Thursday 5 April 2012

Tersepit dan terkepit

Masa kekecik dulu jari aku pernah tersepit pintu. Dia punya sakit tuh omakk aii. Macam nak pitam. Meraung tuh memang pasti lah. Budak kecik kata kan.. Sampai tercabut taw kuku nih. Macam jari alien dah aku tengok.

Aku nih dulu kecik manis je orangnya. (Sila teruskan pembacaan anda)
Sebab tuh lah orang tak perasan aku ada di balik pintu tuh. Tapi yang aku pi dok situ dudulu tuh kenapa? Haih budak kecik, budak kecik.. Akal pun tak berapa nak ada. Okay. Kenapa aku mengata diri sendiri nih.

Sebenarnya yang aku nak cerita nih pasal tersepit yang lain. 

Dengan kata lainnya, 'Di luah mati emak, ditelan mati bapak'. Haa.. Kita berperibahasa sikit ini malam. Tahu ke maksudnya tuh? Maksudnya serba salah ye adik-adik.

Semua orang pernah rasa serba salah dan semua orang tak suka bila dalam keadaan nih. Aku pun! Aku paling tak suka kalau berdilema macam nih sebab aku bukanlah jenis yang pandai dan boleh buat decision dengan tepat dan pantas.

Sekarang nih aku rasa aku dah terjebak dengan situasi nih. Seriously aku tak tahu yang mana salah mana betul. Siapa yang tersalah sangka siapa. Tuh aku tak tahu dan bukanlah aku untuk judge macam tuh.

Nih yang buat aku terkulat-kulat sekejap. Aku tak ada niat nak berbohong dan bukan niat langsung nak jadi talam dua muka atau hapa.

Err yang aku letak kuih talam nih dah kenapa?

Sambung cerita..
Mereka cerita aku dengar. Mereka mengadu aku dengar. Sebelah sini aku tak geng, sebelah sana aku tak komplot. Aku dengar dari dua-dua pihak. Mungkin sebelah sini bercerita untuk melepaskan geram dan mungkin yang sebelah sini pulak cerita supaya aku paham duduk perkara sebenar.

Dulu kalau aku tersepit macam nih, aku ikut kata hati dan Alahamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku dan dia berkawan rapat sampai sekarang walaupun pada mulanya member yang lain suruh aku berhati-hati.

Jadinya, untuk yang ini pun aku kena ikut kata hati jugak. Hati aku nih cakap dengar je dua-dua pihak. Jangan menokok, jangan menambah. Kalau nak respon pun respon ke arah positif yang tidak memburukkan sesapa. Itu lebih baik.

Jangankan pulak 'api yang marak disimbahkan lagi minyak'. Kan??
Wahh wah wah. Peribahasa lagi. Dulu BM dapat berapa eh aku nih? Ehehh

Apa yang penting, kalau kita tak mahu satu-satu perkara getting worst adalah lebih baik untuk kita menjadi pendengar yang setia sahaja. Okay kan?

::nukilan ikhlas dari jari manisku

1 comment:

  1. its' better to just listen rather than comment. satgi tersalah cakap,kita jugak yang naya.wahhahahahaa

    ReplyDelete