Thursday 22 March 2012

Baby kuning

Tahukah anda penyakit kuning yang dihidapi oleh baby-baby yang baru lahir? Tahukah anda apa itu penyakit kuning? Macam mana nak merawat baby-baby yang kena penyakit nih? Tahukah anda?

Tahukah anda?

Tahukah anda?

TAHUKAH ANDAAAAA??!! (Dah kenapa? Sawan??)

Kisah perbidanan bermula di sini.
Biasanya bila lepas bersalin, doktor-doktor akan tunggu baby yang baru dilahirkan kencing dan berak dulu baru boleh discharge. Betul tak? Sebab dari situ boleh tahu yang sistem dalam badan baby tak ada apa-apa masalah dan berfungsi dengan baik. Aku tahu jugaklah benda nih. Pengetahuan am oii.

Itu satu. Ada lagi satu benda yang boleh merunsingkan sang ibu bila baby mereka mengidap penyakit kuning dan tak mahu surut. Nih satu lagi pengetahuan am yang semua orang tahu dan patut tahu. Semua baby yang dilahirkan mempunyai penyakit ini atau dalam bahasa doktornya, JAUNDIS NEONATAL. (Baru Google. Ehee)

Inilah yang jadi kat si kecik cenonet tuh. Kuning dia tuh kejap surut, kejap naik. Risau dah Maksu.

Hari-hari si kecik kena pergi klinik amek darah. Habes tangan dia yang mulus tuh kena cocok jarum sana sini nak dapatkan darah dia nak buat test. Sian sangat. Sampai bengkak merah lah tapi nak buat macam mana kan. Semua tuh nak bagi baby sihat.

Baby is warded again after two days being discharged. Menangis-nangis ibunya. Macam-macam cara dan petua semua dah ikut tapi hari nih naik mendadak. Aku pun risau jugak sebab yang aku dengar, sakit kuning nih kalau dah teruk sangat boleh menjejaskan otak baby. Ya Allah..

Nak tahu petua-petua untuk meredakan sakit kuning ni hape?

Sebelum tuh nak bagi tahu tanda-tanda si kecil dapat sakit tuh semula. Memanglah baby-baby yang baru lahir nih akan tidur sentiasa kerana itulah caranya baby nak membesar.

Tapi! Baby yang sakit kuning nih tidurnya lain macam. Tak bergerak langsung. Macam malas nak bergerak. Sikit pun tak pusing kiri kanan. Tidur je memanjang sampaikan bila kita gerak-gerakkan pun dia buat dekk je. Hahh bila ini jadi kitorang dah runsing. Adek nih nak jadi balik ke?

Lepas tuh terus Maksu dengan sedaya upaya susukan baby. Sebabnya?

SUSU IBU adalah ubat yang paling mujarab. Doktor cakap perlu susukan baby sekerap mungkin. Baby yang sakit kuning nih akan tidur je jadi si ibu perlu kejutkan baby bangun dan beri susu. Sumbatkan aja tapi kena berhati-hati jugak ye takut tersedak. (Wahh! Dah macam cara-cara penjagaan je nih.. Hee)

Cara lain, boleh juga jemurkan baby di bawah cahaya matahari pagi. Seeloknya cahaya 7 pagi sehingga 9 pagi. Lewat dari tuh akan memberi kesan lain pulak pada kulit baby. Kita pun macam tuh jugak sebenarnya taw. Elok untuk kita dedahkan kulit kita pada matahari pagi kerana mengandungi Vitamin D yang sangat-sangat baik untuk kulit. Apa yang baiknya tuu? Kulit jadi mulus kot. Entahlah aku pun tak berapa nak tahu. Kahkahkah

Dijemurin ketika 8:20 pagi. Ohh sebenarnya kena totop mata baby taw.
(Tengok tangan yang berbintat-bintat, kesan jarum lah tuh)

Lepas tuh aku pun ada tengok Maksu makan anggur hitam. Baby pun Maksu ada titis-titiskan jugak sikit jus anggur tuh. Disebabkan nak tahu lebih lanjut, aku pong meng-google lagi. Aku terklik satu site tuh perbincangan ibu-ibu yang anak-anak mereka ada kuning nih. Baca punya baca (dengan semangat) ada seorang ibu nih syorkan makan buah anggur. Dia ada praktikkan kat anaknya dalam beberapa titis dan kesannya, sangat menakjubkan. Kuning tuh beransur kurang dan sembuh sepenuhnya.

Tapi.. Adek kecik tak pun.. Maksu dah bagi dah. Mungkin surut jugak tapi tadi naik balik. Tinggi pulak tuh.

Takpe lah Adek.. Adek duduk kat hospital tuh bagi baik taw. Biar doktor pakar yang rawat Adek. Adek kuat semangat okay!


Best ada kawan-kawan doktor macam nih.. :)

::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment