Tuesday 6 March 2012

Aku dapat semangat baru. Yeke?

Petang tadi entah apa mimpi pun aku tak taw, terasa nak baca blog dia nih. Dah agak lama lah aku jadi follower dia tapi since aku followed, dia tak pernah nak hapdet. Wujud lagi ke tak? Tapi tengok followers makin hari makin bertambah. Hapdetnya tak jugak.

Habes tuh kenapa kau follow?

Dah aku tengok follower dia sampai beribu-ribu lemon, aku pun follow lah dengan terburu-burunya.
Then, habes macam tuh je. Dah takde aku jengah-jengah dah.

Sampai lah aku dah boring menaip tadi, tergerak lah sikit hati dan perasaan nih nak belek-belek blog dia tuh. Aku pun baca lah the latest entry. Pasal air minum je pun tapi aku punya ketawa.... Nak meleleh air mata nih sebab kena tahan gelak. Office tengah senyap, kalau aku tiba-tiba ketawa sorang-sorang tak ke gila?

Dengan hidung tengah tercungap-cungap kesan tahan gelak tadi, aku meneruskan pembacaan dari first entry dia. First entry yang pendek tuh pun boleh buat aku gelak.

Ehh dah macam seronok pulak dan dengan tak semena-mena, jari-jemari aku nih sedap je clicked on the next entry.. Next.. Next.. and Next! Setiap entry yang aku baca mesti gelak punya lah. Kira macam masa aku tengok video-video Mat Luthfi dulu lah. Setiap video mesti aku gelak. Sama lah macam nih.

Kau nih nak review blog dia ke hape nih? 

Takde lah.. Aku kalau dah excited macam nih lah. Ehehh
Bila aku baca blog yang tak kurang sengal nya nih, sebenarnya ada banyak lagi cara yang boleh membahagiakan dalam hidup nih. Bukan dengan berkasih sayang je taw. Bila kita flashback balik kejadian-kejadian yang menimpa diri dulu, benda nih juga boleh jadi sesuatu yang membahagiakan dan menceriakan walau dengan hanya sekecil-kecil perkara.

Berapa kali dah nak habaq, tiap perkara pasti ada baiknya walaupun ianya adalah seburuk-buruk kejadian yang pernah kita hadapi. Betul kan?

Kalau jatuh longkang tuh apa baiknya?

Err.. Err.. Aaa.. Hmm.. Apa baiknya eh? Pikir jap!

Aku nih nak cakap pasal semangat baru tuh. Haiyakk! Tersasar jauh benau dah nih. 
Okay. Tak ada lah semangat baru pun. Semangat renewal namo ehh. Wahh! Semangat yang memang dah lama dah. Cuma diperbarukan lagi. Ehehee

Pertama, aku dah deactivate aku punya Facebook account. Apa aku rasa?
Macam dah melepaskan satu beban. Nih apa yang aku rasa selepas 34 minit berlalu.

Kedua, aku dah tanak mengarut-ngarut dalam blog. Lepas tuh biarlah lepas, yang akan datang nih kena lebih bijak sikit lah. Sikittttt je takyah bebanyak.. Haha
Macam blog si sengal nih, banyak benda yang dia tulis simple je tapi penuh dan padat dan mampat dengan moral value dia.

Jadi takde lah sia-sia nulis bersengkanag mata tapi takde apa manfaat. Kan? dan orang yang baca pun takde lah rasa membuang masa dan berkerut habis dahi-dahi nak ngabeskan satu entry. Eh ada ke orang nak baca? :b

Tapi! Satu perkara perlu diingat. Tiada apa yang paling membahagiakan di dunia ini melainkan kasih sayang yang diberi dan diterima. :) 
*tiba-tiba*


::nukilan dari jari manisku

1 comment:

  1. Oh... Sepi terasaa... Setelah cinta pudar di hatii... Tak mungkin dapat.. Ku melupakan... Kerana dialah... KEKASIHKUUU....

    ReplyDelete