Friday 3 February 2012

Hanyut

  • Menjadi pendiam seketika di rumah. Tiada mood untuk bercakap.

  • Hilang selera makan. Tiada hati untuk makan walau pada hakikatnya tersangatlah lapar.

  • Menjadi seorang yang sangat sensitif. Boleh menangis semasa baca message kesayangan yang ingin mengembalikan semangat dan terbawa-bawa hingga ke office pada keesokkan harinya.

  • Gila. Tengah gelak-gelak tengok cerita Aishiteru TV9, tiba-tiba aku menangis teresak. 

  • Menung sana, menung sini bila ada masa lapang.

  • Bila jumpa, dua insan kesayangan nih cakap "Kenapa nampak kurus nih?" 

  • Aku tersalah naik bas masa nak balik rumah lepas habis kerja. Bas yang nombor 79 aku nampak 28. Entah ke mana pusingnya. Aku berhenti tepi jalan dan suruh Abang datang jemput. "Berangan lah tuh. Kan jauh beza nombor tuh."

  • Menjadi boros dengan tiba-tiba. Semua yang berkenan terus beli tanpa berfikir panjang. Sepatutnya itu adalah duit perbelanjaan di Bandung nanti.

  • Selama seminggu aku mimpikannya setiap malam. Mungkin aku terlalu memikirkan dirinya.

  • Punah segala kepercayaan.

::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment