Tuesday 27 March 2012

Penyediaan makanan untuk ibu berpantang

Seperti yang sedia maklum aku nih tak suka masak. Keinginan tuh hado tapi dok minat. Macam mana tuh?? Disebabkan benda satu nih lah Ibu dan Mama asek bebel je selalu.


Mama:
"Esok kalau dah berlaki kurus kering lah laki kau."


Aku:
"Kedai kan ada.."


Mama:
"A'ahh yelah tuh. Sehari dua boleh lah. Esoknya dia humban kau."


Aku:
"Ishh Mama nih. Takkan lah dia nak humban bini dia. Ekekee.."


Lepas tuh apa lagi.. Bengkek je Mama sebab tiap kali Mama bebel macam nih ada je aku nak menjawab.


Ibu:
"Bila lah kau nak minat masak nih?"


Aku:
"Ala kawen nanti masak lah."


Ibu:
"Tak adanya kalau tak mula dari sekarang.."


Aku:
"Mana tahu kot-kot ada bakat terpendam ke kan.. Ehehh"


Nak tahu terpendam ke tak?? Haa.. Dulu masa Ayah Ibu Babah Mama pergi umrah terpaksa lah aku masak untuk menyabung nyawa nak hidup. (Tapi mostly memang makan kat kedai pun) Dah lah si adik lelaki aku kuat makan. Jadinya aku masak untuk lunch je. Dinner memang makan luar je lah in two weeks tuh. Lega makk!


Kalut jugak nak masak apa. Aku main taramm je lah. Ingat lah jugak resepi-resepi turun temurun yang mudah-mudah tuh. Ada sekali tuh adik cakap sampai sakit tekak dia makan.


"Kau taruk apa nih kak??" 


"Diam kau. Makan je.." Kahkahkah!


Tapi masa nak balik ke Melaka dia siap nak bawak bekal balik taw. Makan pun bertambah sebelum nak gerak. Ohh tak sangkanya. *meleleh ayaq mata* 
Nih yang di namakan bakat terpendam.. *kesat ayaq mata*


Okay.. Tutup intro yang takde kena mengena dengan tajuk. Aku nih memang fail kalau berintro. Mesti jauh tersasar dari tujuan.  -____-"


Aku nak bagi tahu yang aku ada masak untuk Maksu. Maksu kan tengah berpantang tuh jadi aku tolonglah masak kan lauk pauk orang yang tengah pantang. Sedap? Mari kita tengok!


Menampilkan lauk pertama iaitu..


Sawi rebus berlada hitam. 


Bahan-bahannya:


Sawi secukupnya
Ikan bilis sikit je takyah bebanyak
Bawang putih wajib
Halia untuk buang angin sebab kita kena buang angin-angin yang ada dalam badan si berpantang
Lada hitam ikut suka
Garam nak bagi sedap
Ajinomoto penaik rasa


Cara penyediaan:


Potong sawi tuh cantik-cantik dan molek-molek kemudian basuh sebab nak buang pasir-pasir dan segala kotoran degil yang ada pada sawi tersebut. Nanti tak pasal-pasal sawi berkuah pasir jadinya kang. Ohh lupa nak habaq kat uolls yang sawi yang aku guna nih sawi dari Cameron Highland. Masih segar bugar dengan kehijauannya taw.


Hijau kan? (sawi memanglah hijau)

Nih ikan bilis bersama bawang putih dan halia. Bawang putih ngan halia tuh hiris-hiris je. Senang.


Lepas tuh masukkan air sikit dalam periuk. Sikit je tak yah bebanyak. Terlebih air pun tak sedap jugak nanti. Ikut kesesuaian dengan sayur yang kita cincang-cincang tadi. Lepas tuh terus masukkan ikan bilis tuh, halia dan bawang putih tadi. Tak lupa jugak serbuk lada hitam. Bak kata org tua-tua. Campak-campak je.. :b


Bila dah mendidih je terus masukkan sayur. Bubuh garam ngan ajinomoto bagi sedap. Pastu kacau-kacau sikit terus tutup api tanak sayur tuh lecur sangat.. dan inilah hasilnya yoo..!


Sayur orang bersalin.. 




Okay. Dah macam peluh-peluh sikit kan masak sayur tadi, kita sambung menu kedua pulak. Lagi senang. Mudah. Cepat.


Ikan bakar bersalut namo ehh.


Bahan-bahannya:


Apa-apa jenis ikan. Aku guna ikan tenggiri.
Aluminium foil secukupnya.
Garam sikit.
Ohh tak lupa juga tudung periuk.


Meh bagi tengok gambar dulu.
Indah tak rupa paras beliau?


Cara-caranya sangat senang. Tutup mata pong boleh buatlah. Ehehh..
Garamkan ikan tuh, bungkus dengan aluminium foil tadi dan tenggekkan kat api atas tudung periuk. Siap!


*claps*


Wah pantas-pantas..! Sebab tuh lah aku dengan berlagaknya boleh duduk kat Muar tanpa risaukan apa-apa. Setakat nak masak nih.. Alahaiiii.. Sonang yo. Haaha..
(..dan selama seminggu lah lauk nih je lah yang Maksu makan)


Sekian..


::nukilan ikhlas dari jari manisku



No comments:

Post a Comment