Wednesday 23 May 2012

Perihal Kerja

On the last Friday, I texted someone,

'Rasa nak benti keje'

Bila orang tanya aku macam mana kerja, aku akan jawab sangat-sangat okay. Bila orang tanya aku best tak kerja, aku akan jawab sangat menyeronokan sebab environment kat sini yang sangat selesa, dekat dengan rumah, colleagues yang sangat friendly, lagi-lagi akak-akak-akak department aku ni (sampai kadang-kadang aku sendiri segan) dan akak department sebelah. Ni lagi sengal, tengah dok jaga anak yang kecik tuek demam kat rumah boleh pulak GTalk aku nak berkongsi cerita. Lepas tuh mula lah cakap aku macam nenek-nenek. -______-" 


Hmm.. Apa lagi nak?

Tapi kenapa aku boleh cakap nak quit? Sangat mengada kau.

Entah dengan tiba-tiba on the next day, dah macam kebetulan, kesayangan boleh pulak ajak pergi open interview  untuk Oil and Gas Company. Boleh ke aku nak apply?

"Apply je, layak tak layak belakang cerita Babe.."

Aku pun mula lah fikir nak apply ke taknak. Nak? Taknak? Nak? Taknak? Kejap nak. Lepas tuh rasa taknak. Kang terlayak kerja situ kang cemana? Serious aku cakap aku sayang kerja sekarang. Macam lah kau layak sangat kan. Tapi mana tahu kalau dah rezeki.. Kan?

At last, aku apply tak? Haa. Aku temankan aje si makcik sorang nih. Apa semua aku tak bawak. Padahal boleh je kalau nak drop CV kat situ. Tuh pun aku tak buat. Aku taknak turutkan sangat rasa hati. Orang cakap ikutkan hati mati, ikut rasa binasa. Dah tu nak ikut apa? *garu-garu kepala*


Tapi bila sampai je punyalah ramai manusia.  Ramai gila. Dari yang muka comel-comel, muda-muda hinggalah yang tua-tua, muka-muka yang banyak pengalaman gitu. Tengok-tengok ada jugak kawan civil aku yang pergi, ada jugak yang elektrik, elektronik, senang cerita dari semua cabang engineering lah yang pergi interview nih. Sampaikan yang polimer pun sangat eksaited nak apply siapa lagi kalau bukan makcik sorang nih.


Biarlah diorang dengan urusan diorang sebab masa tuh perut aku dah memulas sangat. LAPAR.

Bagi mengembalikan semangat hidup, apa lagi yang boleh buat selain makan? Aku perlukan makanan yang boleh membuatkan hidup aku melayang-layang ke angkasa.. *sambil pejam mata*

Dalam keadaan yang pantas dan tangkas sebab kelaparan yang amat sangat, balik dari tempat interview, singgah surau mana dulu kejap, ambil Doktor Muda tepi jalan dan terus ke.. dalam kepala dah terbayang Meatballs. Alhamdulillah.. ;)

Bukan takat itu sahaja, tekak nih meronta-ronta nak aiskrim pulak. Dari dalam kereta lagi dah cakap kat makcik-yang-eksaited-interview nak Aiskrim Moo. Tetiba tak sangka ada jugak Moo-moo nih kat IKEA. Sebelum nih tak perasan pun. Terharu gila sampai nak meleleh air mata I taw.


Muka seronok nampak Moo-moo kat sebelah. (Aku sorang je yang seronok sebenarnya)


Malu-malu bergambar mesra dengan Moo-moo.


Tapi bila dah dapat telan Moo-moo cenggini jadinya,
Aku lagi suka Moo Cow Frozen Yogurt dan Gelato Fruity dari Tutti Frutti. Fullstop. Tapi kata-kata aku nih dibangkang oleh ramai pihak. T____T

Tadi aku nak cerita pasal kerja tapi yang terkeluar pasal lembu nih kenapa?

OK sambung cerita. Kehkehkeh. Macam biasalah semua tempat ada masalah, ada halangannya. Cara kita nak tanganinya je lah macam mana. Tak semestinya kalau kita tukar kerja, kita akan bebas dari segala masalah. Lain tempat, lain ceritanya pulak nanti. Tak pasal-pasal makin kusut dan serabut di tempat baru tak ke haruuu.


Kalau dalam dunia nih tak ada masalah bukan hidup namo eh. Tak ada masalah tak berjalan jugak otak kita nanti. Tak ada masalah tak bercakap pulak mulut kita nanti. Tak ada masalah, tak ada lah gelak ketawa nanti. Kenapa gelak ketawa pulak? Haa.. Rahsia. Orang-orang yang tahu je tahu. ;)


Lately banyak pulak entry aku bersama kesayangan yang sorang ini sebab dok melayan Doktor Muda Indon yang sedang bercuti lama. Bila lah kau nak balik Indon tuh. Penat dah kitorang nih layan kau sampai dah kekeringan idea. ;p


::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment