Friday 13 April 2012

Pengalaman pertama memandu kereta

Debar. Berdebar. Mendebarkan.

Lepas je dapat lesen akhir Februari hari tuh, tak bawak-bawak pun. Mungkin mood tuh tak sampai lagi. Bukan takut. Cuma perasaan cemas menguasai diri. (Bukan sama ke tuh? -___-)
Macam tiba-tiba je aku ada lesen. "Ehh ehh dah ada??" Haa lebih kurang macam tu lah. Sebelum nih aku pernah terpikir yang aku tak boleh dan tak akan drive sampai bila-bila sepanjang hayat. Sampai macam tuh sekali taw.

Lepas tuh entah macam mana tiba-tiba aku macam dapat semangat nak memulakan pemanduan. Cewaahh!!

Bukan apa. Start dengan kesayangan si cantik manis tanya nak pergi wedding kesayangan kat Melaka macam mana. Selalunya bila kami berdua ke sana, dia lah yang amek, yang ngantor. Habis tuh kalau sekarang nih dia yang kawen, sapa pulak yang nak amek kitorang kulu kilir kan.

Pikir punya pikir baik aku practise dari sekarang. Nanti lambat-lambat, terkial-kial pulak. Dah lah nak jalan jauh. 

Sebagai langkah pertama, aku meng-offer diri nak pick-up adek lelaki yang balik dari kolej di Stesen LRT Ampang. Tak ada lah jauh mana dari rumah. Bolehlah untuk orang-orang first timer macam aku.

"Pelik jugak lambat sampai. Tengok-tengok jugak jalan raya tuh, jammed ke, tapi tak ada pun. 
Rupa-rupanya kura-kura yang bawak!" - Adik

Wahh kau..! Kura-kura kau cakap??!

TAPI.. Memang betul pun. T____T

Kalau diikutkan jarak perjalanan dan keadaan jalan, boleh sampai dalam masa 15 minit je. Aku bawak nak dekat sejam baru sampai. Eheehee. Alah biasa lah tuh. Budak baru nak pegang stereng orang cakap.

Sampai je rumah macam nak luluh lutut nih sebab neves yang amat dasatt. Keluar kereta memang menggigil. Sejuk kaki tangan tapi berpeluh-peluh. Fuhh! OK selamat bab yang pertama. ;)

"Kak, rasanya lepas nih kalau kau bawak lagi semua orang kejang leher ngan kaki."

"Apesal pulak?"

"Tengok Ibu tuh tegak je. Tak sandar-sandar pun. Lepas tuh kaki kitorang suma dok tekan break je dari tadi."

KAHKAHKAH! Yang korang pun nak tekan break kenapa??
Tapi yang paling aku tak tahan adik lelaki aku yang paling kecik siap terkentut-kentut masa aku nak parking. Takut aku terlanggar lori Ayah. Haha. Aku pun cuak masa tuh. Kang bukan kereta je aku kena repair, dengan lori-lori sekali kang.

Konon macam dah dapat art memandu lah kononnya, aku ajak abang, adik perempuan dengan Mama pergi Carrefour Ampang. Kali nih macam dah smooth sikitlah sebab dekat je pun Carrefour tuh.

Mama pulak, "Takde nya lah aku nak naik dengan kau je Kak.. Kejap termati enjin. Kejap laju, kejap slow."

"Tuh lah Mama tak tahu. Ni lah propesional namanya." Kehkeh

Lepas tuh pun aku dah banyak bawak berjalan kereta Ayah tuh pergi tempat yang dekat-dekat. Improving my driving skill lah. Aku dah hint-hint dah kat Ibu nak drive pergi Melaka nanti. 

OK. As expected. T___T

Tak boleh jadi nih. Aku kena buat sampai Ibu setuju. Apa cara sekali pun! *kena rasuk*

Aku dapat chance terbaik bila kami balik Raub last week. Aku cakap kat Ayah aku nak drive balik KL. Aku tak kira tapi kena kebal drive kalau ada Ayah kat sebelah. Kena tahan telinga. Uihh kalau Ayah dah start bebel. Kalah Ibu ngan Mama.

Aku pun buat dengan sebaiknya. Kena tetap kena OK dengan Ayah tapi nak buktikan kat Ibu Ayah punya pasal aku redah jugak. Akhirnya!! Wehuuu..! Rasa-rasa apa jadik?

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lepas sejam aku drive, kaki aku kebas. Bukan letih tapi neves lagi. Aleh-aleh Ayah jugak bawak sampai Ampang. Hancurlah harapan aku cam gini.. Mesti tak dapat punya lah. Tapi kan...... Dengan kuasa pujuk yang aku ada (engko hado?), Ibu bagi greenlight jugak! Ehehh

Ibu cakap aku bawak dah boleh dah tapi practise lagi. BAIK!

Ibu = setteled

Misi untuk dapat greenlight dari Ayah pulak lepas nih. Doa-doa!

Apa yang aku tahu, confident tuh penting. Kalau kita takut nak mencuba, sampai bila-bila pun akan macam tuh jugak. Aku memang ingat aku takkan drive langsung sebab memang aku takut. Walaupun terbakar jugaklah tengok nyonya-nyonya tua pun boleh drive, tapi perasaan takut tuh kuat sangat. Tuh yang sampai sekarang baru nak ada driving license.

Lagi satu, jangan putus asa untuk convince mak ayah atau sesiapa sahaja supaya percayakan kita. Nak dapatkan satu-satu kepercayaan tuh memang payah tapi once bila dah dapat, don't ever try to break it off. Never. Bila sekali kita dah punahkan kepercayaan orang terhadap kita, sampai bila-bila pun kita tak akan dapat kepercayaan tuh balik. Sebabnya, kepercayaan sangat susah untuk dibina tetapi sangat mudah untuk dirobohkan.

Mintak-mintaklah lepas nih Ayah pulak bagi. Kita tengok nanti. :)

::nukilan ikhlas dari jari manisku

1 comment:

  1. eee kita pun takut...ayah suh drive kalau g mana2...mmg buat donno je la...alahai bila la nak expert drive ni ...:(

    ReplyDelete