Friday 27 April 2012

Si Penjinak Angsa Beraksi

Disebabkan aku tak lalu nak makan, makanya dengan berbesar hati aku nak bagi angsa makan dekat The Lost World of Tambun tuh. Nama kemain scary lagi. Aku dah siap bayang dah mesti ada dinasour kat sana. Aleh-aleh itik ngan angsa yang banyak. Lepas tuh ada lah sekor kuda. Ehh ke keldai eh. Kecik je duduk dalam kandang sengsorang. 

Mula-mula dengan senang hati bagi ikan kaler-kaler makan. Cukup gelojoh. Seronok bila baling makanan diorang berebut-rebut. Lepas tuh abang guard dekat situ suruh aku bagi makan angsa pulak. Ehh seram lah. 

Sebabnya..


Tengok. Tak padan ngan kecik nak kejar yang besar.


Haa sebab tuh lah tak berapa nak berani. Kang dia kejar pastu patuk-patuk (imagination). Tapi abang guard tuh suruh try jugak. Dia cakap best.


Best?? Wowww. Nak try lah. Nak try lah.  *terkinja-kinja*


Inilah rupa aku masa aku bagi makan angsa-angsa.


Orang lain dokk tengok je. Apa lah minah nih dengan angsa pun nak takut. Heh bukan takut lah! GELI..! (Takut jugak sebenarnya..)


Itu gambar yang penghabisannya. Disebalik gambar itu, beginilah makhluk Allah SWT yang comel ini membuli aku.






















-__________-"


::nukilan ikhlas dari jari manisku

Thursday 26 April 2012

Makin tua makin mengada

Ohh Emm Jii. Bukak-bukak blog terus berubah semua. Menggagau-gagau nak cari mana nak post entry. Rasa baru je tak ngapdet boleh pulak dia nak bertukar. -___-"

Takpe-takpe orang terer takkan berputus asa untuk menggodek-godek benda alah ni. 

Lets continue pasal budak ngengada sorang ni. Last weekend dia joined company dia buat family day dekat The Lost World of Tambun. Mula-mula dia cakap dia takut nak pergi. Dia tak kenal orang. Dia tanak berkawan dengan orang. Sekarang dia memang tak suka berkawan dengan orang sangat. Dia rapat dengan orang sekeliling dia je. (Kucing bawah tempurung betul lah dia nih..)

Sampai-sampai je sana dia dah buat hal. Sampai Jumaat malam, malam tu jugak dia buat hal. Dia tanak makan. Tak lalu. Sikit je makannya. Lagi-lagi bila dia dapat lucky draw malam tuh, lagi tak lalu makan jadinya. (Gila ke hape dapat lucky draw tak lalu makan..)

Sebab lucky draw tuh adalah untuk orang-orang yang TAK BERTUAH. Dengan mengadanya dia cakap dia nak IPAD. OK dah nampak dah ngengada dia di situ.

Apa yang aku nampak, makanan-makanan yang dihidangkan semua nampak menyelerakan tapi entah kenapa dengan dia tuh cakap lauk-lauk tak sedap. Kufur nikmat betul. Aku rasa dia perlu dihantar ke khidmat kaunseling lah.

Masa dinner malam Ahad lagi lah berlambak makanan yang sedap-sedap. Ada ketam bakar, udang bakar, daging lembu ngan kambing bakar. Hmm apa lagi yang dibakarnya. Haa sosej bakar. Memang banyak. Bukan tuh aje. Ada nasi goreng, ada mee goreng, ada kuih, dengan desertnya fruit and egg tarts. Buah lagi. Macam-macam lah. Itu pun dia cakap dia tak selera! -____-'

OK enuff. Actually 'dia' above is refer to the owner of this blog. Ha Ha Haku le teww.

Masa breakfast aku makan nih je. Coco Crunch yang tak berapa nak crunchy with milk dengan roti bakar. Semua aku sentuh sikit je. Tak habis.


Ini pun aku rasa ala kadar je. Tak ke rugi namanya makanan kemain berlambak tapi sikit je rasa.


Ini pulak deserts yang sempat aku cuit sikit. 


Patutlah ada satu malam tuh aku rasa perut berangin. Macam ada angin meletop-letop dalam perut dan loya-loya. Kes yang sama jadi masa aku trip ke Bandung awal tahun hari tu. Aku ingat aku kena santau ke kena guna-guna ke ngan bomoh Indon. Rupanya baru aku tahu sebabnya aku kurang makan. Keh keh keh.

Bila jauh dari rumah aku jadi tak lalu makan sekarang. Paksa jugak diri tapi tak boleh nak telan. Keajaiban berlaku bila balik dari Tambun, masuk je kereta, nampak Ayah Ibu otometik lapar. Menggigil-gigil. :')

Mungkin inilah kuasa seorang Ayah dan Ibu.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Sunday 15 April 2012

Jangan rasa diri selalu di atas

Haa. Kan dah terhapdet nih. Pagi Ahad nan indah tadi aku dicemari oleh perasaan geram yang melampau. Blog baru nih aku nak elakkan lah dari update benda-benda yang negatif sebernarnya tapi aku dah tak tahan lah. Aku pulak jenis tak reti nak lawan balik sebab bila aku lawan nanti takut kata-kata aku nih buat orang terasa pulak.


Tuh yang penuh emosi je kat Twitter tadi.


Perasaan bangga diri tuh mesti takkan lepas dari diri sesiapa pun. Aku pun pernah rasa bangga. Bangga dengan kejayaan yang pernah dikecapi. Bangga dengan family yang sentiasa memahami. Bangga dengan harta yang dimiliki. Aku bangga. Bangga dengan semua. Sesape yang tak pernah rasa bangga tuh bukan orang lah namanya.


Tapi kita janganlah sampai membangga-bangga kat orang lain pulak. Setakat bangga dengan diri sendiri dan family cukup sebagai tanda syukur kerana diberikan sedikit kelebihan dari yang lain. Nih tidak, cerita sana-sini, aku pandai itu, aku pandai ini, aku boleh buat itu, aku boleh buat ini. Takat tuh takpe lagi. Nih siap kondem orang pulak. -____-'


I nyampah taw uolss kalau macam nih. Rasa nak tonyoh-tonyoh je cili api kat mulut tuh.
*ngucap-ngucap*


Aku tahu sekarang nih time kau ada semua. SEMUA. Tolong jangan nunjuk-nunjuk boleh tak sebab kau tuh luaran dah menunjukkan orang yang baik-baik. Orang yang mempunyai cukup pengetahuan agama. Kerja pun sebagai ustazah sekolah tapi kenapa kau boleh jadi cenggini? Sekali Allah SWT tarik balik 'semua' tuh jangan kau tertonggeng-tonggeng dah. 


Imej nih perlulah selari dengan perbuatan dan kelakuan. Jangan di luar sahaja nampak kudus tapi di dalam hancus. Benda ni yang akan buat orang tak respect dengan golongan-golongan macam nih sebab orang akan cakap,


"Nak nasihat orang konon, tengok diri sendiri dulu lah."


Nak ke macam nih??
Kadang-kadang tuh sekali orang dah tak suka, sampai bila-bila pun tak suka taw.


Berubahlah.. Bila kita berada di atas, jangan dilupa pada yang bawah. Jangan terus mendongak ke langit kerana tiada siapa akan dapat menggapainya. Allah SWT Maha Agong yang boleh merubah semuanya dalam sekelip mata. Tak pasal-pasal nanti kau jatuh terus dalam tanah.


Time tuh aku gelak tak, sedih tak. Aku tengok je lahh.


"Jangan kita ingat kita ada, orang lain tak ada. Jangan kita ingat kita boleh buat, orang lain tak boleh. Padahal kita tak tahu yang orang lain lebih berkebolehan dari kita." - Ayah


::nukilan ikhlas dari jari manisku

Friday 13 April 2012

Pengalaman pertama memandu kereta

Debar. Berdebar. Mendebarkan.

Lepas je dapat lesen akhir Februari hari tuh, tak bawak-bawak pun. Mungkin mood tuh tak sampai lagi. Bukan takut. Cuma perasaan cemas menguasai diri. (Bukan sama ke tuh? -___-)
Macam tiba-tiba je aku ada lesen. "Ehh ehh dah ada??" Haa lebih kurang macam tu lah. Sebelum nih aku pernah terpikir yang aku tak boleh dan tak akan drive sampai bila-bila sepanjang hayat. Sampai macam tuh sekali taw.

Lepas tuh entah macam mana tiba-tiba aku macam dapat semangat nak memulakan pemanduan. Cewaahh!!

Bukan apa. Start dengan kesayangan si cantik manis tanya nak pergi wedding kesayangan kat Melaka macam mana. Selalunya bila kami berdua ke sana, dia lah yang amek, yang ngantor. Habis tuh kalau sekarang nih dia yang kawen, sapa pulak yang nak amek kitorang kulu kilir kan.

Pikir punya pikir baik aku practise dari sekarang. Nanti lambat-lambat, terkial-kial pulak. Dah lah nak jalan jauh. 

Sebagai langkah pertama, aku meng-offer diri nak pick-up adek lelaki yang balik dari kolej di Stesen LRT Ampang. Tak ada lah jauh mana dari rumah. Bolehlah untuk orang-orang first timer macam aku.

"Pelik jugak lambat sampai. Tengok-tengok jugak jalan raya tuh, jammed ke, tapi tak ada pun. 
Rupa-rupanya kura-kura yang bawak!" - Adik

Wahh kau..! Kura-kura kau cakap??!

TAPI.. Memang betul pun. T____T

Kalau diikutkan jarak perjalanan dan keadaan jalan, boleh sampai dalam masa 15 minit je. Aku bawak nak dekat sejam baru sampai. Eheehee. Alah biasa lah tuh. Budak baru nak pegang stereng orang cakap.

Sampai je rumah macam nak luluh lutut nih sebab neves yang amat dasatt. Keluar kereta memang menggigil. Sejuk kaki tangan tapi berpeluh-peluh. Fuhh! OK selamat bab yang pertama. ;)

"Kak, rasanya lepas nih kalau kau bawak lagi semua orang kejang leher ngan kaki."

"Apesal pulak?"

"Tengok Ibu tuh tegak je. Tak sandar-sandar pun. Lepas tuh kaki kitorang suma dok tekan break je dari tadi."

KAHKAHKAH! Yang korang pun nak tekan break kenapa??
Tapi yang paling aku tak tahan adik lelaki aku yang paling kecik siap terkentut-kentut masa aku nak parking. Takut aku terlanggar lori Ayah. Haha. Aku pun cuak masa tuh. Kang bukan kereta je aku kena repair, dengan lori-lori sekali kang.

Konon macam dah dapat art memandu lah kononnya, aku ajak abang, adik perempuan dengan Mama pergi Carrefour Ampang. Kali nih macam dah smooth sikitlah sebab dekat je pun Carrefour tuh.

Mama pulak, "Takde nya lah aku nak naik dengan kau je Kak.. Kejap termati enjin. Kejap laju, kejap slow."

"Tuh lah Mama tak tahu. Ni lah propesional namanya." Kehkeh

Lepas tuh pun aku dah banyak bawak berjalan kereta Ayah tuh pergi tempat yang dekat-dekat. Improving my driving skill lah. Aku dah hint-hint dah kat Ibu nak drive pergi Melaka nanti. 

OK. As expected. T___T

Tak boleh jadi nih. Aku kena buat sampai Ibu setuju. Apa cara sekali pun! *kena rasuk*

Aku dapat chance terbaik bila kami balik Raub last week. Aku cakap kat Ayah aku nak drive balik KL. Aku tak kira tapi kena kebal drive kalau ada Ayah kat sebelah. Kena tahan telinga. Uihh kalau Ayah dah start bebel. Kalah Ibu ngan Mama.

Aku pun buat dengan sebaiknya. Kena tetap kena OK dengan Ayah tapi nak buktikan kat Ibu Ayah punya pasal aku redah jugak. Akhirnya!! Wehuuu..! Rasa-rasa apa jadik?

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lepas sejam aku drive, kaki aku kebas. Bukan letih tapi neves lagi. Aleh-aleh Ayah jugak bawak sampai Ampang. Hancurlah harapan aku cam gini.. Mesti tak dapat punya lah. Tapi kan...... Dengan kuasa pujuk yang aku ada (engko hado?), Ibu bagi greenlight jugak! Ehehh

Ibu cakap aku bawak dah boleh dah tapi practise lagi. BAIK!

Ibu = setteled

Misi untuk dapat greenlight dari Ayah pulak lepas nih. Doa-doa!

Apa yang aku tahu, confident tuh penting. Kalau kita takut nak mencuba, sampai bila-bila pun akan macam tuh jugak. Aku memang ingat aku takkan drive langsung sebab memang aku takut. Walaupun terbakar jugaklah tengok nyonya-nyonya tua pun boleh drive, tapi perasaan takut tuh kuat sangat. Tuh yang sampai sekarang baru nak ada driving license.

Lagi satu, jangan putus asa untuk convince mak ayah atau sesiapa sahaja supaya percayakan kita. Nak dapatkan satu-satu kepercayaan tuh memang payah tapi once bila dah dapat, don't ever try to break it off. Never. Bila sekali kita dah punahkan kepercayaan orang terhadap kita, sampai bila-bila pun kita tak akan dapat kepercayaan tuh balik. Sebabnya, kepercayaan sangat susah untuk dibina tetapi sangat mudah untuk dirobohkan.

Mintak-mintaklah lepas nih Ayah pulak bagi. Kita tengok nanti. :)

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Tuesday 10 April 2012

Emosi perlu dikawal

Hari nih aku nak perkatakan tentang emosi. Emosi siapa? Ehemm mestilah emosi aku.

Aku nak cakaplah yang dulu aku bukanlah jenis orang yang cepat moody, naik hangin ke tak pun sentap menyentap nih. But lately I feel like I AM that kind of person. Bila dikenang dan terkenang pasal benda nih aku rasa sedih. Sedih dengan diri sendiri.

Ibu cakap aku sekarang takleh orang salah cakap sikit. Cepat nau nak tarik mukanya. Luluh jugak hati nih bila Ibu cakap macam tuh. Tak pernah-pernah ibu cakap macam tuh. Dah lah masa tuh tengah drive. 
(Fewwwitt! Orang tuh drive lah..! Tak sabar nak tulis pasal pengalaman pertama drive men-drive nih.)

Aku tahu aku jadi cam gini sebab apa. Itulah pentingnya kekuatan hati. Kita nih sebagai manusia biasa kena lah pandai jaga emosi sendiri. Jangankan sebab masalah sendiri kita explode dan terkena pada orang lain. Tak baik taw.

Kita sendiri tahu macam mana orang yang bad mood bila layan orang-orang sekeliling termasuklah kita. Menyampahnyaaa la haii. Rasa nak hentak je. Haa macam tuh jugaklah bila kita bad mood. Nanti tak pasal-pasal muka kita nih disumbatnya dalam tanah.

Kalau dulu akulah yang paling hebat bab-bab kawalan emosi nih. Kadang-kadang orang tak dapat detect pun apa yang aku rasa. Sampai diorang cakap aku nih takde perasaan ke? Alien ke? Ek eehh baik sikit cakap eh. 

Sekarang memang lain bebenor lah. Semuanya jelas terpancar dari riak wajah. Kalau tak suka tuh amboii kemain kerutnya muka. Kalau sedih tuh memang takleh ditahan-tahan dah. Bila air mata tuh nak keluar, dia keluar. Tak diherannya dah.
(Aku pernah berdrama taw dulu nangis sambil jalan dari KLCC ke Ampang Park sebabnya bas tak nak berenti kat Ampang Park. Itu je pun. Ahaa.. Drama Queen sangat aku hari tuh. Ehee)

Lagi satu, aku boleh senang-senangnya bad mood bila aku berinteraksi dengan orang yang bad mood. Macam tadi. Dengan aku sekali jadi tak seronok. Satu hari taw macam nih. Haihhh. Tapi bila tengok SuperSpontan terus hilang gundah gulana tuh. Hihiikk

Mungkin umur dah Jubli Perak, tuh yang jadi macam nih kott. Ahaha mentang-mentang ABPBH ada Jubli Perak kau pun nak jugak eh.

Sebenarnya tak elok sangatlah untuk kita nak monyok je, nak muka masam je (mengundang buku lima). Nanti satu hape pun tak jadi. Kita jugak yang rugi. Boleh jugak effect kesihatan kita. Jangan main-main.. Kembalilah kepada seorang yang berhati batu tak berperasaan seperti dulu daripada hati kaca yang mudah rapuh dan berderai.. Itu lebih bagus aku rasa. Cheers!



::nukilan ikhlas dari jari manisku

Thursday 5 April 2012

Tersepit dan terkepit

Masa kekecik dulu jari aku pernah tersepit pintu. Dia punya sakit tuh omakk aii. Macam nak pitam. Meraung tuh memang pasti lah. Budak kecik kata kan.. Sampai tercabut taw kuku nih. Macam jari alien dah aku tengok.

Aku nih dulu kecik manis je orangnya. (Sila teruskan pembacaan anda)
Sebab tuh lah orang tak perasan aku ada di balik pintu tuh. Tapi yang aku pi dok situ dudulu tuh kenapa? Haih budak kecik, budak kecik.. Akal pun tak berapa nak ada. Okay. Kenapa aku mengata diri sendiri nih.

Sebenarnya yang aku nak cerita nih pasal tersepit yang lain. 

Dengan kata lainnya, 'Di luah mati emak, ditelan mati bapak'. Haa.. Kita berperibahasa sikit ini malam. Tahu ke maksudnya tuh? Maksudnya serba salah ye adik-adik.

Semua orang pernah rasa serba salah dan semua orang tak suka bila dalam keadaan nih. Aku pun! Aku paling tak suka kalau berdilema macam nih sebab aku bukanlah jenis yang pandai dan boleh buat decision dengan tepat dan pantas.

Sekarang nih aku rasa aku dah terjebak dengan situasi nih. Seriously aku tak tahu yang mana salah mana betul. Siapa yang tersalah sangka siapa. Tuh aku tak tahu dan bukanlah aku untuk judge macam tuh.

Nih yang buat aku terkulat-kulat sekejap. Aku tak ada niat nak berbohong dan bukan niat langsung nak jadi talam dua muka atau hapa.

Err yang aku letak kuih talam nih dah kenapa?

Sambung cerita..
Mereka cerita aku dengar. Mereka mengadu aku dengar. Sebelah sini aku tak geng, sebelah sana aku tak komplot. Aku dengar dari dua-dua pihak. Mungkin sebelah sini bercerita untuk melepaskan geram dan mungkin yang sebelah sini pulak cerita supaya aku paham duduk perkara sebenar.

Dulu kalau aku tersepit macam nih, aku ikut kata hati dan Alahamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku dan dia berkawan rapat sampai sekarang walaupun pada mulanya member yang lain suruh aku berhati-hati.

Jadinya, untuk yang ini pun aku kena ikut kata hati jugak. Hati aku nih cakap dengar je dua-dua pihak. Jangan menokok, jangan menambah. Kalau nak respon pun respon ke arah positif yang tidak memburukkan sesapa. Itu lebih baik.

Jangankan pulak 'api yang marak disimbahkan lagi minyak'. Kan??
Wahh wah wah. Peribahasa lagi. Dulu BM dapat berapa eh aku nih? Ehehh

Apa yang penting, kalau kita tak mahu satu-satu perkara getting worst adalah lebih baik untuk kita menjadi pendengar yang setia sahaja. Okay kan?

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Monday 2 April 2012

Saat CEMAS semasa membidan

Ohh aku tak habis cerita lagi pasal bidan membidan aku nih. I had a good time dengan baby-baby kat sana. Dengan baby besar dan baby kecik. Si baby besar tuh kemain manjanya sekarang. Macam-macam dah perangai dia. Raga nak geget-geget! *geram*
Nanti kita bercengkerama lagi ehh Adek! (Takleh ubah lagi dari panggil dia Adek walaupun Adek kakak nih dah jadi kakak sekarang..)

Dalam suka ria, gelak tawa, senyum gembira, mesti ada benda yang boleh buat kita tersentap. Aku betul-betul kaget masa tuh. Dah lah aku baru kehilangan kakak sepupuku. Aku ingat kejadian tuh akan berulang. Alhamdulillah.. tak ada apa-apa berlaku.

Apa yang jadi sebenarnya?

Masa kakak sepupu aku menghembuskan nafas yang terakhir, abang sepupu beritahu bagaimana saat-saat itu berlaku. Abang cakap dia nampak macam mana perjalanan hembusan nafas itu keluar dari jasad. Dari kaki dan akhirnya terus ke kepala. Abang cakap memang nampak macam mana darah tuh dah tak ada. Biru pucat dan hinggalah tiba saat ajal.

Tuh yang aku takut! Masa aku jaga baby kecik yang tak cukup bulan nih sementara Ibu dia tidurkan kakak dia, baby jadi biru! Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tuh. Aku pun jadi pucat lesi. Sebabnya aku takut jadi macam apa yang abang sepupu cerita tuh.

Biru yang macam mana?

Mula-mula dia menangis. Okay aku biarkan je lah. Sebabnya memang tujuannya supaya baby tak tidur je. Baby yang sakit kuning kan kena banyak berjaga macam aku pernah beritahu sebelum nih. Meh flashback kat sini

Lepas tuh tak pasal-pasal, nangis punya nangis, baby bertukar jadi biru. Kelam kabut aku panggil Maksu. Maksu pun terkejut terus pergi kat baby dengan keadaan yang berpantang tuh laju je jalannya. Seriau aku tengok. Ngilu. (Kenapa aku pulak yg ngilu?)

Macam gini birunya.

"Betul ke kau nih baby biru macam aku?"


Heh betul lah ngekk! Betul aku tak tipu. Kalau tak takde lah aku neves semacam masa tuh. Nasib takde gambar je aku nak prove kan. Mana sempat nak gagau amek camera nak snap. 

Bila lama sikit baru baby bertukar ke warna asal. Kemerah-merahan. Lega ya amat! Fuhh.
Buat semput nafas kakak je lah adik nih. Kecik-kecik dah main-mainkan kakak ehh. Siaplah. Besar sikit nanti kakak kepit-kepitkan aje awak tuh.


Bila baby nangis, jangan dibiarkan aje. Pujuk-pujuk sikit supaya baby takde lah sampai mengerang dan sedu sedan. Payah nak mujuknya.

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah.. Baby tak ada apa-apa. Kuning dia tuh pun dah OK. Dah baik dah pun. Cepat besar taw. Kakak nak gomol-gomol awak pulak! ;)

::nukilan ikhlas dari jari manisku

Sunday 1 April 2012

Nice April



Welcome April! 

Yeahh! I wore a vintage dress with maxi skirt. It was a very nice combination I think instead of kurung when you are joining any kenduri or wedding reception.

::nukilan ikhlas dari jari manisku