Sunday 5 February 2012

Wanita yang CANTIK

Seorang wanita yang cantik boleh : 

  • Tersenyum di saat tertekan.

  • Tabah di saat terhina.

  • Tertawa di saat hati sedang menangis.

  • Melukis kekuatan dari dugaan.

  • Mengasihi tanpa balasan.

  • Mempersona kerana memaafkan.

  • Bertambah kuat dalam doa kepada Ilahi.

Aku harap dengan semangat yang sedang ku semai nih, aku dapat tersenyum dengan ikhlas, aku dapat ketawa dengan puas dan aku sentiasa tabah dengan segala dugaan. Aku dapat rasakan yang dugaan aku nih hanya lah secebis jika dibandingkan dengan mereka yang lain.

Jadinya aku perlulah kuat menerima takdirnya dan mengasihi setiap insan tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana dengan itu hidup akan menjadi lebih tenang dan indah.

Sentiasa memaafkan orang yang aku sayangi setiap hari dan memajatkan doa ke Hadrat Ilahi tanpa jemu untuk diberikan hidayah dan iman yang sempurna..

Amin..

          Bunga ini akan lebih mekar dari hari ke hari setelah ia gugur menyembah bumi :)


::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment