik-adik.. Ahaha. ;p

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Monday 14 May 2012

Cerita Dongeng MENGANDUNG

Hari nih terasa nak cerita pasal mengandung-mengandung. Last week, kesayangan-kesayangan yang sangat sengal nih boleh buat cerita lawak kat aku. Sebelum ni aku tahu yang kesayangan nak pergi buat check-up breast dia. Dia neves sebab ada benjolan pada breast dan Doktor Muda Indon suruh lah dia pergi hospital.

Tetiba satu hari masa kami keluar bersama.. Terjadi satu benda yang mengejutkan semua.

"I pegang lelaki pun tak pernah taw.."

Kahkahkah..! Kelakar statement you taw tak?! Itu ler.. Orang suruh pergi klinik yang elok sikit. Ini tidak, entah klinik ceruk mana you pergi lepas tu nangis-nangis bila doktor sahkan you mengandung.

Mengekek aku gelak bila aku dapat tahu benda nih. Iye lah.. Menggedik-gedik, mengendeng-ngendeng kat laki pun tak ini kan pulak nak buat benda-benda yang boleh memboyotkan perut si anak dara. Sampai ke anak cucu aku akan ingat.

Tapi kalau jadi kat aku pun haru jadinya. Takde buat apa-apa yang mencurigakan, aleh-aleh bila buat urine test doktor cakap kau mengandung. Tak ke nak gugur jantung.. Doktor nih pun satu. Orang datang klinik nak test benda lain, dia pergi buat test lain dan yang peliknya boleh pulak positive. HAHA. Nasib lah you.

Selama aku hidup, yang aku tahu wanita yang tidak pernah disentuh mana-mana lelaki tetapi melahirkan seorang bayi adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa. Wanita suci yang melahirkan bayi suci. Ini adalah kisah-kisah yang terjangkau dek fikiran kita. “Apabila Allah s.w.t. menghendaki sesuatu perkara itu terjadi, maka akan jadilah ia. Dia Maha Berkuasa di atas segala-galanya,” Malaikat Jibril.

Bila timbul pasal mengandung nih aku teringat masa kekecik dulu. Aku takut nak dekat dengan lelaki kalau nak tahu. (Kalau tanak tahu pun kena amek tahu. Ekekee) Kalau ada lelaki jalan sebelah cepat-cepat aku elak dan jarakkan diri. Bila tersentuh pulak dengan pantas aku kesat bahagian yang tersentuh tuh. Macam kena renjatan letrik gitu. Takut wooo..

Sebabnya, aku fikir dengan bersentuhan kulit dengan lelaki tanpa alas atau lapik, aku akan mengandung! Yelah.. tak pasal-pasal nanti, baru sekolah tadika dah mengandung cemana?? Sape nak jawab? 
-_____-"

That's what I thought before. Sekarang nih takde ler nak pikir cenggitu kan. 
Belajar Biologi kot dulu. =P

Apa yang aku boleh cakap, perlu berhati-hati jugak sekarang kalau nak buat check-up mana-mana klinik. Aku pun pernah kena. Sakitnya lain dibaginya ubat lain. Naseb lah tak jadi pape. Kengkadang doktor tersalah bagi ubat, kengkadang orang yang bagi ubat tuh tersalah baca. Kes kesayangan aku tadi tuh, nurse yang salah buat test. Nurse baru.. Takpelah. Asalkan you tak pregnant! ;)

::nukilan ikhlas dari jari manisku