Monday 8 October 2012

Macam kelakar je jadi Fasilitator


Pheww. Last week was a very hectic-pressure week. Tekanan tuh rasa macam nak pergi ambil gunting dan kerat je rambut ni. Macam masa belajar dulu. Memang hilang pertimbangan dah kalau macam tuh. Kalau nak ingat balik, dulu tu habis senget-benget rambut. Stress nak exam punya pasal. Tapi kali nih tak mahu lah buat macam tuh lagi. Sayang rambut ooo. Apa yang aku boleh buat, aku cuba bersabar dan terima apa yang sedang berlaku sekarang ini. *senyum sendiri*

Tanpa disangka-sangka dan tidak semena-semenanya pulak, Sabtu lepas girlfriends kesayangan ajak pergi membuang masa di luar. Woww memang takkan aku biarkan mereka pergi tanpa aku. Nak release tension kononnya lah. Dari lepas Zohor keluar sampailah ke malam. Masa Maghrib sempat lagi balik rumah Lynn dulu lepas tuh keluar balik. Lepas tuh semua dah risau takut jadi 'labu' di rumah memasing sebab dah malam sangat. Tapi aku takut aku bertukar jadi buruk je bila lepas pukul 12. HEHE.

Kemain manja lagi bila dapat bersama Wanie. Manja?? =P
Sebenarnya nak gesel-gesel tudung baru kat Wanie je. Maklumlah ada akak kedai mana entah puji aku pakai tudung ni cantik. Haa apa lagi, terus kaku segala gerak-geri sebab rasa asek diperhatikan. Nak posing pun kena sopan-sopan jee. *pingsan*

Kak Azie lah doktor yang paling cekal aku tengok sekarang nih. Dah lah kerja pagi-pagi buta, balik dari hospital terus nak ikut berjalan. Ish2.

Any tips untuk kuruskan pipi?

Sekarang ni aku tak boleh nak duduk diam. Mesti buat something samada yang berguna atau pun tidak. Tak kisahlah apa pun asal otak ni bergerak dan berjalan. Kalau tak, macam-macam dia nak fikir. Makanya, apa yang patut aku buat, aku pun punggah lah barang-barang yang ada dalam bilik tuh. Surprisingly, aku jumpa kertas-kertas kecil yang bertulis dan tertulis. Aku belek. Tersenyum aku baca satu-satu taw. Entah kurun bila punya entah.



Aku rasa ni masa aku jadi fasi (cehh konon) untuk budak-budak SPM tapi tak berapa nak sure masa aku joined satu badan NGO nih ke atau pun masa aku joined pemimpin pelajar masa di universiti dudulu tuh. Tapi kannn, sendiri punya SPM pun tonggang langgang ada hati nak bagi nasihat kat orang. Kesian pulak bebudak nih aku rasa. Hewhewhew.

Takpelah benda dah lepas, buat apa dikenang-kenang. Keh3.

Nak tunjuklah apa yang tercatat pada kertas-kertas kecil nih. Sebelum baca, kuatkan hati dulu OK.

Budak 1:


Budak 2:


Budak 3:


Budak 4:


Budak 5:


Budak 6:


Budak 7:

Amacam?? Siapa yang puji-puji nih Akak memang suka taw! Kalau lah boleh jumpa balik, Akak belanja korang-korang nih pergi makan. Hihikk. OK stop.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

6 comments:

  1. I gelak guling-guling bila baca note dari budak 3 dgn 5 tu.. (-.-")

    ReplyDelete
  2. Ehh boleh pulak u gelak?? HAHA.
    I nak baca lagi tapi tahan je takut ter-riak pulak. =P

    ReplyDelete
  3. KAK SAL LEMBUT???? HAHAHAHAHAHAHAHA!

    ReplyDelete
  4. Haaa? kak sal lembut? mana? mana? *baca lagi sekali?*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah gila! I percaya budak-budak nih jujur. Keh3.

      Delete