Sunday 26 February 2012

Kerana Terlalu.. Bersederhana Perlu

"Jangan TERLALU mencintai, jangan TERLALU berharap, dan jangan TERLALU percaya
kerana KETERLALUAN akan menyebabkan anda TERLALU kecewa."
from Ajib The Quotes

Siapa Ajib The Quotes nih. Amboi kata-kata kau. Macam sentap tak sentap lah baca. Tapi kalau aku baca benda nih time tengah minum boleh tersembur mungkin.

Sebenarnya si pujangga nih adalah Ajib The Photographer. Ala photographer aku masa convo dulu.. Wahh! Bajet artis kau siap photographer semua.

OK let's talk. 
Kenapa aku nak terasa? 
Hey2! Maunya tak terasa bila baca ayat atas tuh. Tepat kena batang hidung-yang-mancung ni kott. 

'Walau dia tak cinta, tetapi aku terlalu mencintai. Walau dia lupa, tetapi aku terlalu berharap. Walau dia ragu, tetapi aku terlalu percaya.'

Tapi ini dulu punya cerita lahh.. Sekarang?

Sebenarnya benda-benda macam nih kita sendiri sedia maklum. Apa-apa yang kita buat dalam hidup ni semuanya kena sederhana. Dalam Islam pun sangat mengutamakan kesederhanaan. Betul tak? Contohnya, bersederhana dalam berpakaian.. Bersederhana dalam mengeluarkan kata-kata.. Bersederhana dalam pergaulan. Dalam kata lain, semua dalam hidup nih perlu begitu. SEMUANYA!

"Hah! Jangan nak dok gelak sangat. Kang menangis." Selalu orang tua pesan.

Begitu juga dengan hati dan perasaan nih. Jangan terlalu memuja, jangan terlalu cinta kerana sekali kau terjatuh, kau akan merana. Merana yang teramat sangat. Kita perlu letakkan cinta itu hanya pada Dia Yang Satu sahaja dan dengan itu pasti hati kita tidak akan terluka.

Dalam dok aku menaip entry nih, tiba-tiba aku teringat satu lagu yang maksudnya sama macam kata-kata dari Ajib The Quotes nih. Wahh sekarang nih main lagu-lagu je. Kalau dulu nak dengar lagu pun tak boleh. Macam kena ejek je. Phewww.

Lagu apa? Haaa.. Erra Fazira - Kerana

Tapi.. Kalau dah namanya manusia, kita tidak akan terlepas untuk TERLALU mengharap. Bersabarlah dan itu yang buatkan kita kuat. :)

::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment