Wednesday 7 March 2012

Suruh orang pandai, bila diri sendiri?

"Sabar lah you. Orang macam tuh you tak payah nak ingat dah. Bukannya hensem pun."

"Dah lah tak hensem. Rambut ketak-ketak! Poyo pulak tuh! Lepas tuh bajet semua orang nak kat dia." 
Haah. Bertubi-tubi aku bagi. Macam latih tubi masa sekolah dudulu.

Terer betul aku nak pujuk kesayangan masa tuh. Dah lah orang tengah sayang. Kemain sedap je aku mengata.

Selain kesayangan sorang nih yang berminggu-minggu jugak nak pulih, ada jugak orang lain yang pernah luahkan rasa sedih diorang kat aku. Masa diorang cerita tuh aku tak boleh nak rasa level kesedihan tuh macam mana. Ala.. kecewa cinta tak lah teruk mana kott.

"Dah lah.. Lupakan je semua.. Buat rugi je kalau kau sedih macam nih kan."

Wahh! Senangnya cakap. Orang yang tak pernah rasa cakap macam nih lah.

Sekali kau yang kena sendiri.. DUSHH! Hamek kau sebijik.


Translate: Nehii! Na mungkin! = Tidak! Tak mungkin!

Tersungkur sampai dua tiga bulan pun belum tentu boleh bangun.

Patutlah payah benau nak bagi kesayangan calm masa tuh. Cakap itu dia tak dengar. Cakap ini dia tak terima. Sabau je lah. Rupanya memang begitu natijahnya. Makk aii. Natijah engko.. Haa! Kan dah terkeluar kosakata-kosakata kelas tinggi nih.

Sebab aku pun macam tuh. Korang cakap lah apa pun. Aku buat dekk je sebab yang penting aku nak dia balik. Korang cakap dia jahat. Aku cakap dia baik. Korang cakap dia kurang cerdik. Aku cakap dia tetap pandai. Korang cakap ramai lagi laki-laki hensem tapi dia lah yang paling hensem dalam hati aku. Dah tuh korang nak cakap apa lagi?

Ya! Orang yang merasainya je tahu apa yang diorang rasa. (Memang lah.. -____-')

.. dan kesan daripada semua ini,

Kalau tengok drama-drama sekarang nih aku cepat emo. Bukan sikit-sikit punya emo. Nak-nak pulak cerita pompuan-pompuan yang ditinggalkan tak pun ditipu. Hangin satu badan dibuatnya.

"Yang kau pergi kejar perempuan tuh buat hapa. Bini kemain baik lagi. Cantik pulak tuh!"

"Eee..! Kau nak yang mana satu nih? Kalau kau nak dia, kau lepaskan lah yang nih"

"Ehh dia nih. Nak sekeh je aku rasa lah!"

Sampai satu tahap..


Aku jadi geram sebab aku tahu perasaan perempuan-perempuan tuh. Kalau tak.. huh. Sikit pun aku tak heran langsung kalau ada babak-babak macam tuh.

Sampai ada sekali tuh siap cakap dalam hati lagi,
'Ye..Ye.. Aku paham perasaan kau. Kalau aku pun, aku nanges macam kau jugak..'
Tengok. Kan dah tak pasal-pasal aku pun terbabit sekali.

Biasanya memang macam nih. Bila kita dah kena dan rasa sendiri baru kita tahu langit tuh tinggi ke rendah. Baru kita tahu kedudukan yang sebenar-benarnya. Mungkin lepas nih sapa-sapa yang nak luahkan kat aku, aku dah ada nasihat yang terbaik untuk kalian semua. Ceewaahhhh!!!

Ini juga merupakan satu pelajaran dalam hidup aku. Kalau bukan kerana dirinya, aku takkan pernah merasa dan aku takkan pernah tahu lumrah hidup dalam erti kata yang sebenar.


Kerana..










Langit tidak selalunya cerah.




::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment