Monday 31 December 2012

Larian Morib Kuala Langat 2012


Sebelum nak cerita lebih lanjut nak maklumkan yang aku sakit-sakit badan bangun tidur pagi tadi. Semua pergerakan jadi sangat perlahan. Dari pinggang sampai hujung kaki rasa nak tercabut. 

Semalam bersamaan dengan 30 Disember 2012 aku ke Pantai Morib untuk participate Larian Morib 2012. Ini semua adalah kerana ajakan seorang gadis (wahh gadis gituu..) yang sangat semangat email aku masa tengah kerja ajak masuk larian ni. Bab-bab lari memang aku suka dan lagi-lagi kalau dapat lari dari hidup yang bercelaru lagi aku nak. Ehh? HEHE. Tanpa berfikir panjang, terus aku reply, "Nak!!" Kami memang begini. Selalu ber-email-email-lan masa tengah kerja. Kalau bukan sebab planning apa-apa untuk hujung minggu, kami akan berborak tanya khabar gedik-gedik. Bukannya tak boleh telefon nak send messages atau apa. Rasionalnya, kami akan nampak sangat busy menaip di keyboard sepertinya sedang gigih bekerja. :/

Berbalik pada Larian Morib sebelum melalut ke arah yang tidak berapa nak berfaedah, kami bertolak ke Morib pada pukul 5.30 pagi. Betul sebelum Subuh kami gerak sebab pendaftaran pada pukul 6.30 pagi. Gila. Gila-gila pun kami cuba turutkan juga. Mula-mula plan nak gerak 5 pagi tahu? sebabnya masing-masing tak tahu nak ke sana. -____-"

Pagi tu, kami on GPS dan jalan yang paling dekat adalah lalu SKVE. Tengok-tengok, kami akan ke Putrajaya dulu dan lalu MEX. OK, boleh lah sebab kami memang perlukan jalan yang terdekat untuk ke sana dan seperti selalu, malang kami berbau. Kami tak jumpa jalan nak ke SKVE tu bila dah sampai Putrajaya. Si gadis yang memandu kereta dah gelabah. Pusing punya pusing si GPS Wave tu nak jugak lalu jalan Putrajaya yang tutup due to Ambang Tahun Baru malam ni. Ada pulak, masa nak cari jalan ke SKVE tu, boleh pulak si GPS ni tunjuk kami ke Putrajaya Central. Itu tempat berkumpulnya bas-bas.

"GPS ni suruh kita naik bas ke??" 

-_____-

Tak guna punya GPS. Perli kami secara halus.

"Babe, macam mana ni.. I dah lah tak reti Putrajaya ni." Dah cuak tak tentu hala si gadis.

"Meh lah I drive. You tengok GPS." Aku beri arahan dan lagak seperti sangat terer jalan di Putrajaya. Padahal jalan nak ke Presint 5 je yang aku tahu pun.

"Pasang GPS lain lah you.. Tak guna Wave tu."

Bila on saje GPS lain, kami kena lalu Dengkil dan terus ke Morib tu guna jalan belakang yang sangat hutan dan gelap. Kali ni nasib agak menyebelahi sebabnya aku bawak specs dan boleh drive tanpa ragu-ragu. Ecehhh dan juga GPS kali ni bagus menjalankan tugas untuk manusia-manusia yang buta jalan sebab kami sampai di sana dengan selamatnya.

Kalaulah tahu nak jadi cenggini baik lalu KESAS. Sesal kemudian takde guna ye adik-adik.

Sampai saje di sana, orang semua sudah di garisan permulaan nak lari tapi kami baru terhegeh-hegeh nak daftar.

"Haa nah. Cari nama awak, sign dan terus ke sana tau." Kakak kaunter pendaftaran tu beritahu sambil hulurkan senarai nama peserta yang berlambak itu.

Tapi sebelum daftar..

"You.. Jom balik lah. Gelap gelita ni. Hujan. Air pun tengah pasang tu. I takut Tsunami."

Kahkahkah! Hoii kita baru sampai dengan sesat bagai nak rak, lepas tu nak ajak balik? Takde-takde. Kita kena lari jugak. Nak tergelak tengok muka cuak dia disebelah. Masa sampai memang hujan lebat, gelap sangat. Aku pun takut jugak. Tengok air laut tu sangat mengganas menghempas tembok batu persisir pantai tapi kita dah sampai tau. Susah-susah bangun pukul 4.30 pagi semata nak ke sini takkan nak balik cenggitu je. Ohh cannot-cannot.

Selepas bergelut dengan perasaan, memasing terus ke garisan perlepasan peserta. Borak-borak kejap dalam keadaan hujan lebat dan dengan tiba-tiba bunyi pistol. Terperanjat aku. OK, apa lagi tunggu kann.. LARI!

Bayangkan dah berapa lama tak lari, ni kena lari. 5km rasa macam 500km jauhnya. Nak tercabut nyawa. Mula lah fikir, menyesalnya masuk lari-lari. Menyesal menyesal menyesal. Kalau naik kereta, 5km tu tak rasa pun. T___T

Tapikan..

Tengoklah.. Dalam pada takut dengan Tsunami, kami dapat juga pingat kebanggaan dan sijil. Ewahhhhahaha. (Kenapa kelihatan seperti gemuk gamaknya?)

..dan terjadilah hari ini aku pergi kerja dengan jalan yang sangat perlahan langkahnya. Kalau pakcik tua pakai tongkat jalan sebelah pun, pakcik tu dah kedepan dulu. Sakit sengal-sengal dua-dua kaki ni dari pinggang. Nak gelak, nak batuk pun tak boleh. Perut tegang.

Makanya, sepanjang hari aku akan merana nih. Cemana nak balik kerja naik bas kejap lagi?

::nukilan ikhlas dari jari manisku


2 comments:

  1. Kah3 jom join I bulan 3 ni marathon 5 km hehe

    ReplyDelete
  2. @Azwani marathon kat mana tuuu. Jangan cakap kat JB ehh.

    ReplyDelete