Thursday 16 August 2012

RAMADHAN : Bulan yang penuh keberkatan dan kejutan


Dah nak habis puasa dah. Tinggal beberapa hari lagi je nak raya. Sekejap je.. Masa first Ramadhan tuh rasa lama je sebulan so mungkin ada masa lah nak beramal tapi.. Tengok sekarang ni, apa je yang aku dah buat?

Dalam sebulan yang penuh barakah ini, macam-macam perkara yang jadi dalam hidup aku yang serba kecil ini. Sedih, gembira, excited, takut, gementar, semua ada. Ya semua rasa itu perlu ada untuk menunjukkan yang kita ini adalah manusia normal. Aku rangkumkan lah dalam satu update ye. Pertama yang paling pertama sekali, aku kembali rapat dengan insan yang aku tak suka dulu. Rapat yang sangat rapat. Itulah, orang tua-tua dah pesan, kalau tak suka tu jangan tak suka sangat. Nanti itu yang buat kita sayang. Hewhewhew. (Kena batang hidung.)

Dalam bulan Ramadhan ini juga aku terima berita yang kurang enak dari kampung. Aki (panggilan untuk atok) tak sihat. Tak sihat yang sangat tak sihat. Masa balik kampung hari tu, sedih je tengok Aki cenggitu. Aki seorang yang sihat dan gagah tapi bila Aki cenggitu, otometik kami semua jadi lemah jugak. Tapi bila dah hujung-hujung Ramadhan nih dengar Aki dah mula kuat. Sikit demi sikit. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Paling mengujakan aku dalam bulan mulia ini, aku dapat panggilan temuduga dari SPA. Sangat-sangat terkejut tahu? SPA panggil intebiu pun aku punya excited macam hape dah. Orang tak pernah dapat job intebiu cenggini lah dan tak pernah umur lagi aku pergi intebiu keje taw. HEHE. Jadinya aku kena ready awal. Ready jangan menggelabah itu yang penting. Kalau dah menggelabah nanti satu apa pun tak jadi.

.. dan aku terima message dari orang tuh tanpa disangka-sangka. Jangan risau. Kalau itu yang orang tuh risaukan, orang tuh dah boleh tarik nafas lega.. Yang sangat lega. Sebabnya.. Sebabnya aku dah lama maafkan. Percayalah, aku takde rasa marah pun pada masa tuh, cuma kecewa yang amat sangat je. Tapi semuanya dah lepas. Dah lama berlalu. Masing-masing boleh teruskan hidup dengan tenang hendaknya. Percayalah, tiada dendam di hati ini kerana itu semua rasa dan pengalaman yang sangat berharga yang boleh kita jadikan pelajaran hidup.

Ohh esok ada Iftar dengan Girlfriend lahhh.. Again and again.  >____<

::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment