Friday 24 August 2012

SYAWAL : Aidilfitri di Kampung


Salam Aidilfitri! Aku masih lagi dalam mood raya yang membara. HEHE.

Meh den nak cito sket kemeriahan raya kami bermula dengan stucked dalam traffic jam yang berejam lamanya. Nak ke Felda Sungai Koyan, Raub tuh takde lah lama mana. Biasanya takes only about two and a half hour tapi masa pagi Sabtu tuh nak tawu kitorang sampai pukul berapa? Kitorang sampai pukul 8:30 pagi dari pukul 3:00 pagi bertolak dari rumah. Ingatkan gerak awal pagi takdelah banyak mana kereta, kot lah sempat nak sahur kat kampung ke, tapi rupa-rupanya ramai orang yang fikir macam kitorang yang nak gerak awal pagi nih. Pheww.

Masa malam tuh pulak aku tak tidur dok ngemas kain baju yang nak bawak balik kampung. Biasa memang cengginilah. Ibu cakap tabi'at tanak pack baju awal-awal. A'ahh memang tabi'at pun. Benda yang last minute jugak yang suka. At last dengan mata bengkak, aku kena drive sampai ke kampung sebab halfway Ayah dah tak larat ngadap jammed tuh. Sampai je kampung terus ai pengsan. Hewhew.

Petang tuh pulak macam biasa time buat lemang. Lemang wajib ada masa raya pertama. Lemang buat sendiri, bukannya lemang yang dibeli. WAJIB. Sambil-sambil tuh sambil masak menu lain untuk pagi raya nanti.. Menu utama raya kami adalah Mee Udang. Resepi turun temurun dari keturunan Portugis. Mak Uteh lah yang pakar. Kitorang pun pakar jugak. Pakar makan.. Ibu pulak buat laksam. Feveret.

..dan semestinya, aku takda ape menu yang aku masak untuk raya tuh. =P

Raya Pertama, adalah sesi bergambar seisi keluarga setelah balik dari menunaikan Solat Sunat Hari Raya. Tiap-tiap tahun tak pernah takde lah gambar raya. Kitorang memang sakan bab bergambar. Sampai matahari dah tinggi berdiri atas kepala pun dok posing mosing lagi. Ishh2..

Sesi minta maaf dulu.. Masa salam Ayah, Ibu serius je muka. Banyak salah ke aku? 

Wahh wahhhh.. Hihikk.


Besar dah memasing ye.. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tibalah masa gambar syok sendiri!!

Kahkahkah! (Sila tumbok skrin memasing!)

Tapinya.. tak puas lagi nak bergambar banyak-banyak dah kena laung dari dapur. Ingatkan apa lahh. Kena tolong Mak Uteh rupanya pulas-pulas ketupat palas. Tak pasal-pasal kena belajar.

Haa. Terkial-kial kau nak mula.. Haaaa..

Tapi disebabkan ai nih cepat belajar, See! =P

Raya Kedua, tak ada ape sangat. Sebabnya, kena pergi bandar yang sejam jauhnya teman Makcik pergi ambil kereta kat workshop. Masa nak balik ke kampung Makcik excident dengan 3 buah kereta yang lain. Alhamdulillah tak jadi apa-apa pada orangnya cuma kereta je lah teruk sikit. 

Petang tuh siap-siap terus beraya kat rumah Mak Ayah angkat Maksu. Dalam satu kampung jugak. Haa. Raya kedua nih pakai baju yang Maksu belikan. Memang kitorang planned beli baju sebijik sejibon sama. Saje nak menggedik dua orang..

TADAAA!

Sangat nasyid kitorang pada raya kedua nih. HEHE.

Raya Ketiga, masa kami pulang ke rumah memasing.. Rasa sekejap je. Tak puas! Nak stay lama lagi tak boleh sebab ayah dah nak start keje. 

Yang pasti, begambar dengan budak kecik nih takkan pernah lupa. Sayang sangat kat awak taw. Lagi-lagi awak puji Kakak masa nih. Terkejut berok Kakak awak nih tawu? Kecik tuek cenggini dah pandai puji-puji. Nak pitam rasanya. Heww.


Disebabkan awak dah puji Kakak, meh Kakak ajar awak gambar gedik-gedik sikitt.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

1 comment:

  1. Part gambar u yg "kalah retissssss" tu kan.. i mmg tumbuk skrin dah!! haha

    ReplyDelete