Tuesday 29 May 2012

Dulu dan Sekarang KILOGRAM

Entah apa yang aku mimpi, dengan mata terpisat-pisat bangun tidur terus pergi ke penimbang berat yang ada kat rumah Mama.

*Ketuk-ketuk penimbang tersebut*

Naik semula.

*Adjusting the pointer*

Naik lagi.

*Gonyoh-gonyoh mata, tepuk-tepuk pipi*

Terus berlari dapatkan Ibu kat dapur. Dalam kepala asyik fikir macam mana boleh jadi macam tu sekali. Nak pengsan. Mendadak gila naik. Hari tu dah elok turun nya dah.

Bukan itu saje. Terus texted kesayangan-kesayangan. Aku tak kira, pukul 6:15 pagi aku texted diorang. Apa yang diorang reply?

Kesayangan yang susah sangat nak jumpa sejak-sejak mengajar nih,
'Hahaha. Let's join me. 5 series group.'

Kesayangan yang baru kahwin dan masih lagi berseri-seri,
"HAHAHA!! Gila gemok u siottttt!!!! U makan batu ke? Hahaha.'

T____T

'OK lah 50. Tapi apa yang kau belasah? Maksu baru timbang gak. 51 kg. Memang berat idaman Maksu.'

Maksu yang dah beranak dua pun 51 kg je. *nangis*

Dudulu masa kekecik aku bukan lah seorang yang pemakan. Memang payah nak makan. Boleh dikatakan, tiap kali Mama nak suap mesti nangis. Time makan je nangis. Time makan je dah jadi tak keruan. Pasti berlaku scene berjujuran air mata. Mama garang ooo. Kalau Ibu takpe. Makan sikit je dah boleh lepas. Lepas tuh dah boleh main asalkan dah makan. 

Sebab tuh lah dulu aku nih kurus-kering-keding je. Lepas tuh mula lah malu nak pergi membuat perhitungan berat badan. Dulu masa sekolah rendah kan ada ukur tinggi dengan timbang berat badan sebab cikgu-cikgu nak isi dalam report card. Haa time tuh lah. Tak suka betul. Mesti aku yang paling ringan. MESTI. Aku rasa sangat kecik di samping rakan-rakan sebaya. Dah lah kecik, comot pulak tuh.


Kalau nak tahu (takmoh tahu takpe..huh), Ibu ngan Mama suka panggil anak kesayangan mereka dengan nama nih..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


'Bini Popeye'




-______________-


As day goes by, time to time, year by year.. Nah! Selera makan aku. Tidak boleh dihalang lagi. Semuanya aku makan. Semua rasa sedap je. Sampaikan daun ketumbar pun boleh jadi feveret aku. Engkorang-engkorang cuba rasa daun ketumbar tuh cemana. ;)


Heh heh hehh.


Kesan daripada semua itu, PIPI I DAH KEMBUNG. Kenapa mesti naik kat pipi?


Setelah rakus bergambar, belek-belek, aku nampak perbezaan ketara antara kami. Kesayangan sorang nih maintain je. Ishh tak boleh jadi. Aku perlu nampak ramping juga di bahagian muka. Makanya,




Hah! Kan kurus... Baru nampak tulang pipi. T____T

Tapi orang akan cakap aku nih mana ada gemuk ke naik sana sini ke. Perubahan ketara pada bentuk badan memang takde lah tapi aku akan cepat mengah kalau berat aku dah tersasar dari yang sepatutnya. Baru jalan sikit dah sakit tumit. Tak ke dah macam ongtua tuh. Jalan tak seberapa dah sengal-sengal kaki. 

Pokoknya, kalau kecewa sangat berat akan naik, bahagia sangat pun dia naik jugak. OK, dah tahu dah. Kawalan emosi tu sangat penting kerana ia sangat membabitkan napsu makan aku. Kahkahkah! *takde motip ketawa*


::nukilan ikhlas dari jari manisku

2 comments:

  1. Hahaha! Nampak sangat depressed dah gemok! Eee, gemok! Gemok! Haha. -kesayangan yg bru kawen. Haha-

    ReplyDelete
  2. Ahaha. Hamboii dia pun nak mention baru kawen. Ceh.
    Apesal u Anonymous pulak nih..

    I sangat tertekan sekang nih. Jangan kacaw I! T___T

    ReplyDelete