Sunday 15 April 2012

Jangan rasa diri selalu di atas

Haa. Kan dah terhapdet nih. Pagi Ahad nan indah tadi aku dicemari oleh perasaan geram yang melampau. Blog baru nih aku nak elakkan lah dari update benda-benda yang negatif sebernarnya tapi aku dah tak tahan lah. Aku pulak jenis tak reti nak lawan balik sebab bila aku lawan nanti takut kata-kata aku nih buat orang terasa pulak.


Tuh yang penuh emosi je kat Twitter tadi.


Perasaan bangga diri tuh mesti takkan lepas dari diri sesiapa pun. Aku pun pernah rasa bangga. Bangga dengan kejayaan yang pernah dikecapi. Bangga dengan family yang sentiasa memahami. Bangga dengan harta yang dimiliki. Aku bangga. Bangga dengan semua. Sesape yang tak pernah rasa bangga tuh bukan orang lah namanya.


Tapi kita janganlah sampai membangga-bangga kat orang lain pulak. Setakat bangga dengan diri sendiri dan family cukup sebagai tanda syukur kerana diberikan sedikit kelebihan dari yang lain. Nih tidak, cerita sana-sini, aku pandai itu, aku pandai ini, aku boleh buat itu, aku boleh buat ini. Takat tuh takpe lagi. Nih siap kondem orang pulak. -____-'


I nyampah taw uolss kalau macam nih. Rasa nak tonyoh-tonyoh je cili api kat mulut tuh.
*ngucap-ngucap*


Aku tahu sekarang nih time kau ada semua. SEMUA. Tolong jangan nunjuk-nunjuk boleh tak sebab kau tuh luaran dah menunjukkan orang yang baik-baik. Orang yang mempunyai cukup pengetahuan agama. Kerja pun sebagai ustazah sekolah tapi kenapa kau boleh jadi cenggini? Sekali Allah SWT tarik balik 'semua' tuh jangan kau tertonggeng-tonggeng dah. 


Imej nih perlulah selari dengan perbuatan dan kelakuan. Jangan di luar sahaja nampak kudus tapi di dalam hancus. Benda ni yang akan buat orang tak respect dengan golongan-golongan macam nih sebab orang akan cakap,


"Nak nasihat orang konon, tengok diri sendiri dulu lah."


Nak ke macam nih??
Kadang-kadang tuh sekali orang dah tak suka, sampai bila-bila pun tak suka taw.


Berubahlah.. Bila kita berada di atas, jangan dilupa pada yang bawah. Jangan terus mendongak ke langit kerana tiada siapa akan dapat menggapainya. Allah SWT Maha Agong yang boleh merubah semuanya dalam sekelip mata. Tak pasal-pasal nanti kau jatuh terus dalam tanah.


Time tuh aku gelak tak, sedih tak. Aku tengok je lahh.


"Jangan kita ingat kita ada, orang lain tak ada. Jangan kita ingat kita boleh buat, orang lain tak boleh. Padahal kita tak tahu yang orang lain lebih berkebolehan dari kita." - Ayah


::nukilan ikhlas dari jari manisku

1 comment:

  1. lop u.....betoi ko ckp tuh...200% m.su sokong....hahaha....ganyang je.....*dlm pikiran je tau.....ank dara kene sopan.....sabar byk2....hihihi

    ReplyDelete