Friday 17 August 2012

SYAWAL : Salam Aidilfitri 1433H


Orang lain dah bersesak-sesak, berpusu-pusu nak keluar dari KL untuk balik ke kampung halaman memasing, aku masih lagi di office. MASIH. Aku masih setia di sini.. Ewahh. Tapinya bukan aku buat kerja sangat pun. Buat tuh buat lah tapi dah tak bersungguh dah. Kepala asyik ingat kat rumah je. Yelah, Ibu Ayah dah cuti dah pun tapi aku pulak yang kenkonon busy sangat nih kerja lagi. HEHE.

Seronok tak nak sambut 1 Syawal tahun ini? Pastinya sambutan tiap-tiap tahun berbeza untuk setiap orang..kan? Aku pun tahun nih kemain lagi sakan beli kuih raya. Kalau dulu ibu je yang membeli belah kuih raya nih nak topup sikit-sikit kuih raya yang Mama buat. Kali nih aku pulak yang gila membeli.

Pasal duit raya, aku tak pergi tukar pun duit kat bank nak bagi kat budak-budak kecik tuh nanti. Ngikut perkiraan matematik aku, budak-budak kecik kat kampung tuh ada 5 orang je.. Pheww. Selamat-selamat! Takdelah banyak sangat nak melabur. (Kedekut betul kau nih..) Lepas tuh campur dengan adik-adik, 3 orang. So, jumlah semua sekali 8 orang jadinya 8 hennget je lahh. Kahkahkah!

OK, aku tak lah sekedekut itu. :)

Perihal baju raya pulak, mula-mula aku cakap kaler baju raya yang aku beli kat Ibu hari tuh terus kena marah taw. Tengah excited nak tunjuk kita beli baju apa dah kena marah sebabnya aku cakap aku beli baju kaler blue black. Ibu cukup sensitip ngan kaler-kaler gelap nih. Tapi bila aku tunjuk je baju yang aku beli tu, terus kendur urat-urat muka yang tegang tuh.. Haa lawa kan?? Kan?? Ingat anak you nih takde taste ke? Hehe. Opkos nanti aku pun nak tayang baju aku tuh. Tapi baju aku sepasang je lah. Ehh bukan. Ada dua pasang. Lagi sepasang pemberian dari orang yang aku sayang. Sama pulak tuh. Pakai sesama nanti mesti macam kembar. Heww. Aku takde lah macam onglain yang berpasang-pasang. Sampaikan raya ke seploh pun ada baju raya jugak. 

Makanya, preparation for raya celebration aku tahun ni siap! Baju dah ada, kuih raya dah ada, duit raya pun dah ada. InsyaAllah Ahad nih raya dan diizin olehNya, lengkap lah raya aku tahun ini hendaknya. Cuma ada lagi sikit hajat yang aku kena cari kejap lagi.

OK lah, dikesempatan bulan mulia ini, aku ingin mohon maaf zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki untuk semua salah silap yang aku dah buat. Mana-mana yang ada terguris hati, maafkan lah diri ini samada dalam keadaan sengaja atau tidak. Aku pun nak lepaskan semuanya.. Tak mahu lagi ada dendam kerana dendam tulah yang sentiasa buat kita tak tenang.

Salam Aidilfitri! 

Please be careful when driving ya sayang-sayang semua. Much love from me. :)

::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment