Friday 18 May 2012

Mambang Kuning, Makhluk Hijau

Orang cakap setiap manusia pasti ada warna kegemaran masing-masing. Betul tak? 
Betul ke??

Kalau orang tanya aku pulak, aku tak tahu sebenarnya aku suka kaler apa. I can't say that I have a specific colour to tell ya. Seriously.. but I do love pastel colour actually. Tak kira lah biru air laut ke, peach ke, pink ke, hijau ke kan asalkan ia soft sebab it looks nice and sweet bak bunga harumm mewangi.. Tak gitu? Ceeeewah!

Tapi kan entah kenapa, di mana silapnya (uihh sampai cenggitu bunyiknya..) dalam bebanyak kaler, I am more into yellow and green, but mostly yellow. Segala-galanya kuning. Apa je yang takde kaler kuning. Baju? Wallet? Kasut? Tudung? Bag? Semua ada koleksi kuning. Hewheeww.

Otak kuning?? OK.. Itu engkorang. *sambil cekak pinggang dan merenung tajam*

Ada satu hari masa aku nak keluar bersuka ria dengan kesayangan-kesayangan, macam biasa mestilah kesayangan jemput kat rumah (Memm lah kata kan). 

"Heh! yang you pakai baju kaler kuning nih kenapa?"

Aku terus terpinga-pinga. Salah ke aku pakai baju kuning? Niat di hati kekonon nak nunjuk baju baru kat dia, dia sergah kita cenggitu pulak.

"You taw tak hari nih BERSIH?"

Aku terkedu jugak sebenarnya tapi aku lekk lagi. Lupa ada BERSIH. Malas lah nak gi tukar-tukar baju. Dah cecantik cenggini nak tukar baju pulak kann. Nehii! Aku pun dengan keras hati keluar je lah dengan baju kuning tuh. Masuk je dalam kereta kesayangan tanya lagi kenapa aku pakai baju tuh? Mak dia cakap siapa pakai baju kuning je kena tahan. Siap cakap lagi kalau polis tahan, aku je keluar pergi jawab kat polis-polis. Selang seminit pulak tuh dia ulang ayat yang sama.
-______-"

Mula-mula aku boleh buat tak tahu lagi tapi dah dokk ulang je aku pun serba sikit jadi gelabah lah jugak. Kang betul-betul polis tahan cemana? Haihh rasa nak plaster je mulut dia masa tuh. Sudahnya kat mana je kitorang dating? Kat Ampang Point je.. Jadik ler.

"Takleh jauh-jauh nanti polis tahan kita" Kahkahkah!


Haa bukannya plain kuning pun, ada dot-dot lahh.
(Dua-dua anak polis tapi takut polis) 

Lepas tuh tadi tetiba jari aku nih terasa nak mencari macam kenali diri melalui warna kegemaran lah kan. Macam selalu orang tengok ikut tarikh lahir tu.. Orang cakap jangan percaya benda-benda cenggitu tapi sekadar baca je lah untuk ngisi masa lapang. Membaca kan tiang kejayaan! (Ehh apa macam ke pelik je quote nih?)

Aku pun tengoklah orang-orang yang suka kaler nih cemana orangnya. Nak tahu? (Macam biasa kalau tanak tahu pun kena tahu jugak. Ehehh)

Kepada yang suka kaler kuning macam aku, memiliki sifat optimis. Anda seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri anda, kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi anda. Anda orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Ada lagi.. Ada lagi. Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran. Auwww! Malu mak cenggini lahh. Kemain cerdas lagi taw aku nih.

OK. Cool.. Cool.. Kaler hijau pulak. Mata aku pun leh tahan jugak kalau nampak kaler-kaler hijau nih. Dulu Ibu pernah cakap, aku asek nak kaler nih je. Orang yang suka kaler hijau nih kuat cemburu Ibu cakap. Ehh aku bukannya suka kaler tuh pun, cuma bila nampak kaler tuh, aku rasa kaler tuh cantik.

Orang yang suka kaler hijau, tergolong dalam golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Anda adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Tidak suka bergaduh dan bertekak. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai. 

Ishh malu lagi.. *blushing*

Rasa-rasa ikut firasat aku nih mostly macam kena je.. (Perasan). Tapi biasanya orang yang kenal kita lebih tahu kita camana.. Kan? Kan? Kengkadang mereka lebih arif dengan perangai kita sebab mereka yang kena hadap kita hari-hari, mereka yang layan kita tanpa jemu. Jadi mereka yang boleh nilai kita nih sebenarnya macam mana. Iya dakk? ;)


Nak tahu personaliti diri untuk kaler-kaler yang lain boleh request ye adik-adik.. Ahaha. ;p

::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment