Monday 2 April 2012

Saat CEMAS semasa membidan

Ohh aku tak habis cerita lagi pasal bidan membidan aku nih. I had a good time dengan baby-baby kat sana. Dengan baby besar dan baby kecik. Si baby besar tuh kemain manjanya sekarang. Macam-macam dah perangai dia. Raga nak geget-geget! *geram*
Nanti kita bercengkerama lagi ehh Adek! (Takleh ubah lagi dari panggil dia Adek walaupun Adek kakak nih dah jadi kakak sekarang..)

Dalam suka ria, gelak tawa, senyum gembira, mesti ada benda yang boleh buat kita tersentap. Aku betul-betul kaget masa tuh. Dah lah aku baru kehilangan kakak sepupuku. Aku ingat kejadian tuh akan berulang. Alhamdulillah.. tak ada apa-apa berlaku.

Apa yang jadi sebenarnya?

Masa kakak sepupu aku menghembuskan nafas yang terakhir, abang sepupu beritahu bagaimana saat-saat itu berlaku. Abang cakap dia nampak macam mana perjalanan hembusan nafas itu keluar dari jasad. Dari kaki dan akhirnya terus ke kepala. Abang cakap memang nampak macam mana darah tuh dah tak ada. Biru pucat dan hinggalah tiba saat ajal.

Tuh yang aku takut! Masa aku jaga baby kecik yang tak cukup bulan nih sementara Ibu dia tidurkan kakak dia, baby jadi biru! Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tuh. Aku pun jadi pucat lesi. Sebabnya aku takut jadi macam apa yang abang sepupu cerita tuh.

Biru yang macam mana?

Mula-mula dia menangis. Okay aku biarkan je lah. Sebabnya memang tujuannya supaya baby tak tidur je. Baby yang sakit kuning kan kena banyak berjaga macam aku pernah beritahu sebelum nih. Meh flashback kat sini

Lepas tuh tak pasal-pasal, nangis punya nangis, baby bertukar jadi biru. Kelam kabut aku panggil Maksu. Maksu pun terkejut terus pergi kat baby dengan keadaan yang berpantang tuh laju je jalannya. Seriau aku tengok. Ngilu. (Kenapa aku pulak yg ngilu?)

Macam gini birunya.

"Betul ke kau nih baby biru macam aku?"


Heh betul lah ngekk! Betul aku tak tipu. Kalau tak takde lah aku neves semacam masa tuh. Nasib takde gambar je aku nak prove kan. Mana sempat nak gagau amek camera nak snap. 

Bila lama sikit baru baby bertukar ke warna asal. Kemerah-merahan. Lega ya amat! Fuhh.
Buat semput nafas kakak je lah adik nih. Kecik-kecik dah main-mainkan kakak ehh. Siaplah. Besar sikit nanti kakak kepit-kepitkan aje awak tuh.


Bila baby nangis, jangan dibiarkan aje. Pujuk-pujuk sikit supaya baby takde lah sampai mengerang dan sedu sedan. Payah nak mujuknya.

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah.. Baby tak ada apa-apa. Kuning dia tuh pun dah OK. Dah baik dah pun. Cepat besar taw. Kakak nak gomol-gomol awak pulak! ;)

::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment