Thursday 26 April 2012

Makin tua makin mengada

Ohh Emm Jii. Bukak-bukak blog terus berubah semua. Menggagau-gagau nak cari mana nak post entry. Rasa baru je tak ngapdet boleh pulak dia nak bertukar. -___-"

Takpe-takpe orang terer takkan berputus asa untuk menggodek-godek benda alah ni. 

Lets continue pasal budak ngengada sorang ni. Last weekend dia joined company dia buat family day dekat The Lost World of Tambun. Mula-mula dia cakap dia takut nak pergi. Dia tak kenal orang. Dia tanak berkawan dengan orang. Sekarang dia memang tak suka berkawan dengan orang sangat. Dia rapat dengan orang sekeliling dia je. (Kucing bawah tempurung betul lah dia nih..)

Sampai-sampai je sana dia dah buat hal. Sampai Jumaat malam, malam tu jugak dia buat hal. Dia tanak makan. Tak lalu. Sikit je makannya. Lagi-lagi bila dia dapat lucky draw malam tuh, lagi tak lalu makan jadinya. (Gila ke hape dapat lucky draw tak lalu makan..)

Sebab lucky draw tuh adalah untuk orang-orang yang TAK BERTUAH. Dengan mengadanya dia cakap dia nak IPAD. OK dah nampak dah ngengada dia di situ.

Apa yang aku nampak, makanan-makanan yang dihidangkan semua nampak menyelerakan tapi entah kenapa dengan dia tuh cakap lauk-lauk tak sedap. Kufur nikmat betul. Aku rasa dia perlu dihantar ke khidmat kaunseling lah.

Masa dinner malam Ahad lagi lah berlambak makanan yang sedap-sedap. Ada ketam bakar, udang bakar, daging lembu ngan kambing bakar. Hmm apa lagi yang dibakarnya. Haa sosej bakar. Memang banyak. Bukan tuh aje. Ada nasi goreng, ada mee goreng, ada kuih, dengan desertnya fruit and egg tarts. Buah lagi. Macam-macam lah. Itu pun dia cakap dia tak selera! -____-'

OK enuff. Actually 'dia' above is refer to the owner of this blog. Ha Ha Haku le teww.

Masa breakfast aku makan nih je. Coco Crunch yang tak berapa nak crunchy with milk dengan roti bakar. Semua aku sentuh sikit je. Tak habis.


Ini pun aku rasa ala kadar je. Tak ke rugi namanya makanan kemain berlambak tapi sikit je rasa.


Ini pulak deserts yang sempat aku cuit sikit. 


Patutlah ada satu malam tuh aku rasa perut berangin. Macam ada angin meletop-letop dalam perut dan loya-loya. Kes yang sama jadi masa aku trip ke Bandung awal tahun hari tu. Aku ingat aku kena santau ke kena guna-guna ke ngan bomoh Indon. Rupanya baru aku tahu sebabnya aku kurang makan. Keh keh keh.

Bila jauh dari rumah aku jadi tak lalu makan sekarang. Paksa jugak diri tapi tak boleh nak telan. Keajaiban berlaku bila balik dari Tambun, masuk je kereta, nampak Ayah Ibu otometik lapar. Menggigil-gigil. :')

Mungkin inilah kuasa seorang Ayah dan Ibu.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

4 comments:

  1. memang mengada-ngada!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA. Nak buek cane.. Homesick namo ehh.

      Delete
  2. yang paling sedap tat ade strawberi tu kan..hahahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masam gilew stroberi tuh! Nyesal2. *hentak2 kaki*

      Delete