Monday 11 June 2012

Selama SUKU ABAD


Selama suku abad aku menghirup udara segar di bumi Allah SWT,  aku memanjat segala kesyukuran kerana masih lagi diberi nafas untuk hidup dan mencari harta sepencarian yang diberkati dunia akhirat.

Selama suku abad aku melihat ciptaan indah di bumi Allah SWT, aku rasa sangat bersyukur kerana diberi lagi masa dan waktu untuk menatap kedua-dua wajah Ayah Ibu Babah dan Mama dan dilahirkan di dalam keluarga yang sangat memahami walaupun dalam keadaan yang serba sederhana dari semua segi.

Selama suku abad aku berjalan di atas tanah subur di bumi Allah SWT ini, aku rasa sungguh bertuah kerana diberi semangat untuk terus mengorak langkah dan didampingi oleh sahabat-sahabat berhati mulia yang boleh aku berduka dan bergembira bersama.

.. dan selama suku abad ini lah aku tahu apa itu erti pengorbanan, kegembiraan, kesakitan, kekecewaan, persahabatan dan kasih sayang.

Cakk! I’m growing up now. Yeahh, you know getting older.  *geleng-geleng pala tak caya*


Pada tanggal Tiga-Jun-Seribu-Sembilan-Ratus-Lapan-Puluh-Tujuh lahir lah seorang buah hati yang cukup anggun di pandangan mata keluarga. Dengan hanya seberat 2.4kg keluar seorang bayi mengetuk pintu dunia dengan penuh senyuman. Kehkehkeh. Tipu je. Mana ada aku keluar cenggitu.


Aku discharge petang. Ibu cakap orang yang lahir petang ni keras kepala, degil dan itu lah yang selalu keluar dari mulut Ibu dan Mama. Tapi! Aku mudah untuk dilentur taw. Ewahh!


Kalau ikutkan masa kekecik dulu, masa sekolah, susah aku nak dapat birthday wishes dari kengkawan. Kesian kan? Ya! Sangat kesian. Kawan je ramai tapi sorang pun susah nak wish melainkan yang betul-betul-betul rapat je. Iskk.

Tak macam sekarang nih. Ramai betul yang bagi ucapan. Ucapan-ucapan yang sweet ada, yang kelakar ada, yang rasa nak hempuk pun ada. Keadaan serba canggih dah ada Facebook, Twitter bagai dan kalau nak orang wish birthday engko, letak je birth date kat profile tu. Lagi pulak sekarang sambil lari pun boleh ber-tweet-tweet.

Dulu mana ada cenggini, nak-nak pulak birthday aku time cuti sekolah. Setiap tahun mesti time cuti. Memang kawan-kawan tak noticed lah yang hari tu birthday kau. Telefon mudah alih pun takde nak bagi letak kat reminder. (Macam orang kisah kat kau. Wahaha. *annoying*)

Bila dah besar nih seronok bila tibanya hari lahir yang menunjukkan makin hari makin tua. Family, kawan-kawan rapat, ramai yang belanja makan. Suka-suka! Malahan jiran lama pun tak lupa nak wish taw.  

"Mana tak ingatnya kelam kabut tolong Ibu awak nak beranak dulu.. " Teheeee.

Terharu.. Siap bawak kek yang dibuat sendiri lagi nak bagi kitew.

Makanya, untuk birthday kali ni aku sangat puas hati kerana semua kesayangan tak lupa. Checked.


Sayang ai ni lagi lah. Advanced. Celebrate birthday untuk ai sehari awal.
Meh kiss sikit. :')

Terima kasih sesangat pada yang wish hari tu. Hanya dengan secebis ucapan sudah mampu buat aku cukup-cukup gembira. Kalau ucapan berjela-jela lagi lah aku suka nak-nak siap belanja makan kann. Hihikk.
Segala keburukan, kecelaan dari SUKU ABAD yang lepas perlu diperbaiki agar kehidupan untuk hari yang mendatang akan lebih diberkati.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

2 comments: