Wednesday 20 June 2012

Kecelaruan Identiti

Masa kekecik dulu aku selalu fikir, kenapa aku punya lain sangat dari orang. Pelik dari orang. Nak tanya Ayah kang takut sebab dulu Ayah garang gila tahu? Biasalah darah muda, polis pulak tuh. Pheww!

Jadi, aku diamkan aje.

Naik sekolah menengah, macam dah berani-berani sikit, aku tanya Ayah. Kenapa.. Kenapa.. dan kenapa? Kenapa nama aku tak macam orang lain yang ada 'Nur', ada 'Siti', ada 'Nurul'.. Nama kengkawan semua nama yang aku pernah dengar, semua macam lembut-lembut je bila sebut. Kenapa bila aku search nama aku kat nama-nama bayi perempuan pun takde.

Terus Ayah buka Al-Quran. Ayah cakap nama aku diambil dari Surah Al-Insan : Ayat 18.

Dalam pada Ayah baca surah ni, ayah tertarik dengan kalimah 'Salsabila' yang terkandung dalam ayat yang merupakan nama bagi mata air di dalam Syurga.

Terpana.

Baru aku percaya yang pilihan Ibu Bapa untuk anak-anak pastilah yang terbaik.

Maka, bermulalah kehidupan aku tanpa ragu sampai lah masa dan tikanya aku tengah tekun study dalam bilik. Aku jenis kalau belajar kena pasang lagu. Baru fokus. Nak lagi fokus, aku kena pakai headset. Kena tutup telinga, kalau tak mata nak melilau je. Dengar orang cakap, sebuk nak tengok. Dengar derap tapak kaki, sebuk nak toleh.

(Teringat pulak masa study kat Shah Alam dulu. Selalu share earphones ngan Mamat ni. Kengkadang IPod dia tuh aku konker sengsorang.)

Tengah khusyuk menela'ah (kehkehkeh), tiba-tiba aku terasa macam orang panggil. Sayup-sayup je. Macam mendayu pun ada. Toleh kiri kanan takde orang. Aku dengar balik betul-betul.

Hawau punya radio! Rupanya dari situ yang memanggil-manggil. Cehh!

Sape lah yang nyanyi-nyanyi tu. Lepas tu dari hari ke hari asyik lagu tu je yang aku dengar kat radio. Maklumlah lagu baru. Agak lama jugak baru aku tahu Yassin yang nyanyi.

Bermulalah era bila mana orang nampak aku je diorang bersiul-siul, nyanyi-nyanyi lagu tu. Tension makk tahu? Tak suka. Disebabkan benda ni, aku tak rasa nama tu adalah nama aku. Sampai lah sekarang.

Itu yang nama FB, Twitter, Blog and Tumblr (Eh aku ada Tumblr? Tehee) ngarut-ngarut je aku letak. 


FB aku masih lagi style lama hokehhhh.





Nama Lily ni pun aku baru tukar. Nak tahu cemana aku boleh dapat nama Lily Milly-yang-hentah-hapa-hapa-ni? Aku sebenarnya suka nama-nama bunga kalau dijadikan nama orang. Macam nama Orkid, Mawar, Kenanga. Lembut je aku rasa kalau orang nama cenggini.

Pilih punya pilih jumpa lah bunga Lily ni. Terus aku guna. Tapi kan masa aku search nama bunga kan, keluar nama Neelofa engko. Takkan aku nak buh nama tu kot kang tetiba ramai pulak yang add friends. =P

Jadinya bila nak sign up account kena ada second name. Aku nak letak nama apa pulak nih? Malas nak serabut-serabut, dah lah yang sedia ada ni memang serabut, aku terpikir kan words ni..

Sayang-menyayangi, benci-membenci, rindu-merindu.. Ewahh! Itu yang jadi Lily Milly. Tambah kan aje huruf M. Senang.

OK, enough. Kepada mereka yang selalu tanya kenapa bubuh nama yang bukan-bukan, kenapa aku tak letak nama sendiri, ini lah kisahnya. Aku rasa lain macam sekarang kalau orang panggil aku dengan nama penuh, lagi-lagi kalau orang yang aku rapat. Siap bagitahu jangan sebut nama penuh.

Tapi kan.. Aku teringat lah pulak entry Kak Una pasal nama-nama ni. Betul, dengan memanggil nama, itu adalah satu doa tapi aku macam rasa nama tu tak suit dengan dengan diri sendiri. Bila orang panggil aku dengan nama penuh, aku tak rasa orang panggil aku melainkan kalau orang panggil 'Sal' sahaja.

-----------


Aku tweet semalam masa di hospital sebab terkejut gila pharmacist cina pun boleh cakap nama aku sedap masa nak ambil ubat. Aku sendiri pulak yang tak bersyukur dengan nama sendiri. *istighfar*
.. dan lagi yang tak tahannya, boleh pulak Kak Una ni ingat nama aku Salmah? Kenapa Salmah, Kak?? Ahaha. Kenapa tak Salbiah ke Salmi ke Salmon ke. Kehkehkeh. (Memain kau ehh.. Memainn)




Betapa celarunya aku dengan nama sendiri. Can someone 'give me back' my name?

::nukilan ikhlas dari jari manisku

1 comment:

  1. Ehh nama Salsabila tu sweet lah. U tak bangga ke dgn nama sendiri? Iskk i dulu pun tak suka dgn nama i tau. Tp skrg siap letak dgn nama Abah skali. Klau bleh nak letak nama Atuk dgn Moyang skali ekeke

    ReplyDelete