Monday 20 February 2012

Maaf atau Dendam

Aku sudah maafkan dirinya. Betul. Tetapi kenapa ia masih lagi membelenggu diri? Sepatutnya aku sudah boleh bebas dari perasaan ini. Benarkan? 


Tiba-tiba aku tertanya-tanya adakah maafku ini tidak seikhlas seperti yang diucapkan? Atau ia hanya ada pada kata-kata sahaja?


Aku yakin yang aku sudah maafkannya sepenuh hati. Tetapi kenapa begini juga jadinya? Aku benar-benar keliru. Runsing kerana aku masih lagi tidak boleh melepaskannya.


Dalam pada aku leka melayari internet, aku terbaca satu artikel.


Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka disebabkan seseorang mungkin menjadi lumrah hidup dan menjadi satu perkara yang perlu kita bersedia dari awal lagi. Oleh kerana manusia adalah manusia, sebagai insan biasa kita tidak akan terlepas dari perasaan benci dan sakit hati.


Apabila kemaafan yang dipinta, kita haruslah memberinya dengan ikhlas. Bukan hanya dibibir semata-mata tetapi kemaafan yang lahir dari hati. Akan tetapi, apabila kemaafan yang datangnya bukan dari jiwa, dendam itu akan tumbuh meliar dan mungkin akan terjadi perkara-perkara yang mengaibkan. Nauzubillah.


Tetapi percayalah.. Tidak merasa dendam pun di hati ini terhadap dirinya. Tiada marah dan juga benci cuma.. Aku benar-benar kecewa terhadap dirinya dengan apa yang terjadi. Bukan untuk menolak takdir tetapi aku masih lagi tidak dapat melupakan sepenuhnya.


Aku keliru! Aku keliru dengan perasaan sendiri. Sudah memaafkan tetapi tidak boleh melupakan. Sudah merelakan tetapi tidak boleh melepaskan. Bukankah ini sangat menyeksakan? 


Aku telah berjanji pada diri yang aku tidak akan bersedih lagi. Apa lagi yang harus kukatakan jika itu tidak mampu untuk aku lakukan?


Dalam pada aku leka membaca artikel ini, kesayangan berikan satu link yang mengandungi:


Rasulullah SAW telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."


Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambutnya berkata,


"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad SAW telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah SWT, maka Allah SWT mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu"




::nukilan ikhlas dari jari manisku

1 comment:

  1. ak rs ko ni da trok sggt ni...hahaha...babe ko nk suh ak wat cmne tk ko lpkn de babe...

    ReplyDelete