Saturday 11 February 2012

Hatiku Tertinggal di Bandung

5 Februari 2012

"Have fun. Enjoy yourself. Let's find a new hope. Forget everything that make you feel sad."

Pagi sebelum berangkat tuh aku terima pesanan dari kesayangan jauh di Segamat dan itu lah kata-katanya. Aku tahu semuanya sudah berakhir dan aku terimanya dengan hati terbuka. Aku sudah boleh hidup seperti biasa walau kadang-kadang tersasar juga. Biasalah tuh.. :)

Suatu malam di Bandung,

"You dah okay ke sekarang?"

Mengapa soalan begitu perlu dituju lagi kepadaku? Setiap geri laku ku tidak menggambarkan kegembiraan di hati kah? 

"I dah okay lah.. Betul!" 

Beriya aku meyakinkan kesayangan tanpa memandang wajahnya. Aku tergamam apabila dilontarkan pertanyaan seperti itu. Aku tergamam kerana pada saat itu aku terasa kosong. Aku dapat menjawabnya dengan tenang.

Sebelum pergi lagi aku sudah tetapkan dalam hati yang aku takkan menangis lagi. Takkan merintih dan bersedih lagi. Walau macam mana keadaan aku sekali pun dirinya memang sudah tidak ambil kisah. Aku perlu kembali kepada keadaan diri aku yang sebenar!

Jadinya aku benar-benar gembira dan seronok menghabiskan masa di kota Bandung. Begitu berharga sekali nikmat yang aku peroleh ini. Bergelak ketawa sana-sini yang sudah ikhlas lahir dari raut wajah dapat ku rasa.

Kepuasan pertama yang aku dapat ini akan berterusan dan berkekalan hingga ke penghujungnya.. Aku pulang bersama doa dan harapan.. Yang hitam biarlah ia terkubur di sana. ;)




        'Keceriaan yang terakam indah'

::nukilan ikhlas dari jari manisku

No comments:

Post a Comment