Thursday 2 February 2012

Kesayangan

Aku tak tahu sebenarnya nak cakap macam mana. Adakah aku nih orang yang paling malang di dunia atau pun orang yang paling beruntung. Malang sebab aku rasa yang aku nih mudah percayakan orang sehingga boleh dikhianati sedemikian rupa. Beruntung sebab..

Sebab??

Aku di kelilingi kesayangan-kesayangan yang sangat sempurna. Bila sedih mereka sentiasa berada di sisi tanpa jemu. Bila diperlukan dengan sedaya upaya mereka datang dan yang paling penting bila gembira pasti bersama.

Selang dua tiga hari selepas kejadian, kesayangan sanggup balik Ampang untuk dinner bersama dan ingin melihat wajahku dengan matanya sendiri. Itu memang buat aku sangat terharu. Tapi ingat nak pinjam lah bahu ke apa kan. Bila jumpa je gelak macam tak ada masalah. Macam tak ada yang patah hati.


"You nih macam takde rupa orang kecewa pun.. Gelak tak ingat dunia. Kakak I tuh masa kecewa berkurung dalam rumah tak keluar-keluar taw."

Aku pun tak boleh nak bersedih bila dah berjumpa. Mana taknya keluar cerita kesayangan ber-webcam dengan rambut basahnya. Ahahaa

Sebenarnya keesokkan hari selepas kejadian, kesayangan suruh aku ambil cuti dengan keadaan aku yang sangat tidak stabil untuk berhubungan dengan customer. Aku pun rasa sangat tidak bermaya tetapi bila difikirkan semula, aku perlu keluar supaya aku dapat melupakan seketika apa yang telah terjadi. Kalau duduk je rumah mau taknya aku menangis sehari suntuk. 

Jadi Kassim Selamat kang sapa nak jawab?

Aku ikut nasihat cikgu kesayangan akhirnya. Aku ke office juga walau hati tidak keruan. Biasanya apa-apa yang jadi kat diri nih susah untuk aku beritahu pada sesiapa. Tetapi kali nih aku betul-betul perlukan orang untuk menangisi kesedihan aku itu.

Dengan menulis juga aku dapat kurangkan sedikit tekanan perasaan yang aku alami dan dari situ juga lah kesayangan-kesayangan yang lain dapat menghidu gundahnya hati ku ini. 

Bukan lah niat untuk bercerita kepada semua orang tetapi atas dasar persahabatan yang aku rasa mereka juga berhak untuk tahu serba sedikit.

Lepas beberapa hari jugak, kesayangan yang baru pulang dari klinik terus ingin berjumpa aku dan kami bertemu di KLCC. Dia yang tidak sihat tuh nak jumpa aku jugak. Dia pun cakap kena tengok muka aku nih baru puas hati. Masa nih pun tak jadi sedih. Elok je pulak aku nih. Mungkin aku tak boleh bersendiri. Bila dah sorang-sorang tuh mula lah termenung sana-sini.

Kesayangan-keasayangan lain contact aku melalui Facebook, webcam. Tang webcam nih seronok jugak. Ada kesayangan sorang nih, kami dok webcam tapi aku je yang boleh nampak dia. Lagi lah tak boleh nak sedih. Asyik gelak je tengok dia yang tersipu-sipu depan laptop. 

Macam-macam fi'il mereka-mereka nih.

Ada lagi sorang! Haih banyak jugak kesayangan aku nih rupanya. Nih pun boleh tahan jugak kematangan fikiran dia. Umur je macam tak cukup tapi bab-bab macam gini boleh tahan terer jugak. Apa yang dia cakap oleh melegakan dan memujuk sikit hati ini.

Walau apa pun.. Aku tetap perlu bersyukur. 

Masih ramai yang kasihkan aku walaupun seorang telah membuang aku jauh dari hidupnya.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment