Friday 23 March 2012

Tugas bidan yang paling sukar

Hah nampak tak tajuk tuh? Aku pun berpeluh-peluh sampai sekarang tak habis-habis nih. Fuhh! Susah woo.. Dari pagi sampai petang pun tak selesai tugas aku yang satu nih.

Nih hari tuh punya cerita lah. Tak ingat pulak hari apa. Ingat tugas bidan nih senang?

Disebabkan baby kuning dan susah nak surut, Maksu takde masa langsung nak buat sendiri. Perhatian tuh kena 100% kat baby. Jadi aku lah satu-satunya ditugaskan untuk mencari sampai jumpa dan sedap dan yang paling penting bermakna.

Haa.. Apa bendanya nih?

Aku kena cari nama baby lah. Dari pagi sampai petang tak jumpa-jumpa.

Sebabnya Maksu cakap nak nama yang seakan-akan dengan si kakak, Nurqaleesya Umairah. Jadi aku ingat mesti lah nak yang ada 'sya' dan 'rah' jugak kot. Aku pun cari lah.. Cari.. Cari.. Cari.. dan cari.. dan wujud lah senarai pendek yang aku buat.

Antaranya,

Ayesya
Nama isteri Nabi Muhammad SAW

Delisya
Yang memberi keceriaan

Nadhirah
Yang berseri-seri

Aathirah
Harum

Nih lah antara nama-nama yang aku jumpa. Gabungkan mana-mana tuh dapatlah bunyik yang seakan-akan nama si kakak.

Tapi rupa-rupanya, Maksu nak nama yang mula dengan huruf Q jugak. Aku pun carilah balik kat site yang aku cari nama-nama tadi. Dalam banyak-banyak page, aku rasa page yang aku guna nih lah yang terbaik. Paling banyak nama yang disenaraikan. Siap ada list nama-nama yang dilarang taw.

Aku mulakan pencarian semula.. Banyak jugak yang sedap-sedap nama Q nih. Nanti aku ada anak pun nak letak jugaklah! Ekekee.. Jadi senarainya?

Qaireen
Kebaikan

Qaireena
Kebaikan

Qasrina
Istana

Qisya
Hidup dalam kebaikan

Qatrunnada
Titisan embun

Hah.. Banyakkan yang sedap-sedap dan unik. Geram pulak aku dengan nama-nama nih. Mula-mula aku usulkan Qaireen tuh tapi Maksu tak nak. Nama tuh nama anak kawan dia. Kang orang cakap niru pulak kan. Jadi dalam banyak-banyak nih aku usulkan Qasrina sebab lembut je sebutan dia. Maksu pun OK dan suka jugak. Lagi-lagi tang maksudnya tuh. :)

Okay. Dah dapat satu nama. Lagi satu nama pulak. Jenuh jugak nak mikir nama anak nih ehh. Apa yang penting sebagai umat Islam, nama yang diberi mestilah mempunyai maksud yang indah.

Sebelum memberi nama pada anak-anak, ibu bapa perlu merujuk mana-mana buku tentang nama-nama Islam nih. Banyak boleh dapat kat mana-mana kedai buku. Kalau tak mahu yang itu, taip je kat search mana-mana browser. Jumpa. Senang.

Lagi satu jangan lupa rujuk jugak nama-nama yang dilarang tuh. Takut kita ada dengar mana-mana. Lepas tuh kita fikir nama tuh sedap dan terus letak kat anak. Jangan!

Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu ustazah pernah cakap. (Wahh kagum kejap sebab boleh ingat!) 
Ustazah cakap, masa kat Padang Mahsyar nanti, kan kita akan dihitung kan? Kita akan dipanggil seorang demi seorang untuk ditimbang tara kebaikan dan kejahatan.
Nama-nama yang mempunyai maksud yang baik akan dipanggil dulu. Kemudian barulah nama-nama yang tiada maksud apa-apa akan dipanggil untung dihitung. Lepas tuh, last sekali barulah nama-nama yang maksudnya buruk dan dilarang. Nak kena hitung pun perlukan step by step dan inilah pentingnya memberi nama yang baik dan maksud-maksud yang indah pada baby.

Macam mana aku boleh bertazkirah nih?? Ehehee.. Apa yang kita tahu wajib untuk kita sharing-maring kan. Kalau dah tahu takpe. Anggap ni sebagai ingatan tulus yang ikhlas. :b

Fuhh! Tak habis lagi cerita nih. Nama kedua tak selesai lagi.

Nak dijadikan cerita Maksu teringin sangat dengan nama Jannah dan Jannati yang membawa maksud syurga. Kalau gabungkan dua-dua nama nih dah sedap dah. Istana Syurga. Tapi bila gabungkan yang arabnya macam tak kena. Macam ada something missing lah.

Qasreena Jannah

Qasreena Jannati

Bila sebut macam ada tak kena je kan. Adik aku pun try cari yang lain.. Jumpa lah dengan nama Sofea. Maksudnya menawan. Time nak gabung-gabungkan yang seronok nih.

Qasreena Sofea

Woww! Sedap-sedap! Lembut je nak nyebutnya. Maksud melayunya, Istana Menawan. Fuyyooo! Jeles makk.

Bila masing-masing sebut sume suka. KOMPOM! Makanya, nama adek kecik tuek nih diberi nama, Nurqasreena Sofea.  >____<

Inilah tugas yang paling susah yang aku cakap awal-awal tadi. Tapi Alhamdulillah selesai sudah akhirnya. Dah daftar dah pun tadi kat Jabatan Pendaftaran Negara Muar.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment