Monday 31 December 2012

2012 : I will remember all good memories


Seperti orang lain, semestinya banyak perkara suka, perkara duka, gembira, sedih, sihat, sakit, benda yang bermakna dan tidak kurang juga benda bodoh yang kita lakukan sepanjang tahun. Semua ni takkan terlepas dari setiap orang di muka bumi cuma kita didatangkan perkara-perkara itu dengan keadaan dan situasi lain-lain dan tersendiri. Unik.

Apa yang boleh kita buat, benda baik kita jadikan pengukur untuk jadikan ia kepada yang lebih baik dan benda yang kurang enak yang jadi, kita jadikan pengajaran dan juga ukuran untuk berubah. Jangan menyesal kerana baik atau buruk, itu semua mengajar manusia untuk lalui hidup yang penuh indah dan rahsia ini.

Betul, bila difikirkan semula, bukanlah benda yang sedih dan buruk akan buruk selamanya. Kita semestinya sudah melalui sesuatu yang gembira kan, samada sebelum yang sedih itu atau selepas. Betul tak? Kalau tak betul, sila beritahu.

Jadinya, kalau tak mahu bersedih, berduka berpanjangan, ingatlah yang suka dan gembira kerana itu lebih baik untuk kesihatan hati dan perasaan kita. Jika hati kita sihat secara langsungnya, kesihatan fizikal kita juga akan baik. Walau macam mana buruk pun tahun 2012 untuk kita, cuba cari secebis kebahagiaan di dalamnya kerana ia pasti ada. Jangan risau, mesti ada.

2013 yang akan menjelma tak sampai 24 jam ini, carilah perubahan yang diinginkan dan carilah ketenangan yang didambakan. Semua terletak pada diri sendiri dan jangan sesekali buang kegagalan yang telah kita tempuh kerana itulah pemangkin semangat untuk kita lebih berjaya dan maju, InsyaAllah. Juga jangan sesekali kita lupa untuk berdoa kepada Yang Maha Esa untuk berikan petunjuk, kekuatan dan membantu kita dalam apa keadaan sekali pun.

::nukilan ikhlas dari jari manisku


No comments:

Post a Comment